Saya Nak Pergi Umrah

By | October 22, 2014

Setiap kali tunaikan umrah (wah, macam banyak kali saja kan!) kita pasti akan disambut dengan penuh keharuan oleh mutawif, penduduk Mekah.. “Tetamu Allah” kata mereka.

Dulu saya macam skeptikal sikit. Like.. sesiapa pun boleh ke Mekah kot. Asal ada duit.

TANAH HARAM

Tapi…

Sesungguhnya memang benar panggilan Allah untuk jejak kaki ke Baitullah.

Ada orang ada banyak duit, tapi tak dapat pergi sebab tak ada masa.

Ada orang ada banyak masa, tapi tak dapat pergi sebab tak ada duit.

Ada orang ada banyak duit, ada banyak masa, tapi tak dapat pergi juga.

Hujung tahun ni… saya merancang nak menunaikan umrah dengan Ukhwah Harmoni Travel and Tours pada hujung tahun ini. Ukhwah Harmoni adalah sebuah agensi yang menawarkan pakej umrah serta pelancongan untuk luar dan dalam negara. Salah sebuah cawangan Ukhwah Harmoni di Kubang Kerian, Kelantan, adalah milik abang BFF saya, Efie Muhamad.

Semua dah siap, dokumen semua dah hantar,… namun ada berita yang membuatkan saya tak dapat nak jejak kaki ke sana…

Betapa mahalnya jemputan Allah ke Tanah Suci. Namun ia tidak menjadikan seseorang itu mulia atau maksum dengan berapa kali kedatangan ke Mekah dengan mengerjakan umrah. Hakikatnya kita tetap manusia biasa yang tak lepas dari melalukan kesalahan.

Semoga rakan-rakan serombongan selamat tiba menunaikan ibadah Umrah dan mendapat keredhaan Allah SWT.

Category: Ad-Deen

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

28 thoughts on “Saya Nak Pergi Umrah

  1. Myliferia

    Walaupun sedih sebab tak sempat sampai ke tanah air masa hari ayah meninggal tapi syukur sangat sebab Allah terima arwah ayah sebagai tetamu-Nya sebelum menjemput ayahku pergi selepas lebih kurang 2 minggu selepas pulang daripada menunaikan haji

    Reply
  2. adianiez

    menjadi niat aida menjejakkan kaki di tanah haram sebelum usia 45 tahun in shaa Allah.
    sekurang-kurangnya menunaikan umrah.
    memangnya sesuatu yg paling diinginkan…
    apapun, moga Allah permudahkan Lyna utk ke tanah suci kemudian nanti.

    Reply
  3. SuperNifz

    Saya dah suami pun plan nak g dlm awal tahun depan. Akan tetapi kita hanya merancang, Allah jua penentu segalanya… Insayallah kami akan sampai jua ke sana nanti. Tolong doa2kan kami k 😉

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      amiin, semoga segala doa yang baik-baik berbalik juga kepadamu 🙂

      Reply
  4. faridah zulkifli

    Untungnya dapat pergi umrah diusia muda…
    tak ramai yang teringat nak pergi sana pada usia muda…katanya “mahu pergi enjoy dulu”

    mungkin ramai jga yg mengalami kesempitan kewangan dan masa dan juga untuk ke sana

    apa pun selamat pergi dan pulang ya…

    jauh disudut hati saya pun nak pergi jugak… 🙂 bersama suami

    moga2 dibukakan pintu hati dan diberi kesempatan untuk kesana dahalu…
    faridah zulkifli´s menulis tentang ..16 tanda-tanda bahaya kehamilanMy Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      mungkin belum rezeki saya kali ni. ada benda yang lebih utama Allah rancangkan agaknya 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge