,

Menarik di Busan : Jagalchi Fish Market

admin Avatar

Selepas setahun, kami kembali ke Busan. Kembara Busan tahun lepas dalam entry ini. Yang bestnya, dapat balik bilik tahun lepas.

Stail backpackers, bila ada offer tiket penerbangan murah, terus grab. Bawa semua anak-beranak. Kebetulan sekolah Hafiy bercuti sempena Deepavali. Memang sesuai sangatlah.

Di Jagalchi ni kami ada satu restoran favourite di area pasar terbuka yang jual ikan. Restoran yang dalam bangunan tu… entah, kurang menarik bagi kami. Tapi kalau nak makan sashimi ikan jerung, bolehlah ke sana.

Hari pertama sampai… Jejak di waktu malam. Kebetulan saya demam… Flat saja di siang hari. Lepas Maghrib baru keluar. Sekarang musim luruh, belum jam 6 petang dah Maghrib.

Di kiri kanan ni kedai-kedai makan… Pilih ikan atau apa saja hasil laut, kemudian dia terus potong – sashimi!

Lepas tu siang hari pula

Kalau yang ahjuma jual ni ada banyak yang frozen

Ramai orang di hari Sabtu

Di sekitar Jagalchi ni ada banyak pasar… Sepanjang pesisir selat mengadap Yeongdo Gu.

Ada Beach Market.

Traditional Market.

Market-market ni jual macam-macam barang keperluan dapur.

Bangunan Jagalchi Market.

Ada tugu globe.

Depan restoran favourite. Ampunkan jari Ahjumma itu. (Tak reti nak sebut apa namanya. Nak tanya pun diorang tak faham English)

Sashimi! Macam tak percaya boleh telan mentah-mentah macam ni.

Side dish. Bukan ini je, macam2 benda free dibaginya. ‘Service’ katanya… Ikan goreng tu pun dapat free.

Bagaimana nak ke Jagalchi Market? Paling senang, naik tren Line 1 ke stesen Jagalchi. Keluar ikut exit 10 (Jagalchi Market). Dah keluar, jalan terus di kaki lima, sampailah ke hujung bangunan, belok kanan, jalan terus. Lintas jalan besar. Masa ni dah start dah pasar-pasar terbuka tu. Jagalchi Market di sebelah kiri, pasar terbuka dan restoran favourite di arah kanan.

Dari Jagalchi boleh jalan kaki ke Lotte Town berhampiran Stesen Nampo, dan PIFF Square serta Gukje Market yang terletak di other side of the road. Nak senang, turun balik ke subway dan keluar ikut exit 7 untuk ke Gukje dan PIFF.

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge