Nuffnang Racist? Di Sebalik Tanggapan.

by Mommy Lyna on July 30, 2010 · 23 comments

Nuffnang racist, Nuffnang racist, Nuffnang racist. Kat mana2 orang bercakap tentangnya.

Wah macam topik hangat pula sekarang ya.

Saya pun sekadar nak memeriahkan suasana. Ada ke? Haha.

Rasanya isu Nuffnang racist ni timbul sejak pemenang My Water Moments diumumkan… yelah semuanya Chinese. Apa kes kan? PAtut kasik la 1 Malay 1 Chinese 1 Indian. Baru adil. LOL.

Nuffnang racist ke tak racist ke, itu saya tak peduli. Yang penting ia tak penting pun. Saya dah berbulan takde BE. Kalau ada pun satu dua. Sekarang ada satu. Ada aku kesah? Cak cak cak.

Racist. Adalah satu perkataan yang agak sinonim dengan chronism (eh betul ke eja macam tu? Apsal benda editor ni ada garis merah?). Cuma chronism berkaitan dengan ikatan kekeluargaan atau hubungan persaudaraan, manakala racist bersifat bangsa dan kaum.

Lupakan seketika bab Nuffnang.

Tapi dalam realiti kehidupan ni kita memang macam tu. Kronisma, racisma (perosak bahasa!) memang wujud dan tak boleh kata “aku tak amalkan kroni2″. Memang la kau tak amalkan sebab kau tak ada apa yang nak di-kronikan. Cuba kau ada bisnes 40 bilion, ada tak rasa bak bagi sikit share kat saya? Wajar perabis kat kroni2 dulu.

Biasa kat Malaysia ni kita selalu kata parti politik tertentu yang main kroni. Blah lah, semua parti pun sama aje. Itu pengalaman kawan saya sendiri bila bekerja dengan sebuah company yang diterajui oleh mereka-mereka yang ‘kutuk orang ni main kroni’. Agak cakap tak serupa bikin sebab depa pun kasik projek pada kroni juga.

Kalau tak ada benda2 kroni ni, tak adalah main kabel contohnya bila nak masukkan anak ke sekolah2 best, SBP misalnya. Kerana itulah kejadian seorang pelajar XXX (tak bole reveal kang kena saman plak ai) yang meninggal akibat dibuli (al-Fatihah). Arwah yang ada sakit jantung dipaksa oleh senior untuk pumping. Walhal nak masuk XXX tak boleh ada penyakit macam tu, tapi disebabkan guna kabel, dapat lepas. Akhirnya bila jadi camtu, salah siapa?

Nak cari kerja pun main kabel juga. Ramai saudara mara saya yang minta ‘adjust kerja’ di tempat kerja saya.. tapi malangnya saya cuma sebutir pasir a.k.a seekor semut merah saja. Hahaha. Siapalah saya nak propose HR suruh bagi kerja kat diorang ni.

Apart from that, manusia2 ni suka menilai orang dari segi luaran (penampilan). Contohnya saya sering disalahanggap sebagai makcik cleaner, sedangkan saya adalah cantik sedikit dari makcik cleaner. Tapi apa boleh buat, akibat keselekehan yang melampau menyebabkan saya tidak mendapat layanan, toksah kata masuk Harrod’s, masuk Cold Storage pun orang pandang sebelah mata je (kenyit mata la tuuuu hahaha). Kalau set2 yang stail2 mekap2, pakai glasses, tudung ala2 Italian Silk, walaupun sebenarnya dia takde duit tapi lalu depan Harrod’s je orang dah panggil2 “masuk laa masuk laaa”. Kalau saya? Suruh berambus lagi ada.

Racism. Entahlah saya pun tak tahu sebab saya tak ramai kawan dari kaum lain. Setakat ni saya berkawan dengan Chinese, Indian, Ibanese, etc. tak ada pulak saya disisihkan kerana saya adalah Melayu. Tak tau lah kalau dalam diam2 tu mereka kutuk saya dalam bahasa Ibunda masing2, maklumlah mak mana reti bahasa lain. Tapi apa nak kisah, ai pun boleh kutuk balik cakap Kelantan bukan diorang faham.

Whatever.

Berbalik kepada kisah Nuffnang yang dikatakan racist. Tak kiralah… berapa ramai blogger Melayu dah menang contest Nuffnang kan. Ataupun blogger Melayu yang dapat advertorial jobs best best. Kalau dah tak kreatif jangan nak salahkan orang.

Satu lagi, kalau iye pun Nuffnang racist, lantak dia lah company dia. Untung pun, dia, rugi pun, dia. Kalau nak racist jugak, usahakan betul2 biar dapat bukak company sebijik macam Nuffnang, pastu meracist lah sesuka hati.

p/s: Kalau tak suka, tinggalkan aje. Makcik pun dah beralih arah sedikit demi sedikit disebabkan Nuffnang kedekut dengan makcik. Ada bagi 1 BE je? :P

{ 23 comments… read them below or add one }

kakLuna July 30, 2010 at 3:42 pm

haha dah tengok Water Moments tu mmg smua chinese menang, tapi memang kreatif pun yg no.2 tu sepatutnya no.1..bagi akak lah..

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 4:15 pm

Saya xtgk pun entry lain, tgk yg no 2 tu je hehe. Tp mmg cute!

Reply

Pnut July 30, 2010 at 3:59 pm

wahhh sini pun ada isu ini…
meriah betul dunia blogging sehari dua ni…
.-= Pnut´s last blog ..Makaroni Goreng dengan Kapur Sireh =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 4:16 pm

Mari meriahkan suasana..

