Tips Bersenam Untuk Beginner

admin Avatar

Sejak berhenti menyusu ni, mungkin ada hikmahnya juga lah. Kalau tak, rasa complacent, ye lah, makan banyak tapi tak gemuk-gemuk… Seriously memang tak pernah bersenam pun masa menyusu.. Lagipun banyak mitos tentang bersenam masa menyusukan ni… oh OK, not sure mitos betul atau kajian saintifik, that ibu menyusu yang bersenam menghasilkan sejenis chemical dalam susu badannya… blablabla.. it is soooo an excuse!

Tapi natijahnya ialah bila berhenti menyusu… Bila tak bersenam, apalagi tak menjaga pemakanan (makan asal kenyang, bukan penuh khasiat) otot kita jadi tak berapa sihat sangat. Bila otot tak berapa mantap, nak membakar lemak pun jadi tak efektif. Masa menyusukan anak, seorang ibu boleh jadi kurus cekeding walaupun makan banyak, kerana kalori yang banyak diperlukan untuk penghasilan susu badan. 500 cal, campur dengan kalori yang diperlukan untuk metabolisma purata 1200 cal, jumlah 1700 cal sehari minimum diperlukan oleh seorang ibu menyusu. Itu belum masuk kalori yang dibakar ketika bergerak, kemas rumah, dokong anak, tidur, berdiri dan sebagainya.

Tapi bla berhenti menyusu, 500 cal yang dulunya dibakar sempurna, sekarnag dah tak ada `api`. Bahan bakarnya tak ada. Jadi selambaklah 500 cal itu dalam badan. Kerana itu kebanyakan ibu yang berhenti menyusu akan mengalami keadaan… berat naik mencanak2.

Jadi, untuk atasi keadaan ni… perlu untuk jaga makan dan bersenam!

Buat yang baru nak memulakan aktiviti bersenam… Mungkin berfikir2 apa senaman yang sesuai, dan macamana nak start.

Asas dia mudah je – senaman yang kita boleh konsisten melakukannya.

Istiqomah.

Kalau hari pertama bersenam terlalu kuat sampai seluruh otot sakit-sakit, kemudian ambil masa untuk berehat…. lalu hilang momentum.. ini tidak baik.

Kalau berkemampuan dari segi masa dan kewangan, boleh mendaftar di gym. Ambil personal trainer.

Tapi kalau keadaan tak mengizinkan, boleh je buat sendiri di rumah. Tak salah nak ikut gerakan senaman dari YouTube atau buku/website, yang penting kena study sikit senaman sekian untuk faedah apa. Bila kita tahu faedahnya, barulah boleh appreciate. Dan lebih bagus lagi kalau boleh bersenam secara berjemaah dengan rakan-rakan. Tak perlu berkumpul sama-sama pun. Zaman internet dan media sosial ni hanya perlu engage dengan mana-mana group online, atau rakan2 FaceBook yang ada minat sama je. Keep on updating di FaceBook pun satu motivasi yang bagus. Semua orang tahu kita dah amalkan senaman, takkan hangat2 tahi ayam pula kottt. Malu ahhh.

Mari bersenam!

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Tips Bersenam Untuk Beginner”

  1. Naimah Wahab Avatar

    Buleh nak rilex lagi untuk 7 bulan dari sekarang…kikiki

  2. cheq eem Avatar

    mari bersenam dan memanjat bukit dn gunung….. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge