Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2010 bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah ini:
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2010
kredit to : Scribd Beliamuda.
Jadual untuk ibu bekerja pula.. ini hanyalah sekadar pengalaman saya sendiri yang baru 3 tahun berpuasa sebagai ibu. Insya-Allah tahun ini saya berpuasa sebagai ibu kepada 2 anak lelaki plus seorang fetus yang masih berbentuk seketul daging.
Sebelum masuk bulan Ramadhan adalah hari2 yang agak sibuk kerana saya mesti siapkan kerja2 di pejabat, yang harus disiapkan sebelum puasa, apatah lagi raya kan. Counterpart saya dah siap2 ambil cuti raya 2 minggu.
Untuk bulan puasa ni kami dah siap2 beli kurma YuTa hehe.
Saya bercadang untuk cuba memasak sendiri hidangan sahur (ya Allah, semoga saya tak morning sickness). Buka puasa mungkin tak berapa sempat, agak2 sempat cari ayam percik di Pasar Ramadhan tu kira OK lah kot. Maklumlah balik kerja dah pukul berapa (bulan puasa biasanya jem sebab semua nak kejar buka puasa di rumah), kalau nak masak tu, pre-cooking dah makan masa, nak kemas2 selepas makan lagi, nak solat Maghrib, dan ke masjid untuk terawikh… eventually beli aje lebih mudah.
Sahur pula tak susah sangat, pagi2 tak ada nak makan sedap2 pun. Nasi putih dengan telur goreng dah cukup. Boleh masak nasi pada malamnya, kalau nak lauk2 yang agak complicated boleh masak siap2 di waktu malam, untuk sahur nanti panaskan aje.
Untuk memberikan tenaga sepanjang hari, maklumlah saya berbadan dua, haruslah kena ada energy booster sikit sebanyak. Oleh itu saya menyediakan stok Energizing Soy Protein (ESP) dan MealShake untuk diminum bersamanya. Yummy, saya suka rasanya. ESP ni adalah sustained energy released, maksudnya ialah pelepasan tenaga perlahan-lahan. Jadi it will keep us energetic! Sesuai untuk ibu2 tak kira ibu bekerja atau SAHM, sebab ibu ni kerjanya tak henti2 sampaila waktu tidur pun bekerja lagi.
Soy Protein
Saya juga mengambil vitamin-vitamin seperti biasa, seperti Vitalea (multivitamin), B-Complex (yang tinggi asid foliknya), vitamin C, Ostematrix (kalsium) dan tambahan2 lain. Supplement ni penting untuk keep us healthy, samaada berpuasa atau tidak, kerana ia menjaga sel2 tubuh badan kita. Lebih2 lagi ibu mengandung dan menyusu, amat memerlukan vitamin. Kalau ke hospital/klinik pun doktor akan beri bekalan vitamin kepada ibu hamil, kerana ia penting untuk menjaga kandungan, mengelakkan risiko yang boleh terjadi semasa mengandung seperti pre-eklampsia dan sebagainya, serta mengelakkan kematian ibu/bayi semasa kelahiran.
Oleh kerana sekarang musim panas, dan ibu2 menyusu/mengandung biasanya selalu merasa haus, maka saya mengambil Performance Drink bagi mengelakkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) yang boleh menyebabkan kelesuan dan mungkin menjejaskan kuantiti susu.
Performance Drink
Saya juga tak lupa mengambil kurma, madu, kismis, yang biasa kita ambil dalam bulan Ramadhan ni.
Secara mudahnya, jadual ibu bekerja di bulan puasa (cadangan secara am saja):
4.30 am – Bangun tidur, buat apa yang patut, panaskan nasi, lauk dan sebagainya.
5.00 am – Kejutkan suami untuk bangun sahur (biasanya mengambil masa dari 15 ke 30 minit, LOL)
5.15 am – Mula menikmati juadah sahur
– Mengambil supplement (bagi mereka yang biasa mengambilnya semasa bersarapan)
– Minum ESP + mealshake (atau campurkan ESP dengan apa saja minuman kesukaan)
6.00 am – Solat Subuh, buat apa yang patut, bersiap untuk ke pejabat…
(WAKTU DI PEJABAT)
6.00 pm – Ke pasar Ramadhan atau masak hidangan berbuka puasa.
7.00 pm – Siapkan hidangan untuk berbuka puasa
7.30 pm – Menikmati juadah berbuka
– Kalau nak solat Maghrib dulu, ambil yang ringan2 seperti buah kurma, air masak, kuih2 manis dan Performance Drink untuk tenaga segera.
– makan hidangan berat tapi jangan berlebih2 kang tak boleh bangun pulak.
– ambil vitamin (bagi yang biasa mengambilnya selepas dinner)
Solat terawikh – Bawa sebotol air masak untuk diminum semasa break antara rakaat. Pastikan tidak kekeringan air kerana waktu siang dah tak minum.
Sebelum tidur – Minum segelas ESP. Seeloknya sediakan sebotol air masak di dalam bilik untuk memudahkan kita minum sekiranya terjaga di waktu malam.
Jangan risau untuk berpuasa sekiranya anda mengandung ataupun menyusukan anak, selagi tidak terjadi perkara yang merisaukan kandungan atau diri sendiri atau anak yang disusui, cubalah berazam untuk berpuasa. Sekiranya takut susu kering, cubalah ambil Performance Drink kerana antaranya ia membuatkan kita kurang ke tandas, sekaligus mengurangkan kehilangan air dalam tubuh. Kurma juga adalah makanan yang baik untuk ibu hamil dan menyusu kerana ia mengandungi glukosa dan kalori yang diperlukan oleh ibu-ibu. ESP selain memberi tenaga, amat bagus untuk membanyakkan susu dan memekatkan susu.
Unflavoured Fibre Plan juga sesuai untuk mereka yang selalu kelaparan, kerana fibre adalah bersifat tidak mudah hadam dan boleh mengekalkan keadaan kenyang dalam masa yang agak lama.
Dengan syarat apabila ambil kesemua itu, bergantunglah kepada Allah, bukan kepada benda2 tu.
Selain ibu mengandung dan menyusu, para suami, warga tua (ibu bapa kita) dan sesiapa saja sesuai untuk mengambil pemakanan di atas. Boleh belikan setin Performance Drink untuk ibu dan ayah sebagai hadiah Ramadhan buat mereka 🙂 Mesti mereka suka.
Selamat berpuasa!
*untuk memesan produk2 di atas, hubungi saya di sauberlina[at]gmail.com 😀
Leave a Reply