,

Tips Check Arah Kiblat Online Semasa Melancong

admin Avatar

Kalau di Malaysia ni, arah kiblat kita agak-agak antara West dengan North West kalau ikut kompas, dalam 293 darjah. Jadi kalau ke mana-mana tempat di dalam negara yang tidak ada penunjuk arah kiblat, saya guna kompas untuk check arah kiblat. Kalau ke luar negara, biasanya suami yang jadi tukang check arah kiblat dari apps di iPhone beliau.

Tapi ini jadi pengajaran untuk saya, dek kerana tersalah kiblat semasa baru tiba di Jordan. Bila dah terbiasa dengan 293 darjah, saya berpandukan arah itu dan menunaikan solat di surau Lapangan Terbang Amman. Jadi pelik bila ada beberapa orang yang masuk solat di dalam surau itu untuk solat bersama, tapi tiada seorang pun solat di sebelah saya. Rupa-rupanya saya tersalah kiblat!

Sejak itu, saya bersedia dengan beberapa perkara ini sebelum travel.

1. Islamic Finder

Saya biasa guna website IslamicFinder.org untuk check berapa darjah arah kiblat yang betul di sesuatu tempat. Misalnya kalau nak ke Oslo, maka kita check berapa darjah arah kiblat dari Oslo.

OSLO PRAYER TIME

Dari arah kiblat berapa degree tu… bole lah check menggunakan…

2. Kompas

COMPASS IPHONE

JAM HIKING

TRAVEL KOMPAS

Kompas iPhone, jam hiking dan kompas manual… boleh pakai untuk check and balance.

3. App Islamic

Ada banyak app untuk check kiblat… Sebagai check and balance. Dan saya suka guna app ‘Islamic’ di iOS ni.

KOMPAS ISLAMI

Tips memudahkan urusan solat:

  • Print arah kiblat dari Islamic Finder.
  • Print siap-siap jadual solat di tempat tujuan.
  • Pakailah pakaian solat-ready (yang tutup aurat dengan sempurna dan boleh dibawa solat).
  • Bawa lapik atau sejadah poket kalau terpaksa solat di tepi-tepi jalan atau bangunan.

SEJADAH TRAVEL
Ni dia rupa sejadah poket untuk travel. Saya Google je gambar ni, kalau nak order boleh call nombor tu kot [FREE PROMO]
Walau ke mana-mana sekalipun, solat tetap tak boleh diabaikan OK!

Kepada yang nak bercuti dan melancong sempena cuti sekolah dan Deepavali ni… semoga selamat di perjalanan…. dunia dan akhirat.

Tagged in :

admin Avatar

13 responses to “Tips Check Arah Kiblat Online Semasa Melancong”

  1. MamaBard Avatar

    memang banyak kemudahan yang ada yang boleh digunakan utk tentukan arah kiblat ni..terima kasih ye utk perkongsian ni.. =)

  2. Jiha Avatar

    tq akacan for the entry…entry ni mmg berguna

  3. Aida Doterali Avatar

    Terima kasih atas perkongsian akachan 🙂

  4. Iffah Azhar Avatar

    Info yang sangat berguna! Sangat sesuai untuk mereka yang suka travel macam akacan! hehe. haih, kami ni kompas pun belum ada lagi. Tetapi pengalaman solat di tepi jalan di Europe dan Australia hari tu memang best.

  5. norfaziela mohd noor Avatar

    kita baca dulu, nanti nak melancong , senang dah ada ilmu 😉

  6. najahsalwa Avatar

    Info yg sgt berguna especially ble ke luar negara. Pakaian solat ready tu penting sbb kt negara org kdg2 nk cr surau pn susah. Jadi kne la bersedia solat kt kaki lima ke mana2

  7. aLiXaL Avatar

    Kat airport Taiwan… arah kiblat yang diorang set tak sama ngan kompas punya kiblat… kitorang solat ikut keyakinan iaitu ikut arah kompas kiblat

  8. Rashidi Mohamed Ramli Avatar

    Terima Kasih atas perkongsian. Moga Allah s.w.t. memberi Puan Sekeluarga hidayah dan semangat untuk buat artikel-artikel yang menarik lagi selepas ni.

  9. ira Avatar

    thanks for sharing

  10. […] mom super kids blogging community malaysian. leverage vast knowledge & experience advantage!. Tips Check Arah Kiblat Online Semasa Melancong Penyebab testpack samar – ibuhamil., Selamat datang ibuhamil., sebuah forum seputar […]

  11. […] kiblat kita – antara west north west ikut kompas, 293 darjah. jadi – tempat negara. Tips Check Arah Kiblat Online Semasa Melancong Kumpulan contoh puisi cinta romantis | puisi cinta, Kumpulan puisi cinta galau, kata bijak mutiara, […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge