Fine motor skill adalah antara asas bagi anak-anak untuk menulis. Kemahiran motor halus (?) ini melibatkan pergerakan otot-otot yang kecil seperti jari-jari, mata, dan sebagainya. Kalau yang melibatkan otot besar seperti berjalan, melompat, mengimbangkan badan tu adalah gross motor.
Fine motor skill bagi kanak-kanak kecil adalah sesuatu yang susah, tak macam kita bila menggerakkan tangan, kita boleh buat macam-macam. Bagi budak2 ni, nak buat PEACE pun kena practise banyak-banyak kali. Bukan sebab dia tak boleh, tapi tak biasa.
Skill ini penting untuk anak-anak melakukan aktiviti, terutama yang melibatkan tangan contohnya menulis.
Aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak kita semasa kecil, biasanya adalah preparation untuk mereka menguasai fine motor skill, walaupun kita tak sedar. Bila bayi kita yang merangkak, kelihatan mengutip barang-barang di lantai, sebenarnya itu adalah petanda dia memiliki fine motor skill yang baik.
Antara aktiviti biasa yang boleh membantu membina fine motor skill pada anak-anak:
- Buka-tutup botol dan kabinet di dapur.
- Mengutip objek di atas lantai atau meja.
- Mengoyakkan kertas atau tisu.
- Menconteng.
- Merenyukkan kertas.
- Mencucuk sesuatu, walaupun lubang hidung sendiri.
- Bermain play-doh atau tepung.
Kadang-kadang kita marah bila anak buat benda2 di atas, kan? Kan?
Ini adalah Fahry yang sedang scribbling di kertas.
Saya just nak tunjukkan cara dia pegang pensil. Pandai kan? Hahaha. Sejak hari pertama memegang pensil, tangannya dah begitu. Fahry kena puji dengan cikgu taska, kata cikgu-cikgunya “Fahry pandai pegang pensel, pegang macam kita pegang, lepas tu dia pandai gerakkan wrist dia instead of elbow”. 😀
Hafiy pun masih menggenggam lagi.
Fahry kalau suruh scribble, memang tak tahu apa dia nak buat, sebab dia tak pandai cakap. Tapi hasilnya sama je dengan Hafiy, yang katanya nak buat train la, car la 😀
Tapi anak-anak ni, walau cemana pun hasil kerja mereka, tak boleh la kita bagi remark tak elok macam “Train apa macam tu? Tak jadi pun!” sebab mereka melukis tu umpama kita melukis di depan cermin, dan hasilnya adalah yang dalam refleksi cermin tu.Harusla terbalik kuang semua. Ini adalah kerana fine motor skill dan hand-eye-coordination mereka yang masih belum matang.
Mereka memerlukan encouragement dan kasih sayang supaya mereka terus bersemangat.
So far skill menulis, menconteng, melukis dan mewarna Hafiy masih di tahap ‘mendapat komen –belum mengusai lagi- dari cikgu taskanya. Kawan2 sekelas dah pandai kaler dalam garisan objek, dia masih conteng-conteng. Kat rumah pun macam tu. Bila Mommy nak tunjuk contoh, tak dibaginya 😀 Tapi tak apa… learning is ongoing process. Yang penting terus nak belajar. Kalau rasa dah pandai pastu terus malas belajar, tu lagi bahaya.
Leave a Reply