, ,

Melawat Karak Castle dan Harga Minyak Jordan

admin Avatar

Kalau nak diikutkan sejarah Karak Castle ni sangat panjang, tapi dipendekkan…  Istana ini pernah menjadi pusat tentera Salib dari Empayar Rom, sebelum dikuasai dan diambil alih oleh Salahuddin Al-Ayubbi pada kurun ke-12 dan membebaskan tahanan dan tawanan yang ada dalam kota tersebut.

Karak Castle sangat strategik tempatnya. Semua laluan utama dapat ditinjau.  Di sekelilingnya pula tanah yang subur, tanam-tanaman menghiasi landskap.

Memandu ke sana… kena divert dari King’s Highway. Ia terletak di sebelah dalam… dari Petra kena lalu jalan yang berbukit dan berbahaya, agak menakutkan bagi saya. Tapi bila tiba di lembah, landskapnya sangat cantik. Sayang sangat gambarnya dah tak ada…

MAP KARAK CASTLE

Karak ni adalah satu kawasan pekan. Tapi tak susah nak cari sebab signboard ada banyak. Kami berehat sebentar melepaskan lelah dalam Karak Castle.

Nak masuk kena bayar JD1, dan bulan April ia cuma buka sampai jam 4 petang. Sayangnya… gambar yang ada cuma sekeping di bawah ni je.

JORDAN GIRL
Ada aktiviti budak sekolah pula kat sini

Selepas tu kami makan tengahari (dah petang pun sebenarnya), nasi maglubah di sebuah restoran berhampiran. Ada seorang lelaki tempatan menegur kami. Bila beritahu kami dari Malaysia, dia seronok bercerita, bahawa dia pernah datang ke Malaysia.

Lepas minum-minum (minum teh pudina diorang, memang superb!) kami sambung perjalanan ke Amman. Bila dah lepas fasa bukit-bukit, masuk semula ke highway, rasa lega dah.

KINGS HIGHWAY JORDAN

Saya pun tak ingat dah, masa keluar dari Petra atau dari Karak, sebuah kereta dok follow kami dan hon tak henti-henti. Memang suspen.. maklumlah, takut juga kalau ada kejadian rompak ke apa ke kan… rupanya… tayar kereta kami kempis.

Brader tu offer nak bawa ke bengkel, tapi memandangkan masa sangat suntuk, kami tolak. Cuba juga pandu pelan-pelan cari stesen minyak nak isi angin. Setelah berkilo-kilo meter memandu, akhirnya jumpa stesen minyak.

Rupa-rupanya tempat isi angin tayar ni bukan di stesen minyak, tapi di tempat lain. Ia cuma di seberang jalan saja. Selepas mengisi angin, nampaknya tak ada apa yang perlu dirisaukan.. kalau bocor kami dah ready nak tukar tayar di situ juga. Mujurlah, semuanya OK hinggalah kami pulangkan semula kereta.

Sebut tentang stesen minyak, harga minyak RON95 di Jordan dalam JD0.9 seliter, dan RON90 JD0.85 seliter. Lebih kuranglah. Tapi kalau convert duit kita, 1 JD dalam RM4.40… hehe bengkok juga. Hehe.

Tapi takpelah.. pengalaman lebih mahal dan tak terbeli banding dengan harga minyak tu. Memang kalau kat overseas ni janganlah convert ke MYR, nanti tak terbeli apa-apa lah jawabnya.

Kami tiba di Amman, hari dah petang. Sempat lagi buat webinar untuk mereka di Malaysia 🙂

 

admin Avatar

2 responses to “Melawat Karak Castle dan Harga Minyak Jordan”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    masih belum faham macamana harga minyak kita boleh sampai rm2.30 utk ron 95, sedangkan harga minyak di negara arab masih dalam sen-sen je kiraanya dalam duit mereka.

  2. Myliferia Avatar

    Jauh perjalanan
    Luas pandangan
    Tambah pengalaman
    Ikhtibar tauladan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge