Masa Untuk Buat Side-Income

By | October 20, 2014

Saya rasa ramai yang tak jelas tentang side income, atau pendapatan sambilan. Maksud side income tu bukannya income tu masuk macam tu saja secara sambilan… Hmm.. Ramai orang yang nak buat side income, tapi bila dah ada peluang, dan-dan “TAK ADA MASA”.

Nak buat side income… Masa kena ada. Kita kena luangkan masa untuk buat side income. Tak kisahlah online ke, offline ke. Duduk rumah saja, hujung minggu masuk duit beribu-beribu tak payah buat apa-apa? Merapu saja. Tak ada benda yang percuma, mesti kena luang masa. Nak jadi pengemis (maaf cakap ya) pun kena luang masa, inikan pula nak cari pendapatan ekstra.

Kalau kehidupan harian dengan apa yang dah ada pun dan tunggang terbalik semua benda tak sempat, macamana nak buat side income?

Side income bukan passive income. Passive income, atau pendapatan pasif ni memang kita boleh dapat sambil goyang kaki dan tidur… Contoh pendapatan pasif ni adalah dari bayaran sewa, dividen, royalti… Misalnya seorang pemilik rumah (samada beli rumah secara cash atau tangguh) menyewakan rumahnya, dan bayaran sewa tu lebih tinggi dari yang dia kena bayar kepada pihak bank. Bagi contoh, bayaran bulanan adalah RM500 sebulan, dan dia bagi sewa RM700 sebulan, jadi RM200 tu adalah pendapatan pasif beliau. Misal lagi, penulis buku yang menulis bukunya sekali, dan kemudian menikmati royalti dari jualan buku-bukunya.

Tapi kalau nak dapatkan pendapatan pasif pun, kena juga usaha dulu untuk memiliki aset yang boleh menjana pendapatan pasif tu, betul tak.

Jadi apa masalahnya, sebenarnya?

Masalahnya adalah pada pengurusan masa. Masa yang ada memang tak sebanyak tanggungjawab yang kita kena buat, oleh sebab itu kita kena kedekut masa, dan serta kena berjimat masa dan beli masa. Jaga masa kita elok-elok jangan sampai jadi sasaran pencuri masa. Zaman sekarang ni memang banyak pencuri masa, contohnya MEDIA SOSIAL. FaceBook, WhatsApp, (blog) dan sekutunya ni adalah pencuri masa yang paling profesional dan licik. Kita tak sedar pun masa kita dicuri, tahu-tahu dah “teeettttt!!!!!” time’s up!

Marilah kita berkira dengan masa. Masa yang berlalu takkan kembali lagi.

Uruskan masa dan luangkanlah masa untuk side income, kalau nak buat. Kalau dengan kehidupan sekarang pun asyik tak ada masa, lupakan dulu niat nak ber-side income, nanti bukan kita sorang yang stress, orang lain pun stress juga.

Tips mengurus masa:-

  • Buat list keutamaan (priority list)
  • Buat jadual harian
  • Senaraikan perkara-perkara yang perlu dibuat dan tak payah buat pun tak apa
  • Tahan diri dari jadi ketagih pada permainan online, media sosial, etc.
  • Cari hobi yang berfaedah
  • Berkawanlah dengan orang-orang yang bijak mengurus masa mereka
  • Selalu cabar diri untuk lakukan perkara baru yang berfaedah
  • Sentiasa katakan pada diri “MASA ITU ADA”
Category: Motivasi Bisnes Motivation

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

19 thoughts on “Masa Untuk Buat Side-Income

  1. syazwani tajidin

    Sangat bermanfaat. Terima kasih untuk perkongsian hebat ni. Sebab selama ni selalu je bermasalah untuk urus masa antara belajar, keluarga dan bisnes.

    Reply
  2. amy munirah

    Saya sangat suka dengan tips pengurusan masa yang last tu…mmg wajib ikut dari orang yang dah berjaya so kita boleh jimat masa. Follow je apa yang dah di beritahu.

    Reply
  3. amy munirah

    Saya sangat suka dengan tips pengurusan masa yang last tu..sangat berkesan!

    Reply
  4. najahsalwa

    Oh myyy….mmg btol sgt!!! Pengurusan masa tu sgt penting. Kte smua ada 24 jam sehari so kne la pandai2 uruskn masa supaya kte x kerugian. Sbnrnya mcm2 kte bley buat…antara nak ngn tak je hehe
    najahsalwa┬┤s menulis tentang ..ESP Kesayanganku =)My Profile

    Reply
  5. ummi ussi

    pengurusan masa sangat penting.. walaupun sy bujang if x manage masa dgn betul mmg haru biru jgk … skrg sy cuba fokus .. Alhamdulilah kije cepat siap dan dpt puaskan hati seme orang ­čÖé

    Reply
  6. Muhd. Haniff Hashim

    Selalu kita sukar menguruskan masa, kerana keliru dengan prioriti kerja yang terpenting dan mana yang tidak perlu. Saya sendiri selalu keliru. Apa yang mudahnya, saya senaraikan semua kerja yang ingin dibuat. Mula susun prioriti & selesaikan 1 demi 1. Tips dalam artikel ini memang bagus…
    Muhd. Haniff Hashim┬┤s menulis tentang ..DO OR DO NOT. THERE IS NO TRY.My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge