Grand Opening Genius Baby on Board Shah Alam Yang Meriah!

By | February 13, 2014

Alhamdulillah, jutaan tahniah buat my BFF, Watie the proud founder of Genius Baby on Board (GBOB) di atas pembukaan branch ke-4 GBOB di Shah Alam. Masih teringat GBOB humble beginning di Wisma Bling Lustre, Meranti Jaya satu masa dulu.. sekarang dah pun berkembang ke Klang, Shah Alam dan Johor Bahru!

GENIUS BABY ON BOARD

GBOB Shah Alam di Seksyen 23

Oh, apakah bendanya GBOB ni…  ia adalah inspirasi seorang ibu yang sangat cintakan pendidikan awal terhadap anak-anak. Entry tentang GBOB ni ada di sini (klik untuk baca). Berbalik kepada grand opening ni… sebenarnya saya dengan 2 bloggers lain (yang famous lah, aku jugak yang picisan) dijemput oleh Puan Watie sebagai blogger jemputan….

Specialnya event ni sebab dirasmikan oleh selebriti terkenal tanahair, yang sekarang ni sibuk dengan butik Najjah-nya, Farrah Adeeba.

FARRAH ADEEBA NAJJAH

Farrah yang sangat cantik, peramah pula

GBOB Shah Alam terletak di 102B, Tingkat 2, Jalan Pelabur A/23A, Seksyen 23, agak strategik kerana terletak di jalan yang kurang sibuk. sepanjang 2-3 kali saya ke Seksyen 23 ni, trafik jem tak sangat lah, kecuali pada masa peak hour.

Saya sampai ke perasmian GBOB Shah Alam ni dalam jam 1.30 tengah hari. Lepas berjabat tangan dengan semua orang, kami makan-makan dulu..

GENIUS BABY ON BOARD SHAH ALAM

Makan sambil borak.

Lepas tu, upacara potong riben dan potong kek sebagai simbolik pelancaran secara rasmi Genius Baby on Board Shah Alam!

PLAYGROUP SHAH ALAM

Nak menyibuk jugak…

PLAYGROUP SHAH ALAM

Potong riben!

RAINBOW CAKE SEDAP

Potong kek dan pulut kuning

Lepas acara potong-potong tu, tetamu VIP dibawa melawat sekitar GBOB. Dalam gambar ni Teacher Watie sedang explain tentang produk GBOB kepada Farrah Deeba. Yang dua orang tu Teacher Azie (GBOB Shah Alam) dan Teacher Anne (GBOB Klang).

STIMULASI KANAK KANAK

Dengar elok-elok apa cikgu cakap…

Selepas itu kami berehat sambil berbual-bual di dalam pejabat GBOB. Cantik sangat office GBOB ni. Dekorasi memang kreatif.

Rupanya ada hadiah untuk jemputan, hehe. Alhamdulillah, sebuah buku tentang Allahyarham Ahmad Ammar kini dalam genggaman.

AHMAD AMMAR

Sesi bergambar bersama pemilik GBOB Shah Alam, Teacher Azie, Farrah Adeeba dan bloggers jemputan, Ros Little Mama dengan Ben Ashaari.

LITTLE MAMA DIARY

Dah datang ke pusat perkembangan kanak-kanak, dan ada pula anak usia 2 tahun, haruslah kena dengar penerangan dari Teacher Watie, kan Ben? Mungkinkah Qhaliff bakal menjadi salah seorang anak didik GBOB? Kita tunggu je nanti 🙂

BEN ASHAARI

Berkerut-kerut dah muka si Ben ni ha..

So, orang-orang Shah Alam, yang ada anak dari newborn sampai 4 tahun, boleh lah kunjungi GBOB Shah Alam. Kalau ada sebarang isu dengan anak-anak, contohnya tak dengar cakap ke… boleh cuba dapatkan konsultasi dengan cikgu-cikgu yang berdedikasi ni. Sejam je setiap minggu. Nak buka GBOB pun boleh kot, hubungilah mereka!

My personal thanks to Watie, Azie & Anne atas jemputan ni, dan semoga terus sukses dalam mendidik anak bangsa!

3 thoughts on “Grand Opening Genius Baby on Board Shah Alam Yang Meriah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge