,

Kesan-Kesan Bila Tidak Menyusukan Anak

admin Avatar

Mac 2013, bila Danny genap 2 tahun, saya dengan persetujuan dari semua pihak, berhenti menyusukan dia. Dannylah satu-satunya anak saya yang tidak menyusu lebih dari tempoh 2 tahun. Abang-abangnya menyusu sampai dapat adik, malah menyusu bersama-sama dengan adik – tandem nursing. Danny pula, tak dapat adik lagi, tapi dah berhenti.

Tapi… Manjanya sama je kot. Breastfeeding babies, extend ke tak extend ke… Sama je (anak-anak saya lah).

Maka, bila dah berhenti menyusukan, secara amnya saya dah hilang “500 calorie burned when you are breastfeeding”. Macamana 500 kalori ni? Ia bersamaan joging selama 2 jam! Sadis kan… Kalau BF (breastfeed), aktiviti menyusukan yang boleh dibuat sambil baring tu membakar kalori sebanyak itu… No wonder ibu menyusu boleh makan banyak (sebab asyik lapar) tapi badan maintain je. OK, itu saya. Mulut nak mengunyah je, tapi berat maintain…

20140122-150430.jpg

Sekarang… Hakikat yang sangat sukar diterima.

… Berat makin naik
… Lemak sana sini. Bukan bayangan lagi kerana dulu fat percentage tahap atlit, sekarang… Ohhh nooo!
… Metabolisma makin menurun

Bila peratusan lemak makin banyak, metabolisma makin rendah, air dalam badan tinggi, jadinya badan bertambah berat. Berat badan kerana lemak ni tak sama dengan berat kerana otot. Orang yang sama tinggi dan sama berat, boleh jadi seorang gemuk, seorang kurus. Sebab otot lebih berat dari lemak.

Memang saya struggle betul nak balance-kan calorie in-calorie outs… Rasanya, tak boleh nak kurangkan makan, nanti anak-anak pula yang lapar (Alasan kan?), jadi saya kena buat aktiviti fizikal secara extreme dari biasa.

Bertuahlah mak-mak yang masih menyusukan anak… Jangan sesiakan kelebihan yang ada. Penyusuan bukan saja terbaik untuk anak, tapi terbaik untuk ibu juga!

Tagged in :

admin Avatar

6 responses to “Kesan-Kesan Bila Tidak Menyusukan Anak”

  1. Myliferia Avatar

    Alhamdulillah, masih tergolong di dalam golingan itu 🙂

  2. MummyZai Avatar

    Alamak takut plak nt bdn naek

  3. Zety Avatar

    As for me, badan bagai dipam-pam bila anak dah start solid. Kalau masa baby umur bawah 6 bulan tu, mak aii… memang happy je masa timbang berat.

    Lepas baby dah 6 bulan, takmo timbang berat dah. Boleh nanges woo…

  4. http://www.mindbrowsing.com Avatar

    Thanks for sharing such a pleasant idea, article is fastidious, thats
    why i have read it fully

  5. Norhayati Suaib Avatar

    Ada terbaca artikel yang menulis,dengan menyusukan anak sekerap mungkin boleh menjadikan mereka itu pintar

  6. Nurul Huda M S Avatar

    mintak2 kalini berjaya fully bf la 🙂 …. nk kuyus jugak..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge