Blackberry Haram

admin Avatar

..penggunaan Blackberry diharamkan, orang yang da pakai Blackberry cane ek?

Bunyi status Facebook junior saya. Sebagai seorang yang dah beberapa hari tak sempat nak buka PC, saya memang tak tahu menahu tentang isu Blackberry haram ni. Haram dari segi apa? Pakai kulit babi ke.. hehehe.

So seperti biasa saya Google “Blackberry haram” dan jumpa laporan semacam ni saja:

Algeria timbang haram BlackBerry jika ancam keselamatan

August 06, 2010

ALGIERS, 6 Ogos ā€” Algeria sedang mengkaji penggunaan telefon BlackBerry dan akan mengharamkan penggunaannya jika boleh mengancam keselamatan negara.

ā€œKami sedang melihat isu ini. Jika kami mendapati ia mendatangkan bahaya kepada ekonomi dan keselamatan kami, kami akan menghentikannya,ā€ kata akhbar El Khabar yang memetik Menteri Telekomunikasi Moussa Benhamadi semalam.

Algeria muncul negara terbaru memperlihatkan kebimbangan berhubung ciri-ciri Blackberry yang mendapat perhatian ramai sejak awal minggu ini khususnya di kalangan negara Teluk.

Dalam pada itu Amerika Syarikat mahu mengadakan perbincangan teknikal dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain berhubung pertimbangan untuk mengharamkan komponen Blackberry Messenger.

Mengumumkan perkara itu semalam, Setiausaha Negara Hillary Clinton memberitahu, pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan perundingan dan menganalisis isu itu secara menyeluruh.

ā€œ… kami tahu bahawa ada isu yang sewajarnya diberi perhatian, malah terdapat juga kewajaran tentang soaln kebebasan penggunaan dan akses kepada kemudahan ini,ā€ kata beliau di Washington.

Tiga hari lalu, pengeluar BlackBerry, Research in Motion (RIM) menyatakan tekad untuk tidak akan menjejaskan keselamatan pengguna selepas dua kerajaan Teluk mengancam untuk menyekat perkhidmatan pentingnya.

Syarikat yahg beribu pejabat di Kanada menyatakan yang ia ā€œtidak akan mengambil mudah dalam soal integriti dan keselamatan BlackBerry.ā€

Kerajaan UAE dan Arab Saudi bersedia mengharamkan fungsi ā€˜Messengerā€™, e-mel dan web atas sebab keselamatan yang berpunca dari kebimbangan ia mungkin digunakan untuk aktiviti haram.

Dalam kenyataannya, RIM mengakui ia membincangkan isu keselamatan dengan kerajaan tertentu, namun syarat perundangan kerajaan serta keperluan keselamatan dan privasi syarikat dan pengguna turut dipatuhi.

BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

RIM cuba menyakinkan pelanggan perniagaan bahawa rahsia syarikat yang dikawal rapi ketika dihantar melalui e-mel atau messenger tidak berdepan sebarang risiko.

ā€œKeselamatan BlackBerry direka khas untuk membekalkan pelanggan korporat dengan keupayaan menghantar maklumat tanpa wayar selain memberikan keyakinan bahawa tiada sesiapa termasuk RIM sendiri boleh mengakses data mereka,ā€ demikian kata syarikat itu.

Keputusan UAE dibuat ketika pemantau media, Reporters without Borders menuduhnya sebagai ā€œmengganggu dan menahan pengguna BlackBerry Messenger yang cuba mengaturkan protes menentang kenaikan harga petrol.ā€

Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.

Sumber: The Malaysian Insider

Mencari2 juga ulasan tentang Blackberry yang mungkin diharamkan ni, tapi tak jumpa pula. Yang saya dapat tangkap dalam artikel di atas ialah tentang ‘Blackberry Messenger’.

Adakah haram sebab messenger tu yang dikatakan mengancam keselamatan negara?

Kalau Blackberry boleh mengancam keselamatan, iPhone pulak macamana?

admin Avatar

37 responses to “Blackberry Haram”

  1. altuty Avatar

    terperanjat baca title entry nih! hahaha..
    i guess ini yg melibatkan BB subscription for corporate account. sbb diorg integrate email company dgn BB system. database semua boleh di akses melalui BB. so mungkin dari situ-lah isu keharaman-nye tu. haha

    haiiii iPhone? jgn le haram. sangat addicted. kalau bukan saya addicted pun, anak2 leka main youtube saya. kena rebut! gaduh dgn anak pasal iPhone, huhu tak patut2.
    .-= altutyĀ“s last blog ..potty disaster and talking monster =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      A source (taktau reliable ke tak) the BB belong to Yahudi & diorang bole dpt any info dr BB messaging gitu.

      Betul ke?

  2. aizura awang Avatar

    Blackberry is now BANNED (maybe more appropriate word to use) in UAE and SAUDI because they can’t monitor the BBM or something like that… this is wht I understand laa šŸ˜‰

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      maybe bila translate ke bahasa, banned=haram (?)

      kalau pakai phone lain, bole monitor ke?

    2. mas Avatar
      mas

      yer ke? my friend kt dubai still using bb der..ok jer?
      x der haram pon..

  3. kinna Avatar

    kecanggihan teknologi mmg membawa bencana šŸ˜‰
    kalo nk haramkan enfon berkamera/ bervideo utk sekat keruntuhan akhlak cmna plak?
    .-= kinnaĀ“s last blog ..Pengalaman Pertama Kali Beraya Di Perantauan =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hadkan penggunaaan henfon kamera hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja.

      muahahaha.

  4. aizura awang Avatar

    i really don’t know about the translation thing…

    they track eveything here (i’m in saudi)… including sites we surf on… kalau they all rasa there’s something on that site that is not to their satisfaction, the govt will block it. kalau phone lain sumer pakai local providers kan… so can track. but with BBM the main server/pusat (??? tak tau right term) is in CANADA… so the govnt can’t track…
    .-= aizura awangĀ“s last blog ..My Daughter Is The Sweetest =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ooo macam tu ceritanya

      (menyesalnya tak belajar betul2 subjek computer & communication dulu kang dah bengap)

  5. Intan Avatar

    Oh no… kalau iphone haram menangis gue. Mmg betul kata altuty, gaduh dengan anak sebab iphone. dia dah ada ipod pun nak rebut iphone kita…haish

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oo ia takde kaitan dgn iPhone kot

  6. fid Avatar
    fid

    saya dengar azli on air kat radio bernama 939
    diharamkan kerana blackberry ni bukan kambing biri2 ehh silap
    diharamkan sebab black berry guna server sendiri yg mana tak boleh diaccess oleh pihak kerajaan..so kalau ada rahsia dalam server takleh la depa nak hack
    itu salah satunya la

    blackberrykan canggih kang dijadikan media untuk kontek antara pengebom berani mati ka

    kalau henfon biasa2 ni tak de server ala ala blackberry nih

    itu antara sebab keselamatan yg mana depa decided nak haramkan penggunaan kat negara2 yg tersebut

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Malaysia taknak haramkan ke? or tgh buat revision?
      Siapa yang menkantoikan?
      Sejak bila depa kantoi?
      Awal2 dulu tak perasan ke?

      tengok banyak soalan macam polis.

      kalau camni adalah kes serius. baik ban cepat2.

      jom semua tuka iphone!

      1. fid Avatar
        fid

        depa baru perasan kot
        ke sbb dapati ada rahsia depa tak tau hahaha

        i guna nokia tak mau iphone hahahahahhaa

  7. Mama Zharfan Avatar

    semua gadjet pun kalau disalah guna akan jd bahaya..
    .-= Mama ZharfanĀ“s last blog ..bila mommy angkut satu family ke international office =-.

  8. mamadanish dan arissa Avatar
    mamadanish dan arissa

    Nampaknya blackberry telah mencetuskan fenomena..
    Fenomena blackberry…haha..sampai mengancam dunia..
    agak dasat..kaya la pengeluar blackberry ni…

  9. mamadanish dan arissa Avatar
    mamadanish dan arissa

    Jgn le sokong haramkan blackberry ni…best ooo..i like..!
    suka sgt sgt!

  10. Anip Avatar

    macam tu lak..nasib baik aku x pakai blackberry..
    .-= AnipĀ“s last blog ..Ditampar bapa sendiri hanya kerana ingin memakai tudung =-.

  11. mrsnik@meah Avatar

    i xder bb x der i-phone..huhu…
    .-= mrsnik@meahĀ“s last blog ..Give away- buah-buahan utk jiran2 dan sahabat handai yg dekat di mata =-.

  12. kelhome Avatar

    nak berforex cammana nti..

  13. Ikram monyet Avatar

    peh, tak nak tukar, sayang gle oh . .

  14. amal with sony x10 Avatar
    amal with sony x10

    gile..BB ny memg ssuai t0k army..haha..smpai kerajaan p0wn xley track kte k0l sape..huhu..

  15. Android Avatar
    Android

    Blackberry ni guna server diorang sendiri yg mana input and output data telah di encrypt utk memastikan keselamatan pengguna nya. Tp benda ni pun ada buruk nya, sbb takda sapa yg boleh decrypt data tu. So benda ni da jadi advantage utk orang2 yg tak sepatutnya berkomunikasi. Misal kata ada penjenayah rancang something thru blackberry, takda sapa yg dpt tau.. Bahaya benda ni…

  16. Dya Avatar

    Iphone and handphone lain pakai local provider punya server tapi blackberry ada server sendiri. So kerajaan diorang ta bole na access kalau pengebom berani mati communicate guna blackberry. Tu sebab dia ckp bole ancam negara.

  17. jfarouk Avatar
    jfarouk

    Korang x rasa lagi guna BB, betapa beshnya kalau sekali dh guna..korang bayangkan..fon + komputer + secretary dalam 1 poket..sesuai utk org berniaga kecil2an mcm aku yg xder ofis ni..haha

  18. fiq2901 Avatar

    hehehehe…diharamkan ek????klu yahudi nk bom semua negara serentak, kejap lg leh jd….baju cap israel pn dh da byk kt Malaysia, pe tah lg ISU BB yg sngaja diadakan ni…hahahahahaha…

    bg ak, klu nk pakai BB ke, iPhone ke, Nokia ke, publicphone ke pakai jer….sbb aper??? klu da KEMATIAN ke, KAWIN ke, PE2 je pn…korg xkisahkn pn isu masalah negara pn…janji korg nk tau pe yg penting utk korg…so, jgn terikut2 sgt isu2 cmni…

    Malaysia band ke x, ramai jugak akan gunakn nya nnt šŸ™‚
    pk2 kn la šŸ˜€

  19. Captain Kentang Avatar

    janganlah haramkan kat sini, abes la BB saya ni…company2 MNC ngn GLC kat sini ramai yg gune BB…

    BBM tu tak bole di monitorg Kerajaan Arab Saudi sbb server2 tu ada kat Canada berbeza dgn local provider yg mana kerajaan bole monitor..

    ape2 pon jgn la banned BB šŸ™

  20. Captain Kentang Avatar

    Latest Info
    http://www.msnbc.msn.com/id/38635928

    Boleh guna BB šŸ™‚
    .-= Captain KentangĀ“s last blog ..Ngulor =-.

  21. Android Avatar
    Android

    Tak rasa guna BB? Aku da guna da BB ni. Korang pulak penah rasa guna iPhone? penah rasa guna nokia? penah rasa guna mail for exchange? Sama je functionnya.. BB ni lebih kat BBM je, in term of usage, hancuss. Korang penah compare bb korang ngn iphone or nokia etc etc in term of surfing internet? hancuss BB korang.

    (heheheheā€¦diharamkan ek????klu yahudi nk bom semua negara serentak, kejap lg leh jdā€¦.baju cap israel pn dh da byk kt Malaysia, pe tah lg ISU BB yg sngaja diadakan niā€¦hahahahahahaā€¦ )
    Haha, berkata2 tanpa guna kan akal fikiran.. ni la jadinya, statement bodo yg keluar.

  22. whoopi Avatar
    whoopi

    hahahahaha….fiq2901 ape la yg ko merepek ni..sbelum nk comment tu do a lil bit of research la..bnde ni sbnar nye isu bsar..must be in long term..in short term coz kite mybe xnmpak lagi di mana bahaya nye bnde ni…risau yg akan dtg ni..sbb xde sape yg bley decrypt dorang nye server sume..otherside bb ni mmg awesome pn.hehehehe=)

    1. Android Avatar
      Android

      Aku sokong ko Whoopi, aku tau ramai yg suka BB. Tp jgn sampai taksub, jd mcm fiq2901 tu. Pk ke hadapan la kawan2, banyak lg hp lain yg boleh jd business partner korang. Sekarang semua da canggih, da banyak da model yg boleh fight Blackberry dgn iPhone ni.

  23. CyberMiQ Avatar

    korang penting kan keselematan negara ke bb korang? hhu, smue nye akan jawab bb

  24. azwadi Avatar
    azwadi

    BB mmg bahaya. Kita blh scan data guna BB pada phone BB yg laen. Xpasal2 gambar2 yg x sepatutnya tersebar. So, kerajaan patut haramkan BB. Jom kita semua beli iPhone.

    1. Captain Kentang Avatar

      iPhone punye reception tak bagus , battery cepat abes, tak support FLASH, tak support multitask, proxmity sensor problem, nak buat video call pon kena guna wifi connection je dlm iPhone 4???wake up la wehhh!!!
      .-= Captain KentangĀ“s last blog ..Air Kathira =-.

      1. Azwadi Avatar
        Azwadi

        iPhone support multitasking ape…Cuba dlu br tahu…. Saya dh Cuba byk hp, iPhone la yh plg ok. Depend on ur style la.

  25. dinlack Avatar
    dinlack

    b.b haram sbb free mcg ke?xplain kan lebih detail for user b.b know about y b.b di haram kan

  26. hardy Avatar
    hardy

    kalo pakai blueberry@csl pn haram ke?
    hehehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge