admin Avatar

Hafiy memang suka bercerita. Ada2 saja benda yang dia nak cerita. Tapi disebabkan format file beliau adalah lebih canggih, maka audio dan video player Mommy & Abiy yang kaput ni tidak dapat ‘membaca’ setiap data yang cuba diketengahkan. Melainkan “aaa.. buzzz.. viii.. maaa… wooo…” dan gerakan2 body signal yang tidak dapat ditafsir. Namun, kami berasa cukup gembira walaupun tak mampu nak meng-upgradekan player kami kepada versi yang lebih canggih kerana kekurangan kapasiti RAM dan slot yang dah penuh. Terpaksalah kami bertepuk tangan gembira meraikan ceritanya.

Cerita beliau biasanya merujuk kepada buku-buku yang baru saja ‘dibacanya’ secara bersendirian. Tertanya Hafiy seorang yang amat pemurah dan suka berkongsi ilmu dengan sesiapa saja, termasuklah Fahry yang juga gemar bertanya kepada Hafiy tentang perkara2 yang tidak difahaminya.

Hiburan yang sangat bermakna bagi pasangan ibu bapa muda (?) yang suka mencari perkara-perkara baru. Thanks to these boys, setiap hari memang perkara baru.

Di dalam kereta, Hafiy bercerita tentang lori, bas, kereta, tren, helikopter, motorsikal dan apa saja haiwan kenderaan yang melintas memotong kereta kami. “Car… Big car!! Wiiii !! Busss! Tyeeennn! Tekterrr…!” Wah wah wah. Ada gaya jadi automotive engineer.

Dia juga suka bercerita tentang bangunan, rumah2, longkang2, sungai2, bukit2…

Ia mengingatkan Abiy sewaktu kecilnya yang serung dibawa jalan2 satu Malaysia. Dari situ Abiy mengenali bahawa kelapa sawit ditaman di sekian2 tempat, sekian2 tanah.. pokok getah di sekian2 loksi, etc. Lalu, bila belajar Geografi, tak payah susah2 nak hafal sebab dia memang dah tahu. Itulah hasil dari hobi Arwah TokPa yang suka bercerita dalam perjalanan.

Ilmu itu ada di mana2. Tak perlu pergi jauh2. Jalan2 ke kedai pun dah banyak benda yang boleh dicerita, ditanya dan diterangkan. Untuk keluar dari kawasan kejiranan kami, ada banyak rumah. Jadi Hafiy diberitahu mana satu rumah teres, mana sau rumah pangsa, mana satu kondominium… Jalan pun banyak, jadi mana satu jalan kecil, mana satu jalan besar, mana satu flyover, mana satu lebuhraya, etc. Ada bangunan yang tengah dalam pembinaan, dia diberitahu tentang proses membina bangunan, mula dari mana, dibuat dari apa, apa peralatan yang diperlukan, kren gunanya untuk apa… dan sebagainya.

Bercerita adalah method pendidikan yang berkesan, malah dalam Islam pun. Ingat tak bagaimana Lukmanul Hakim bercerita pada anaknya, seperti yang tertulis dalam Surah Luqman? Dan Rasulullah sering bercerita kepada Ibnu Abbas semasa mereka sedang menunggang unta.

Bercerita tak perlukan buku mahal2, atau alat canggih2. Cukuplah ada kita ibu bapa sebagai pencerita dan anak sebagai pendengar. Apabila mereka dah mampu, mereka pula yang menjadi pencerita dan kita pula yang mendengar. Kita juga boleh gunakan kretiviti dengan menyambung cerita dan sebagainya.

Jika ASTRO Mega Drama tu tak henti2 bercerita, dah tentu kita lebih hebat lagi dengan cerita kita. Dan Hafiy pun akan terus bercerita…

hafiy

Si Dia yang gemar bergaya…

admin Avatar

27 responses to “Hafiy dan Ceritanya”

  1. babycomel Avatar
    babycomel

    hafiy leh geng ngan aina nie coz msg2 suke bercerita…kdg penat gakle dgr dia membebel non stop tp layan jela…mana tumpahnye kuah klu tak dlm bekas kan kan
    .-= babycomel´s last blog ..Telur Dadar Sardin =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      nanti besar sama2 masuk pertandingan bercerita 😀

  2. izzah Avatar

    salam kak..
    emm…pandai hafiy…
    dari apa yg akak coretkan buatkan zah terfikir…yes…betul jugak…buat ape beli benda2 mahal2…buku cerita yang mahal2 sedangkan pelajaran ada dimana2…yg penting kita sebagai ibu dan ayah berusaha tanpa jemu bercerita dgn anak….learning ar everywhere kan akak…

    tq…!
    .-= izzah´s last blog ..Dedikasi terima kasih utk saudari Akma =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam Izzah,

      semuanya bergantung kepada macamana kita memandang sesuatu tu kan. ada orang tengok pokok sekadar objek saja, ada orang tengok sebagai tempat berteduh.. sumber oksigen… sumber bahan binaan, ada orang tengok sebagai fotosintesis, transpirasi, etc. hehe.

  3. saudah Avatar
    saudah

    salam,

    memang betul ilmu tak perlukan perkara yang mahal. yang penting komunikasi antara dua pihak. Odah teringat mak dan ayah, kalau dalam kereta, memang berbual dari awal perjalanan hingga tiba di destinasi. dan kami juga mendapat perhatian penuh semasa dalam kereta, kerana mak dan ayah tiada perkara yang mengganggu konsentrasi mereka. kami sekeluarga selalu bercuti-cuti malaysia mengikuti ayah yang bertugas sebagai audit dalaman. itu yang diamalkan dan hingga kini kami adik beradik akan sentiasa bercerita tentang apa jua perkara harian kami.

    yang mahal sebenarnya adalah MASA kita. tu yang sekarang beli buku, mainan yang mahal untuk gantikan masa kita tu..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam saudah,

      itulah toleransi nya kan.

      bagi ibu bapa yang sibuk dan tak ada masa, mungkin berduit dan boleh provide segala macam benda mahal2 untuk anak mereka.

      bagi ibu bapa yang tak sesibuk tu, mungkin kerja biasa2 atau tak kerja dan mungkin kurang berduit, boleh provide banyak masa untuk anak2.

  4. ida.z Avatar

    nmpknya i pun kena mengasah skill bercerita bali..dulu kecik2 masuk pertandingan bercerita you..

    tp skrg kat mana2 pun boleh bercerita…naik kereta..sambil pakai baju..sambil makan…kan..kan..kan?
    .-= ida.z´s last blog ..PMS kah? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha sekarang bercerita tak payah buat gaya bagai hiihih
      tapi intonasi suara kena adaaa hahaa

  5. mamamiya Avatar

    chewah, pasni boleh tulis buku cerita la. mommy leh jual online to we all lak.
    .-= mamamiya´s last blog ..Apa Miya buat last week time mama hiatus? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hah idea menarik nih!

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    tgk TV pun leh attract minat budak…tp kita kena pilih channel dan layan sama lah, jgn gunakan TV sbg peneman budak. itu yg kdg kita selalu buat, letak anak depan TV, kita pegi buat benda lain biar dia bljr sendiri! kesian kan anak2 kita?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tul2

      kesian anak2 duk bercakap ngan TV pulak kan

  7. sya Avatar

    salam lyna…
    hmm, saya ni dah memang jenis suka bercerita (kadang2 tengah ngajar pun boleh terkeluar topik.. :P) dan darwisy pun nampaknya dan menurun perangai mama nya..

    betul lah, pada saya biar kita dan anak banyak berinteraksi.. cerita kan apa sahaja pada dia, (jangan cerita yang bukan2 sudah lah) biar dia tak faham pun, tapi yang penting dia menyerap semua cerita yang kita cerita kan tu… satu hari nanti, keluar lah balik apa yang kita cerita tu dari mulut dia.. kena tunggu kita upgrade kan player dulu.. 😛
    .-= sya´s last blog ..tentang komen… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ni cikgu mesti ceritanya banyak isi ni 😀

  8. m@y Avatar

    I know..I know!! bleh bayang muka hafiy masa bercerita tuh.. mesti bersungguh dia kan? Tapi bercakap dalam bahasa German la sbb dia sorg faham. Macam Aulia masa baru2 nk pandai bersembang dulu gitu gak, siap gaya2 tangan lagi tp by time bila kita bersembang dengan dia mcm adult dia dh pandai translate dr bahasa German ke BM yg mudah difahami hehehe..
    .-= m@y´s last blog ..Don’t Rush! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha
      tepat sekali la tuh
      kita ala2 nak gelak tak gelak dibuatnya
      kadang2 terasa notty nak mengajuk je bahasa jerman tu tapi tak sampai atila plak kang. kang sampai ke sudah anakku cakap jerman huhu

  9. Joely Avatar
    Joely

    betul2..Aqil pon suka bercerita..dgrkan jelah..die speaking tp pelat…jenuh nk fhm..mama pon xreti speaking sgt..hahaha…budak2 ni..harus dilayan sementara diorg eager to learn something new…mmg kdg2 2-3 kali soalan yg sama or die repeat the same thing…tp mmg as parent sepatut kene galakkn..walau camne letih pon..cubalah utk senyum dan angguk mengiyakn ape yg diorg try nk bagitahu…kdg2 parents mrh anak2 yg bk berty ni..sbb leteh…yerlah..kalau 20 kali or seratus kali nk repeat bende yg sama kan…tp sbb dok terigt iklan kt tv3 tuh la…terasa insaf…skang ni masa kita lyn dia…esok kita tua dah nyanyuk…inshaAllah…anak kita akan lyn kita….:)..kesimpulan..jgn lokek share ilmu dgn anak2…dan jugak..biar jwpn kita tu jujur….dgn hrpn..anak2 sentiasa jujur dgn kita…nih aku dok pening psl papa die suke temberang….eiyyyy…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahaha

      aku rasa anak2la paling best nak share ilmu, kalo tak dapat jawab, xdela perasaan segan teramat, nanti bole sama2 belajar lagi hehe. kalo share2 ngan orang lain, silap kasi ilmu, kalau tak kene tegur, kene kutuk!

  10. Izwan Shahmin Avatar

    I agree.

    Telling story is one of effective way to share the knowledge. The same principle applied for a career that requires winning people with ideas. A presentation to be told in story format, making the audiences understand and hopefully reaching an agreement.
    .-= Izwan Shahmin´s last blog ..Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Kerugian =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      that’s why we blog, ain’t it? hehehe.

      (nanti kalo dah tak larat nak taip aku wat video youtube je :D)

  11. Pnut Avatar

    akak le kan…
    masa belum jadi emak, berangan le nanti kalau dah ada anak, nak layan anak bercakap, itu ini..eheheh tapikan bila dia mula bercakap, bertanya itu ini..adoiii letih sungguh aiiihhh sampai dalam hati kata, ishhh budak ni tak henti-henti aiaa bertanya dan menyoal..eheheheh

    tapi dalam hati je, luaran senyum lagik..layan selagi tak penat…

    tunggu hafiy sikit hari lagi, time dia masuk tadika. akan ada cerita pelik… anak akak pernah balik tadika beriya-iya cerita ada kawan dia bapak dia keja ultraman, selalu lawan raksase.. dan segala neka cerita pelik-pelik…

    dah beso ni.. gila teka teki..sikit-sikit teka teki..sikit-sikit teka teki… masalahnya teka teki dia kompem orang lain tak leh jawab sebab dia sorang je tau jawapannya, dan biasanya mmg merapu…eheheheh

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hah, tu dok kata tu….
      masa belum becakap betul ni rindu le nak dgr dia becakap
      dah bercakap besok, haru..

      err saya kecik2 pun suka reka cerita merapu2 sampai asik kene marah ngan mak. hehehe. ntahapa2 lah. sabar je la kan. bole expect la budak2 ni cemana uhuhuhu.

  12. silbiabigail Avatar

    .-= silbiabigail´s last blog ..Sesudu gula pemanis kopi. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna
  13. isabelle Avatar

    part yg suka bergaya tu..turun perangai sapa le ye?
    .-= isabelle´s last blog ..Cendol…cendol =-.

  14. tunfrida Avatar

    betul. ibu-bapa sepatutnya jadi ‘buku’ yang paling bermanfaat untuk anak-anak.
    .-= tunfrida´s last blog ..Gulai Lemak Ayam =-.

  15. afrinabatrisyia Avatar

    isebelle > part suka bergaya tu mmg ikut perangai mommy dia la…ke mana tumpah kuah, kalo x ke lantai..heheheh…. nway, back to the topic, Telling story is one of effective way to share the knowledge, bak kata Encik Izwan kita…tp, lau dah byk sgt bercakap, pening jugak dbuatnya… Mujur mybaby blum pndai ckp lagi…So, xdpt nk share cite.. Selain dr menangis, dia juz pndai ckp Uh, Ah then pandang pd benda yg dia nak…(kalo nk kan sesuatu) Terujanya nk tunggu dia pndai bercakap!
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Alamak, berangan terlebey sudah :: =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge