Kaki palsu sinonim dengan orang-orang yang kudung kaki macam Fahry. Dah dekat 10 bulan Fahry pakai kaki palsu, cuma kini Fahry dah berani berjalan sendiri dengan kaki palsu, tanpa bantuan walker atau dinding, atau tangan Mommy.
Pembuat kaki palsu Fahry adalah orang Singapura, kerana tiada kaki palsu yang ready made untuk bayi sekecil Fahry.
Sekarang dah nampak merah pula kakinya setiap kali pakai kaki palsu, mungkin dah sampai masa kena tukar.
Hari minggu baru ni kami bawa anak-anak ke Tugu Negara (National Monument). Abiy kata “Macam Trafalgar Square lah” Hahaha, nampak sangat tak pernah pergi tugu kat negara sendiri. Kat tempat orang terhegeh2 pulak nak pegi. So kat sini, depan pelancong2 semua Fahry tunjuk skill jalan dengan kaki palsu, sampai tergolek2 jatuh, tapi dia rileks je. Makcik2 Korea kat situ pulak terjerit2.
Di sekolah pun Fahry dah seronok berjalan. Wah, nampaknya tak lama lagi boleh lah Fahry naik kelas.
Fahry pun dah boleh recite 1 to 10 dan baca A B C. Ini adalah sesuatu yang tidak Mommy sedari, hanya sedar bila Mommy nak saja-saja sebut ONE, Fahry sambung TWO, Mommy kata TWO, Fahry cakap THREE, seterusnya sampailah TEN. Lepas tu Fahry sendiri bersenandung lagu A B C. Pandai, pandai. Never expect sebab underestimate dia. Hahaha, teruk betul.
Wah nampaknya banyak perkembangan Fahry ya. Kejap lagi dah tahu pakai/pilih kaki palsu sendiri





{ 19 comments… read them below or add one }
congrats Fahry!
Aunty so proud of u..
my son pun mcm Fahry, kalau sebut 1,2,3 ..starts with 2..sb 1 mommy selalu sebut..A,B,C pun starts with B…hishihsihsih
.-= mommynadia´s last blog ..still under the weather =-.
congrats fahry!! Lepas ni boleh lumba lari ngn abg hafiy ok.tengok sapa lagi laju
alahai, comelnya dia. hari tu macam pk2 gak nak dukung tapi macam semua org bz kan…pk2 bukan ape, sy risau budak2 takut dengan sy…anak2 buah semua mcm tu…sabar je la…
.-= hidayahyassin´s last blog ..Kalau Suka- Perlu Hebahkan Ke =-.
Alaaa Fahry kan dia ok sumer orang tau
fahry..nanti fahry ajak mommy pegi jenjalan kat melaka ek..jalan sini jalan sana..shoping sini, shoping sana..(hahaha..terpomot negeri sendiri plak…) hehe..
.-= amirah´s last blog ..Selamat Hari Jadi Ke 30 Tuan!!Hehe =-.
Shoping je aunty? Tanak ke belanja kami? Wakakaka
Wah… cerita inspiratif…. menggugah empati hati saya. Thanks…. terus berkarya!
.-= Jeng Ida´s last blog ..Mau Kipas Cantik =-.
Ya bayi ini sungguh memberi inspirasi kepada saya
(bayikah lagi???)
dalam sebak auntiy bangga ngn fahry…bangga sgt2…
mommy fahry, lps ni lg lasak laa fahry…
.-= eda´s last blog ..New Outlet =-.
Fahry kata “tq aunty. Nanti saya buatkan aunty bangga lg
”
congrats little boy…
.-= dbalkis´s last blog ..Laila Asykin lagiPoyo!! =-.
Maceeh aunty balkis
bagus fahry, harap nanti fahry boleh wat mcm dlm klip video cik ah nih…meh layan…Takkan nak masak jer….jom layan Single Ladies
.-= mrsnik@meah´s last blog ..takkan nak masak jerjom layan Single Ladies =-.
I can do better
Wahahahahahhhh
fahry fahry, tersengeh2 aunty tgk video fahry berjln. Alhamdulillah syukur
kak along..siap la lepas ni akak kena sentiasa pakai sport shoes la.. nak kejar dik fahry berlari..hihi
Haaa haaa haaaa berangan nak buat menantu la tuuuu
Wakakakaka
ooooooo…aku sungguh terharu tgk fahry jalannnnn.. so kiut and really2 semangat!! cayalah fahry!!!
Subhanallah.
kagum dengan semangat fahry
.-= Bina´s last blog ..Selamat ulang tahun mak ! ! =-.
tahniah yer sbb dah pandai jalan……..usaha lagi ye fahry..