Rahsia Kecantikan Wanita Melayu

Title bajet la kan…

Selang beberapa minggu sudah, saya mendapat message ni di ShoutBox:

2009-07-29 6:47 PM
#

suri mommy hafiy n fahry pakai produk muka apa? muka licin je mcm budak2..

Bukan nak berlagak (walaupun memang ada niat sikit2).. Masa sekolah dulu ada 2 kejadian benar di asrama.

Kejadian I:

Seorang kakak senior telah tersentuh pipiku nan bak pauh dilayang ini.

Kakak Senior : (Dengan muka terkejut) Eh, lembutnya pipi kau! Kau pakai apa???

Kejadian II:

Kami budak2 Form 4 bermesra2 di bilik dorm

Kawan (Siapa ya? Lupa pulak) : Wah, lembutnya pipi kau macam baby~

Syukur pada Allah yang menjadikan, saya dikurniakan kulit wajah yang kurang masalah (walaupun tak secantik Erra Fazira). Tak seperti adik-adikku yang remaja 3 orang itu, saya tak menghadapi masalah jerawat sebagaimana mereka. (Tapi sekarang ada bengkak kecil di dahi, tak tahu kenapa sampai biru lebam jadinya).

Semasa remaja, saya memang beauty-conscious sikit. Bukanla nak jadi secantik Erra Fazira tapi kalau boleh nak jadi cerah sikit dan taknak ada jerawat. Maklumlah masa kecik2 dulu suka berkubang & masuk hutan keluar hutan. Muka pun jadi ala2 ‘terbakar dek cerah mentari’ kata orang Putih, tanned. Kalau tengok gambar masa kecik2 dulu memang ppoghah (comot) habis lah. Hitam pun ya. Agaknya sebab tu la saya tak ada boyfren hehe. Dan dan.

Masa sekolah menengah la kiranya start nak jaga muka. Masa tu hormon perempuan pun dah mula bergiat aktif, kiranya naluri nak bercantik2 pun membuak2 lah.

Tai sebagai budak2 yang tak berduit, tak ada la nak pakai produk apa2. DIY jer…Kalau ada pun Fair & Lovely sebab murah je harganya. Pakai sikit2 kasi tahan lama.

Bila dah masuk U, barula ada duit sikit, barula start pakai benda2 yang boleh dibeli di kedai. Masa tu saya pakai Olay moisturizer UV protection yang harga RM7.90 tu je. Sampailah ke saat2 mula melangkah ke alam pekerjaan.

Saya tak make up so tak ada la masalah nak tempek apa2. Sekadar pakai Olay tu dengan bedak je. Bedak pun dah ‘kaya’ sikit baru ada compact powder. Kalau tak hantam pakai bedak debu tu je. Pegi mana2 pun takde masalah tertinggal beg mekap ke ape :D

Sekarang ni, lagi la sebab ala2 agak malas takde masa nak berbedak bagai. So saya cuma pakai Olay Total Effect Touch of Foundation dengan compact powder Maybelline je. Cleanser pakai Garnier, tu pun jarang cuci muka. Cuci dengan air wuduk je.

Harap2 kulit mukaku tak menjadi teruk lah. So far ia masih mengekalkan ciri2 kelembutannya lagi. Abiy pun selalu puji2. Hehe, seronok tau kalau kena puji dengan suami.

Itulah saja jawapan buat Adik Suri. Saya suka menjawabnya sampai buat 1 entry sebab saya kembang satu badan kena puji. Saya suka Olay Total Effect Touch of FOundation ni sebab ia menjimatkan. Tak payah buang duit beli foundation lagi. Dulu masa mula2 kerja saya beli foundation, 2-3 jenis lagi tapi sampai sekarang dok ada lagi sebelum selamat dicampak ke tong sampah sebab rasa dah expired :D

Saya harap nanti diorang invent semua dalam satu termasuk cleanser sekali, tak payah susah2 nak cuci muka.

olay total effect
Kekasihku kini (tapi mana eh saya letak? Takde pulak atas meja solek)

Tapi cemana2 pun, solat jangan tinggal. Wajah orang yang tak tinggal solat akan cerah berseri2 lagi jernih je. Apa lagi kalau rajin solat sunat Dan jaga maruah, adab, budi bahasa serta akhlak. Itulah kecantikan yang sebenar-benarnya.

23 thoughts on “Rahsia Kecantikan Wanita Melayu”

  1. Saya sungguh stuju bab2 jaga solat tu….!!
    .-= mamadanish´s last blog ..Eye Hand Coordination.”Money Friendly Way” =-.

  2. rasanya hanis honeytodbee pun pakai yg nie jugak kan? nampaknye akak kene cari benda nie gak la..

    tpkan, kwn akak ada suggest 1 sabun nie, eumora.. kot2 ada reader lyna nak tau pasal benda nie..betul2 bkesan ke?

    masyeh….
    .-= mama emma®´s last blog ..-PEEL YG DOT DOT DOT- =-.

  3. kembang montot ini bila pertanyaan di jadikan n3 :)
    terima kasih tak terhingga sbb jadikan sbg title n3 yg best..

    tp btl la..
    yg pakai olay mmg kulit licin..
    kalo amik gambar mmg nampak sangat…
    harap olay amik mummy h&f jadik duta unt rakyat biasa..
    asyik amik artis yg cucuk botox jer..

    tq again :)

  4. sumo pakat puji olay neh..nk beli retek lah. sekak2 dok sini, x pakai gapo2 cuci muko pong sbb nti kulit jd kering klu beli yg pencuci muko dr msia tu. nk beli hok sini x reti baco..lamo saloh g beli hok ado lemok oink oink plop.
    kelik bule 9 ni nok beli la retek olay tu..hehehhe
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..Yatie Chomeyl’s giveaway – Kisses of Love =-.

  5. wah…kena carik gak menatang nie nak gak kulit muka selembut dan sehalus baby…

    p/s: dr jaman sek men lu asik pakai fair & lovely kulit pun dah imun…
    .-= babycomel´s last blog ..Apa Perasaan Anda Bila…. =-.

  6. mama emma,
    Eumora tu rasanya salwa@ib kauthar ada jual..
    Cuba tanya testimonial darinya
    .-= mamadanish´s last blog ..Eye Hand Coordination.”Money Friendly Way” =-.

  7. salam semua. saya dipanggil (:p) oleh mami lyna utk memberi sepatah dua kata kat sini. hehehe.

    saya pon sebangsa dengan mami lyna, malas nak lebih2 pakai apa2 produk muka waktu zmn sekulah. tp sy rs sy rajin skit la dr dia. oops!

    even dah keja skrg pon, saya masih malas. dr zmn sekolah saya memakai pencuci muka produk Johnson&Johnson (J&J), compact powder & Foundation Maybelline je.

    last mnth saya saje gatal2 tgn kiri pegi wat facial. budak tu tanya sy pakai apa produk bla bla. then sy ckp la sy xpandai nak pakai produk mcm2 yg ada kat market skrg. dia pon suggest la sy pakai AMOOREA. dia cakap dulu namanya EUMORA, tapi skrg sudah rebranding jadi nama AMOOERA. quality, size & harga masih sama.

    saya memula tanak pakai. buat derk je. sy tny dia brp RM per set? dia ckp eumora xde set2, just a soap. 5in1. macam..w0w! takyah toner bagai kan. saya pon beli ler. (wpun beli dari last mnth, tp sy baru je guna beberapa ari yg lepas) xsampai lagik seminggu!

    target saya nak kurengkan parut2 yg ada kat pp ni la. parut tuh pon xdelah heavy sgt, tp klu boleh nak kasik clean & clear. so far, selama 5ari (kot) saya pakai ni, parut2 tu macam sudah nipis. kwn ofc pon ada tny sy pakai produk apa & dia pegang2 pp sy pastu dia ckp suda nipis parut tu. sy harap betul lah segala pujian dia. hehe.

    alhamdulillah sepjg sy pakai sabun ni xde side effect yg -ve la. dah ada kwn2 lain yg amik sabun ni jgk, xde dgr depa duk bising yg x baguih la.

    maybe ramai yg xbrani nak amik sabun ni sbb dia mahal kot, xpadan dgn size. tp bg saya kalo dah ok dgn muka kita, why not kan? sama jgk kalo kita beli yg set tu. harga lebih kurang sama je, atau maybe lebih. tepuk dada, tanya hati nak yang mana =)

    mami lyna, tompang promote ya! ;)
    [dan sebab tu lah saya berani jual produk ni kat kwn2 & customer saya jugak. sape nak beli boleh la ke eshop saya –
    http://ucu-e-shop.blogspot.com.
    harga lg murah dr pasaran. kat dalam tu xde testimonial lagik. soon, saya akan tambah testimoni2 ni.]

    sekian, wassalam.

    ~wahh panjang betui!~
    .-= amlynyx´s last blog ..*yawn* =-.

      1. suri, thanks sebab teruja! ;) mmg saya nak semua org teruja dgn harga kat ucu-e-shop :p

        mama emma, takpe sy tak marah. produk² tuh semua bukan ciptaan saya. saya tolong jual je dgn harga murah² dari kat market.

        antara amoorea vs eumora vs mior ni bleh refer di:-
        1) http://mymiormiraclebar.blogspot.com/2009/07/blog-post_7264.html
        2) http://1.bp.blogspot.com/_G6_8ETLiJ1Q/SklhnfZMNLI/AAAAAAAAAOg/pj1ofsftzYQ/s1600-h/Notis+Awam.JPG
        (sy harap img ni boleh dibuka)
        .-= amlynyx´s last blog ..*yawn* =-.

  8. used olay gak
    tapi sejak kahwin tak rajin pakai dah
    bila nak pakai suami tanya, duk tampal apa kat muka tuh
    nak tunjuk kat sapa
    hubby tak suka bau2an ok..normalkah itu…?
    sbb selalunya bila pakai tu bila ada event di office(no wonderla hubby bz tanya kan)..
    kihkih,
    tapi mmg tak konsisten la bab kecantikan nih, rasanya olay dah berbotol beli…pakainya sampai suku, bila tukar beg lain, tertinggal di beg lama..beli lain lagi…

  9. erm..saya pun pengguna setia olay dr zaman skolah lagi…dulu guna Olay White radiance, skrg ni dah beralih ke Olay Total Effect, almklumla…usia da makin matang..(bukan tua yer,huhuhu) So far sy xmengalami ape2 alahan…Dulu sblm kawen, muka saya berjerawat bagai, sampai kn nk jmpe sesapa pun malu..Ramai yg tegur, “apesal muka jd teruk sgt??pakai produk ape?” saya dah jd segan nk p memana…Dulu saya suka bertukar2 produk..pakai produk ni, sebulan xok tuko lain plak..Tp, after give birth ni, muka jd automatik licin..(not fully mcm muka baby, tp jerawat sume da xtumbuh lagi, yg ade juz bekas jerawat je..lau tempek compact powder, xnmpak kesn jerawat tu) So far alhmdulillah…Setuju dgn mami lyna & edot a.k.a MamaDanish…Solat tu pun salah satu bnda penting utk mencantikkn muka selain dr produk kecantikan nih…So, selagi kita bernama & bernaluri wanita, selagi tu la kita ni sentiasa nk cantik…Normal la tu kan… Eh, AMOOERA ni bagus ke?Lau dapat muka selicin kulit baby, ndak jugakkkk….
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: BoRiNk :: =-.

    1. sy xpastilah kalo pakai AMOOREA ni kulit bleh jadi mcm baby tak. hehe.

      (ni saya c&p je)
      KEBAIKAN PENGGUNAAN AMOOREA

      * Mengecilkan liang-liang pori
      * Mengawal ‘ blackhead’ dan ‘whitehead’
      * Mengawal keseimbangan pH kulit
      * Mengawal masalah jerawat dan kulit sensitive
      * Mengurangkan kesan parut pada kulit
      * Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah
      * Mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
      * Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema , psoriasis , stretcmark , kesan selulit dan sebagainya
      * Kulit kelihatan satu tona lebih cerah kerana proses ‘exfoliation’
      * Kulit kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi dan berseri-seri
      * Sangat sesuai dan selamat digunakan kepada bayi dan kanak-kanak
      * Mengurangkan noda-noda hitam dan sel-sel mati pada sekeliling leher , celah ketiak dan ‘bikini line’
      * Bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala
      * Melembut dan menyihatkan rambut

      *APA LAGI KEHEBATAN AMOOREA

      AMOOREA sesuai untuk semua jenis kulit: Kulit Berminyak , sensetif , kering normal , jerawat , bersisik , berparut dan sebagainya. Malah sangat sesuai untuk kulit bayi terutamanya yang mempunyai masalah eczema.

      AMOOREA juga berkesan untuk menghilangkan kehitaman dicelah peha dan ketiak. Kelemumur dan rambut gugur pasti dapat diatasi. Ini adalah kerana Amoorea ini bertindak menyahtoksik , membersih , mengawal pH , mencerah secara semulajadi , menghalus dan mengurangkan parut. Kulit anda akan kelihatan berseri-seri selepas mengamalkannya.

  10. kite pun pakai olay total effect nie.. tp amik yg gentle jer… baru2 ni jer nmpk yg ader foundation nie… last time ms sale kat watson kat opis kite… rege tak smpi rm30 rasanyer… smlm g lagi watson tu… ade sale lagik… rege dah jdk rm42+ drpd rm48+… eh? mahal giler… mmg itu kerr regenyer?? rasanyer dlm rm30+ jerrlaaa… kan? stok yg ade pun dah nak abes… tgk kat tesco laa plk nnt…!! eheheh
    .-= nadiea´s last blog ..July… July… July… ~@~ =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge