,

Aktiviti Menarik Bulan Januari

admin Avatar

Tahun baru 2011 membuka lembarannya dah dekat seminggu. Ramai yang dah list perancangan untuk tahun 2011 ni.

Dijangka lebih banyak cabaran dan dugaannya… mana taknya awal2 tahun RON97 dah naik harga lagi. Belum masuk minyak masak yang tiba2 MIA 🙂

Apa aktiviti menarik bulan Januari anda? Kalau dah full, wah itu sudah bagus. Kalau masih tercari-cari aktiviti yang sesuai hujung minggu, meh sini tengok-tengok apa yang ada untuk anda sekeluarga 😉

9/1 Car Detailing Biz 101 –> untuk lelaki? wanita pun boleh! Belajar dari tokei Bling Auto Care.

15&16/1 Adsense101 –> belajar Google Adsense dari 0 hingga anda pulang membawa sebuah blog dengan domain dan hosting sendiri! Limited seat! 10 orang pertama yang daftar & confirm, akan dapat diskaun~ dibawakan untuk anda oleh hafiy.com.

15/1 Guangzhou 101 –> Nak jadi businessman/woman, dengan mendapatkan barangan borong terus dari China? Masyukkk (saya pun teringin nak pegi China nih. Bila ya? Masanya akan tiba)

22/1 KISS Your Biz –> Start up biz coaching. Nak buka bisnes, teringin sangat tapi tak tahu cara yang betul, dapatkan seorang coach yang dah berjaya jadi WAHM dari FTWM! Perkongsian oleh Puan Kay sendiri.

23/1 DIY Website –> Bina website anda sendiri untuk bisnes anda, tanpa perlu ada pengetahuan tentang HTML dan sebagainya.

Dan ada event besar yang menarik pada hujung bulan ni!

Jeng jeng jeng…

29/1 – Mom’s Day Out ~

satu hari untuk ibu! ME time for mothers!
Apa yang menarik dalam Mom’s Day Out ni?

Ada..
Breastfeeding Talk oleh Puan Farah Farhan (Sarakids)
Let’s Get Beautiful with Sendayu Tinggi oleh Puan Yati (anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Pn Rozita)
Lilitan Selendang Anggun oleh Puan Anizon (Anizon Collection)
Cupcake Deco oleh Dilla’s Deli
Felt craft oleh Sekoci Norlie

Peserta akan diberi sijil. Yuran cuma RM80 dan TERHAD KEPADA 35 orang ibu saja! Daftarlah sekarang!

Kami membuka peluang kepada mana2 peniaga online/offline yang berminat untuk menjadi sponsor dalam majlis ni. Badge/lambang anda akan dipaparkan dalam banner majlis. Hubungi kay@scriptorybox.com sekiranya ada yang minat ya. Sponsor apa2 pun tak apa.

Lagi satu..

30/1 – Kids Luv Felt Craft

Yang ini menarik. Felt craft ni memang dah biasa buat di Scriptory Box tapi ni lain macam sikit. Kenapa? Sebab ada ni..

tv3

Yesss TV3 akan buat liputan untuk TV3 Kid’s News! Hafiy Fahry wajib ada nih. Kot2 la boleh menyelit2 masuk TV3 you 🙂

Yuran cuma RM70 je.

Bawalah anak2 anda sertai program ini. Memeriahkan majlis 🙂

Menarik kan? Insya-Allah tahun 2011 ni banyak event menarik akan dikendalikan di Scriptory Box.

Untuk maklumat lanjut tentang event2 di atas, boleh hantarkan email kepada kay@scriptorybox.com, dan untuk Adsense101 boleh email terus kepada saya, mommy@fahry.net.

Kalau anda ada apa-apa aktiviti untuk dikongsi bersama contohnya gathering ke, atau ada nak buat kelas apa-apa, atau nak share sesuatu, pintu kami sentiasa terbuka.

Hantarkan email kepada kay@scriptorybox.com & mommylyna@scriptorybox.com sekiranya ada sebarang cadangan atau pertanyaan.

Alamat Scriptory Box :

Wisma Bling Lustre, No. 47-1, Tmn Meranti Jaya, Puchong, Selangor.

HINT : dari Putrajaya exit selepas Tol Puchong. (Exit Bandar Bukit Puchong)
dari KL, PJ, Shah Alam, exit kedua selepas Tractor Malaysia (Exit Bandar Bukit Puchong)

Dekat area Hero Taman Meranti Jaya.

Orang2 Putrajaya & sekitarnya memang dekat sangatlah ni.

Jumpa di sana!

p/s: Dapatkan Majalah NUR dan Pa&Ma edisi Februari 2010. Scriptory Box (& partners) featured in magazines!

(sebut pasal Pa&Ma, ada beberapa kawan saya beritahu “Eh, ko kuar dalam Pa&Ma bln ni ye?”) 😉

admin Avatar

8 responses to “Aktiviti Menarik Bulan Januari”

  1. kinna Avatar

    aiseh..saya suka aktiviti2 di atas tapi ujung bulan ni mau balik kampung2 maaa..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aktivit2 yang bukan hujung bulan cemana? 😀

  2. masalifah Avatar

    Nak masuk tibi! nak masuk tibi!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pegi lah

  3. nul sunny Avatar

    menarik.. menarik..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      adakah anda cukup tertarik *wink2*

  4. Nik Ha Avatar

    wajib masuk calendar nih.rasa nak join semua..he..he..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom Kak Nik 😉
      build network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge