Hafiy genap usianya 2 tahun bulan depan. According to Islam point of view, sempurnalah tempoh penyusuan pada usia itu. Gugur sudah tanggungjawab kewajipan Mommy menyusukan Hafiy tatkala usia Hafiy menginjak 2 tahun.
Mommy memang mewar-warkan yang nak susukan Hafiy sampai Hafiy besar, sampailah Hafiy nak berhenti sendiri. Tapi, lepas berbincang dengan Abiy, kami kena perhatikan beberapa perkara:-
- Abiy suspect Hafiy cuma pacify malam2. Abiy minta cuba kurangkan benda tu dan seboleh2 hentikan sebelum Mommy naik kerja. Maklumla, Hafiy nak susu Fahry pun nak juga. Sekarang ni bolehlah, malam tak cukup tidur, boleh tidur waktu siang. Nanti dah kerja?
- Hafiy masih nak conquer Mommy dan tak bagi Adik nak menyusu. Ditolaknya si Fahry, kesian si kecik tu.
- Hafiy masih mengada mintak susu di mana2 saja, masalahnya Mommy dengan Fahry di atas dokong.
- Hafiy kena pisah tidur sebab katil dah tak muat utk budak2 yg tido lasak.
- Abiy nak adik lagi… Kahkahkahkah.
Memandangkan situasi di atas, dan kewajipan Mommy sebagai isteri yang taat, sesuatu perlu dilakukan!
Tapi bukan drastik. Mommy kalau boleh nak jadikan pengalaman menyusu dan disusui ni sesuatu yang sangat indah dan memorable, ewah.
Walau bagaimanapun, according to WHO, UNESCO, AAP dan badan2 kesihatan lain menggalakkan extended breatsfeeding, yakni meneruskan penyusuan meski anak dah lebih umur 2 tahun. Reason being, tak ada sebab kenapa tak boleh. Kata susu takde zat, ada.. Kata minum darah, taklah, susu je.. Kata anak jadi bodoh, tengok yg menyusu lama2 pandai je..
Tapi memandangkan keadaan kesempitan hidup yang berlaku, Mommy terpaksa consider juga.
- Mengurangkan direct feeding dan memberi Hafiy minum EBM (susu yang diperah).
- Menghentikan terus direct feeding, dan memberi Hafiy EBM semata2.
- Mix feeding.
- Memperkenalkan minuman alternatif (susu la juga…) secara berperingkat-peringkat.
Setakat ni, Hafiy dah bole minum EBM dalam botol susu. Tapi cuma 2 oz saja maksimum. Lebih dari tu dia tak nak habiskan. Mungkin sebab dia terbiasa dengan direct feeding, dan sebelum saya ambil cuti 10 bulan ni pun dia tak minum sangat EBM dalam botol.
Sekarang ni ‘tak boleh mam (direct feeding)’ cuma hukuman yang dia kena terima bila buat nakal. Jadi sebab dia nak jugak mam, dia cuba la untuk tidak notti2. Tapi beransur-ansur saya katakan pada dia, Hafiy kena belajar kurangkan mam waktu malam sebab Hafiy dah besar. Nanti nak tidur dalam bilik sendiri.
Kadang2 saya tidurkan dia di atas tilam bersebelahan katil kami untuk train dia tidur sendiri kelak. Tapi…. pagi besok tengok2 ada kat sebelah. Eh, Abiy pulak yang tidur kat bawah. Entah bila dua beranak ni buat pertukaran suka sama suka pun tak tahulah.
Walau bagaimanapun, Mommy akan terus menyusui Hafiy hinggalah sampai masanya kita mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat untuk terus stop. Mungkin bila nak dapat adik lagi**. Har har har.
Cara-caranya nanti kita fikir dan bincangkan kemudian. Buat masa ni kami belum ada keputusan lagi.
Sweetest moment…
**Adik baru tidak dalam masa yang terdekat ini. Rileks dulu…
Leave a Reply