Kaki palsu sinonim dengan orang-orang yang kudung kaki macam Fahry. Dah dekat 10 bulan Fahry pakai kaki palsu, cuma kini Fahry dah berani berjalan sendiri dengan kaki palsu, tanpa bantuan walker atau dinding, atau tangan Mommy.
Pembuat kaki palsu Fahry adalah orang Singapura, kerana tiada kaki palsu yang ready made untuk bayi sekecil Fahry.
Sekarang dah nampak merah pula kakinya setiap kali pakai kaki palsu, mungkin dah sampai masa kena tukar.
Hari minggu baru ni kami bawa anak-anak ke Tugu Negara (National Monument). Abiy kata “Macam Trafalgar Square lah” Hahaha, nampak sangat tak pernah pergi tugu kat negara sendiri. Kat tempat orang terhegeh2 pulak nak pegi. So kat sini, depan pelancong2 semua Fahry tunjuk skill jalan dengan kaki palsu, sampai tergolek2 jatuh, tapi dia rileks je. Makcik2 Korea kat situ pulak terjerit2.
Di sekolah pun Fahry dah seronok berjalan. Wah, nampaknya tak lama lagi boleh lah Fahry naik kelas.
Fahry pun dah boleh recite 1 to 10 dan baca A B C. Ini adalah sesuatu yang tidak Mommy sedari, hanya sedar bila Mommy nak saja-saja sebut ONE, Fahry sambung TWO, Mommy kata TWO, Fahry cakap THREE, seterusnya sampailah TEN. Lepas tu Fahry sendiri bersenandung lagu A B C. Pandai, pandai. Never expect sebab underestimate dia. Hahaha, teruk betul.
Wah nampaknya banyak perkembangan Fahry ya. Kejap lagi dah tahu pakai/pilih kaki palsu sendiri 😀
Leave a Reply