Reply

mommynadia July 30, 2010 at 4:05 pm

I tak tahu pun isu ni..hehehhe..
tp mmg pun..i tak kata racist…bg I nuffnang nmpk kedekut sket skrang..
tp sb blog I tak seberapa..redha aje..
buat lebeh2 pun..bukan nuffnang bg extra pun..mungkin sy jugak tak cantik and vogue smp nuffnang suka kat I..auwww!!!

racist??sy family I tak racist..sb Adam pun combination 3 bangsa..sape ckp sy racist siap!!
.-= mommynadia´s last blog ..kids playing room - =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 5:09 pm

Biorlah. Tak terhakis pun blog tanpa Nuffnang hahaha.

Jawa bole kira lain bangsa x? Huhu.

Reply

Mommy Of Q's July 30, 2010 at 4:39 pm

errkkk? my water moments? racist? BE? adoii… tolong ah wei .. serius aku tak amik port langsung iklan2 sambil jana duit tru any source of company pun .. napalah ketinggalan feri sungguh aku neh .. sebab tuh lah ko tgk blog aku satu iklan pun takder .. hahaah…

aku nak gak wat duit tru nuffnang beb .. tapi tak reti..sungguh buta it bebeh .. but berbaloi ker pendapatan dia ..aku baca entry2 hang sebelum nih cam ala-ala jer ko kata .. hmmm.. bila nak belajar nih watie oiiiiii!
.-= Mommy Of Q’s´s last blog ..Genius Baby On Board is Now on Facebook! =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 5:10 pm

Takyah la amik tau buang masa ko je. Baik ko usahakan ape yg ko sedang buat skg. Lagi manyak untung maaaaa

Reply

AlongAzrina July 30, 2010 at 4:40 pm

Suka jadi selekeh muerhahaha…tapi duit berkepuk

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 5:11 pm

Wow, jadi OKB ke AlongAzrina hehehe ;)

Reply

kakLuna July 30, 2010 at 4:42 pm

akak nuffnang ni, ada, ada le income…takde, sudah! mmg tak harap pun (sedar diri tak rajin blog,sapa nak bagi duit,kan?kan?)
.-= kakLuna´s last blog ..Durian Thanks- but No Thanks =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 5:13 pm

Siapalah kita di mata Nuffnang… Hanya melukut di tepilah gantang.

Tapi melukut yang ganteng!

Reply

fid July 30, 2010 at 4:51 pm

ohh nampaknya ai masuk SBP dengan rezeki Allah bagi la
ai takyah nak kroni kroni
wah budak pandai selalu untung
erkkk

berikutnya
bknkah di dalam agama kita pun kita kena kayakan kaum kerabat kita dulu sebelum kita gigih mengkayakan org lain?apa kes ko jutawan rumah 16 tingkat adik ko pengemis tepi jalan?kan?

so ahdik sitilina kalau kaya sila jgn lupa ahkak huhahahhahaa

nuffnang
mmm..nak komen pun tak larat dah sebab ai bukan jana wang juta2 pun…rupiah adalah kot juta jutaan

hahahaha
ya la gasak dialah nak racist pun….
kalau terbukti sila laporkan

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 5:18 pm

I pandai jugak!

Menolong kaum kerabat yg susah adalah tidak sama dgn memberi jawatan2/kerja2/projek2 kepada kaum kerabat hanya sbb dia sedara kita, bukan sebab dia betul2 layak.

Reply

fid July 30, 2010 at 5:29 pm

kahkahkahkah

jawatan takleh la duit kena bg laaaa

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 6:14 pm

Bagi i duit skg juga!

Reply

fid July 30, 2010 at 4:55 pm

ahdik lina
btw…
ahad ni mari dak kajang?mari la weiiii

dan lagik satukan kalau rasa diri tu selekeh bawa bawalah bergaya gaya kan duit u bnyk kalah geng geng hilton tuh
ye ke???
bilalah nak berenang dalam wang sendiri nih
ai hari2 berangan kakkaka
jumpa duit 7 juta RM dalam rumah ada ke org nak terlepas wang ke dalam rumah aku ni

kahkahkah

Reply

transformed housewife July 30, 2010 at 4:58 pm

knur pun selekeh jugak sampai org jual buah kat LRT ingatkan knur pun kerja cleaner juga.huhu. pasal Nuffnang, tak tahu kenapa sampai skrg malas nak register.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 6:17 pm

Biar selekeh asal kaya
Biar papa asal bergaya

Yg manakah anda?

Ekekeke

Reply

Along July 30, 2010 at 5:36 pm

La…ini pun dijadikan isu ke? Hehehe, Along letak Nuffnang ad kat blog dulu pun sebab dia ada charity ads dulu. Memang niat utama bukan nak jana duit…tapi kalau dapat, ok gak kan? :P

Lantak la sapa menang contest ke apa…asalkan x ambik duit aku sudah.
.-= Along´s last blog ..Something To Get To Know You Better By =-.

Reply

Mommy Lyna July 30, 2010 at 6:16 pm

Haaha
Nice one along

Alah takat tak menang contest Nuffnang bukan tak boleh jd jutawang pon

Reply

kak ina kl August 2, 2010 at 9:27 am

salam…akak dapat untuk duit utk top pun dah bagus kan..blogging utk suker-suker..klu dpt RM dah kira rezeki.

Reply

mrcool April 5, 2011 at 5:53 am

Salam Semua, aku ade tawaran menarik untuk korunk sume buat duit. Xpi bukan goyang kaki la, adela usaha sikit, xpi usaha ni care smart rr.

Korunk masuk blog aku ni.
InshaAllah ,benda baik same2 kita sebarkan.

http://aleacorpforall.blogspot.com/

Ape2 x paham ley tnye ye. :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm