Lama rasanya tak bercerita tentang anak istimewa saya, si Fahry. Fahry sekarang dah berusia 2 tahun 1 bulan. Semakin lincah dan bijak. Sekarang fokusnya semakin bertambah baik. Yang penting dah boleh spend masa lama sikit membaca bersama. Kalau tak dia asyik nak melompat dan memanjat aje.
Kalau Hafiy dulu saya mulakan mengajarnya di rumah dengan mengenal A, B, C.. 1,2,3.. alif, ba, ta.. menjadikan sekarang dia cenderung untuk mengeja terlebih dahulu. Kalau suruh tulis perkataan, huruf-hurufnya bercelaru. Kalau eja ‘book’ misalnya, B di tempat lain O di tempat lain K di tempat lain (walaupun ada guna sight word tapi mungkin sebab dia dah mahir abjad dari awal jadi dia lebih cenderung ‘membaca abjad’ dari ‘membaca perkataan’). Fahry pula saya tak kenalkan dengan A, B, C macam Hafiy, sebaliknya lebih kepada sight word. Disebabkan saya tak konsisten sangat, tak nampak ketara sangat pada Fahry. Atau mungkin kami terlalu fokus pada perkembangan fizikal dia. Nak sangat Fahry pandai berjalan kan.
Sekarang Fahry dah pandai bercakap dan bercerita. Walaupun tak faham sangat tapi kami layan je untuk galakkan dia bercakap dan stimulate-kan kemahiran berkomunikasi. Fahry nampak lebih outspoken dan akan fight for his right.
Saya selalu bercakap-cakap tentang keadaan dirinya, supaya dia rasa biasa. Bila nanti dah sekolah/bergaul dengan orang, bila orang memperkatakan tentang kekurangannya, tak adalah Fahry nak kecil hati. Bila mudah kecil hati ni boleh melahirkan perasaan low self-esteem yang tak bertempat.
Ini adalah video Fahry bermain di taman permainan, yang saya pernah kongsikan dalam FaceBook saya.
Sekarang ni Fahry masih menunggu kaki palsunya siap. Haii bilalah nak siap ni.
Saya rasa sangat bangga dengannya. Bertuah sangat saya dianugerahkan anak sepertinya. Fahry penguat semangat saya. Secara umumnya anak-anak adalah penguat semangat, tapi bila ada anak istimewa, saya rasa malu padanya kalau asyik rasa ‘tak boleh, tak boleh’ aje. Sebab saya nak anak saya ‘BOLEH’. Kalau maknya asyik itu tak boleh buat ini tak boleh buat, macamana nak jadikan anak serba boleh? Huhu.
Tapi memang ada lah benda yang saya tak boleh buat.. itu memang kena akui limitation yang ada pada diri saya. Saya bukan superwoman.
Tahun 2011 ni tahun pembaharuan. Mungkin tahun cabaran juga. Banyak decision making yang perlu dibuat. Lagi2 kami bakal menyambut kelahiran adik Fahry dalam masa 2 bulan lagi, insya-Allah.
Tahun ini juga saya dan Watie bakal menganjurkan satu program untuk anak-anak seperti mereka. Insya-Allah. Sekarang dalam proses menyiapkan website khas untuk program ni. Insya-Allah akan dilancarkan pada hujung bulan ini atau bulan depan.
Hmmm ntahlah masalah saya ni. Kalau dulu saya rasa takut-takut juga kalau-kalau masyarakat menyisihkan anak saya, tapi sekarang saya rasa sangat bangga bila bercerita tentang dia. Saya rasa macam ramai sangat orang nak dengar cerita tentang anak-anak ni. Orang sekarang ramai dah berfikiran terbuka. Di taskanya pun, cikgunya kata tak ada beza Fahry dengan budak lain. Extraordinary lagi ada. Benda yang orang tak buat, dia yang buat.
Ibu bapa yang dianugerahkan anak istimewa, janganlah dibelenggu dengan perasaan sedih, humiliated, rendah diri, etc. Bersyukurlah, berbangga dan bergembiralah. Saya bangga punya anak cacat, cuma satu benda yang saya masih tak boleh terima. Bila Fahry dikatakan ‘balasan Tuhan’, ‘bala’ dan sebagainya. Oh, itu mungkin ya. Balasan as anugerah yang tak ternilai 🙂
Seronoknya menjadi ibu kepada OKU. Ya, mungkin anak saya cuma cacat fizikal yang minor saja. Ramai ibu bapa lain yang punya anak yang lebih memerlukan perhatian. Namun hakikatnya mereka tetap sama. Mereka bukan orang macam kita. Fahry tak boleh berjalan macam Hafiy kalau tak ada kaki palsu.
Ibu bapa yang punya anak-anak normal, kurangkan mengeluh atau merungut dengan anak-anak, terutama semasa mereka masih bayi. Kalau anda mengeluh sebab bayi asyik meragam saja, ada ibu bapa di luar sana yang menunggu-nunggu tangisan pertama anak mereka. Kalau anda merungut anak asyik mengomel buat bising, ada ibu bapa di luar sana yang menunggu suara pertama anak mereka. Kalau anda mengomel bila anak suka berlari sana lari sini, ada ibu bapa di luar sana menunggu-nunggu langkah pertama anak mereka.
*Uhh saya rasa sudah kehilangan mother’s touch dalam penulisan blog. Adakah saya sudah berubah? 🙂
Leave a Reply