Makan Gaji vs Kerja Sendiri

admin Avatar

Ramai juga kawan saya yang katanya dah bosan kerja makan gaji dan nak kerja sendiri i.e. berniaga. Maklumlah, makan gaji ni terikat, 8-5 atau 9-6 (Hehe, office hour siapa ni..) mesti ada di pejabat. Tak bulih nak mengulor kang makan gaji buta pulak, Isnin hingga Jumaat memang kena ke pejabat (kecuali office yang praktik work from home). Apa lagi yang ada anak-anak, kena tinggal anak dengan orang. Dan macam-macam lagilah.

So, dalam ramai2 yang dah bosan tu ada yang berhenti langsung (tak bekerja terus, jadi surirumah), ada yang buat home-based business, ada yang freelance, dan ada yang kerja sendiri (buka kedai). Namun, bila berobjektifkan “masa” dan “keluarga”, adakah semua kerja sendiri tu betul-betul memenuhi objektif?

wahm

Kerja sendiri ni ada beberapa kategori juga sebenarnya, antaranya (1) jadi kuli diri sendiri, (2) jadi bos, (3) jadi kuli orang. Eh, kerja sendiri pun jadi kuli orang ke? Ya, memang ada. Bezanya masa makan gaji itu hari, kita jadi kuli yang dibayar berdasarkan masa; dan kuli selepas berhenti makan gaji ni mungkin dibayar berdasarkan kerja. Misalnya transcriber, translator, designer dan sebagainya.Kita dibayar bila kerja dah siap & client puas hati.

thumbs up

Jadi kuli diri sendiri macamana pula? Kita yang buat sendiri kerja-kerja semua tu. Kalau kita tak buat, tak ada orang nak marah. Misalnya jual barang online. Kalau rajin, jual la. Kalau malas, takde orang heran. Tapi duit pun tak masuklah 😀

Jadi bos ialah bila kita boleh leverage ke atas orang lain dan outsource kepada benda lain. Kita goyang kaki pun duit masuk juga. Misalnya memiliki berpintu-pintu rumah sewa, atau menjadi pelabur, atau pemilik website yang boleh upah orang lain tuliskan artikel. Tapi modal besar sikitlah kalau nak jadi bos ni. Iyelah, semua pun berbayar tu….

Ada yang lari dari makan gaji sebab taknak terikat dengan kesibukan, konon nak masa yang fleksibel, tapi bila dah buat bisnes, lagi tak ada masa kerana komitmen terhadap bisnes. Bila ada bisnes ni, caranya tak macam masa kita kerja, walaupun nampak macam fleksibel. Masa makan gaji, kita masih boleh ambil cuti, MC, cuti tanpa gaji dan sebagainya.  Tapi dah bisnes sendiri, tak ada MC, cuti pun hampir tak ada (yang mula2 nak setup bisnes). Mungkin hari-hari kena overtime tak berbayar. Itu belum lagi kalau terpaksa operate in losses dan tak boleh nak cut loss.

fikir

Bisnes pun lagi pening kepala (sikit la..), makan gaji kita buat kerja pengkhususan terhadap kerja kita. Bila bisnes sendiri, semua kena jaga sendiri, terutama hal-hal melibatkan duit. Ya lah, makan gaji tiap2 bulan gaji masuk, bila bisnes tak ada lah jamiman tiap-tiap bulan atau tiap-tiap hari gaji masuk. Masa makan gaji, gaji kita tetap dan confirm masuk sebanyak itu (kecuali kalau kena potong gaji); bila bisnes sendiri, boleh dapat banyak, boleh dapat sikit, boleh tak dapat langsung, dan boleh rugi 😀

Orang selalu kata, makan gaji takkan kaya-kaya. Betul ke? Seseorang yang saya kenali memiliki sebuah Ferrari, dan beliau makan gaji je. CEO syarikat? Yeah but still makan gaji. Makan gaji bukan tak boleh kaya, boleh.. Dengan syarat, jadi pemakan gaji berkualiti di syarikat yang menjamin masa depan… dengan kredibiliti yang dimiliki membolehkan mendapat promosi kenaikan pangkat. Atau jadi aset berharga kerana kepakaran yang ada, syarikat sanggup bayar gaji berganda. Tapi kalau pekerja yang hari-hari kerjanya mengadap FaceBook, baca blog, berforum, borak-borak buang masa, oh, itu sangat sesuatu dong! Macamana nak naik pangkat begitu = macamana nak jadi kaya dengan makan gaji?

career

Akan tetapi memiliki perniagaan sendiri adalah sesuatu yang mulia. Dari perniagaan tu kita membekalkan keperluan masyarakat sejagat, dan juga menawarkan pekerjaan kepada mereka. Tapi ia bukan kerja satu malam la…

Bukan tak ramai yang berhenti kerja-bisnes-kembali bekerja semula. Mungkin mendapati kerja sendiri tak sesuai buat mereka. Yelah, motivasi kena tinggi, dateline buat sendiri… kalau tak disiplin memang hancur.

Entry ini sebenarnya sekadar renungan buat mereka yang gian nak berhenti kerja makan gaji sebab bisnes sendiri – nak spend masa lebih dengan keluarga katanya. Fikir dan kaji jenis dan kategori ‘kerja sendiri’ yang rasa nak diceburi. Paling efisyen nak spend time dengan keluarga ialah dengan tak kerja langsung; ataupun home-based yang tak memerlukan kita sekalu keluar. Kalau bisnes sendiri itu adalah membuka premis, bersedialah sebab itu adakalanya memakan masa yang lebih banyak dari kerja pejabat.

Berbalik kepada perkara asas – planning.

admin Avatar

11 responses to “Makan Gaji vs Kerja Sendiri”

  1. mamaNoriz Avatar

    mmg betul…ramai gak kenalan yg quit makan gaji then uat bisness lagi byk masa bekerja dr free… bukan mudah nak handle bisness sndri kan…dan tak semestinya dia akan msyuk lebat tiap bulan…
    tpi depends on luck jugak…

    tepuk dada tanya selera…
    lain padang lain belalang…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      rasanya bukan ‘luck’ tp usaha, doa serta keberkatan dalam bisnes tu sendiri. kalo luck tu macam gambling plak 🙂

      org yang berjaya punya strategi utk berjaya.

      1. mamaNoriz Avatar

        ops, jgn salah faham…
        maksud luck tu, more kepada rezeki lah…like people always said “murah rezki awak”.. hehe
        and not luck in term of gambling….iskh, nauzubillah…
        bcoz ni terjadi pd org terdekat sya mcm jiran yg duk rumah je so boring dia buat bisnes kedai makan, tapi ada ‘benda’ kacau… tak menjadi, huhu… tpi dia suka n pndai masak so buat catering dr rumah je…
        then cite my ofismate yg quit her good job sbb nak bisness tudung, tpi tak menjadi, bukan kdai runcit plak…pun tak menjadi…and now dia bisness bakery…baru naik…alhamdulillah…
        apa pun, usaha dan doa tangga kejayaan 😉
        (sorry terpanjang pulak)

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          uik, gambling maksud saya tu bukan berjudi. hehe, macam biasa orang cakap “gamble ajelah, kalo jadi, jadilah, tak jadik tak jadilah”.

          betul, setuju dgn rezeki. orang yg belum berjaya mungkin belum bertemu dgn lubuk rezeki atau proses pembelajarannya agak panjang di situ.

  2. Lynn Avatar

    Kak Lyna,

    Yang penting kat mane2 pun kite bekerja, kene buat bersungguh2 dan rajin. Bg Lynn, mmg bisnes sendiri lebih byk buat kerja overtime dr makan gaji. Tp, kite akan rasa seronok dan lebih terdorong nak bekerja kuat sebab nak membangunkan bisnes sendiri. Kerja sendiri akan membuatkan kite lebih banyak menggunakan segala ability kita yg kite ada untuk memajukan bisnes. Berbanding kerja sendiri, asyik2 buat kije yg sama, Lynn rasa mcm x berkembang kepala otak nih…hehehe…thats my opinion laa… 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahaha itulah kalao orang yg tak bole dgn benda rutin, lama2 berkarat kepala otak.

  3. zufina Avatar

    good article Mommy Lyna. banyak kawan saya pun di persimpangan jalan…

  4. ayu rashid Avatar

    hai…good articles yang disertakan contoh/situasi yg sgt realistik. apa2 pun kerja sendiri vs makan gaji ada pro & cons nya… bergantung pada diri individu itu sendiri mcm mana nak ‘mengemudikan’ bahtera kerjaya / bisnes mereka itu.

    aper2 pun… jika ia keputusan terbaik utk diri sendiri & keluarga…just move on… the rest is usaha secara istiqamah… barulah berdoa & berserah pada yang Esa.

    alhamdulillah…i’m happy with what i’m doing since i was resign from UNISEL on March 2010.

    *selamat berpuasa semua!

  5. sarah Avatar

    stuju sgt2..keja sendiri mmg masyuk..tp tuntut pengorbanan yg bukan sedikit..kena ada control key! kna control staff..kna control stok..kna control product (esp food bisnes)..klo mkn gaji di ‘kontrol’ aje..x payah meng’kontrol’ ;p

  6. sya Avatar

    setakat ni masih gembira dengan kerjaya, walaupun tak bergaji tinggi, tapi belum ada cita2 untuk berhenti… wah, macam orang yang sangat sayangkan kerjaya gitu… 😛 tapi, Alhamdulillah, kerjaya dan keluarga masih seimbang…

  7. yatiemn Avatar
    yatiemn

    nak kerja sendiri mmg bagus tp kn ada persediaan mental yg mantap, almaklum bila dah bisnes sendiri, risiko mmg byk. Unless buat utk suka2, mengisi masa lapang & less financial constraint.. terpulang pd individual matlamat sebenar.. barulah boleh kecapi peace of mind! apa2 pun buatlah sst yg beri manfaat kpd umat sejagat, walau sebesar zarah sekalipun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge