Itinerary dan Tips Kembara New Zealand South Island

By | February 11, 2014

Kami memilih bulan Oktober untuk berkembara di New Zealand, memandangkan waktu itu sudah masuk musim bunga. Oh, saya sangat suka musim bunga. Suhu masih sejuk dan siang agak panjang. Masa ni Subuh dalam jam 4 pagi dan Maghrib jam 5 petang.

Kami tiba di Queenstown dari Sydney (catatan di Sydney akan menyusul nanti) pada 4 Oktober, berkembara dengan sebuah campervan dan balik melalui Brisbane (catatan di Brisbane akan menyusul nanti) dari Christchurch. Di bawah ni adalah peta perjalanan kami.

KEMBARA NEW ZEALAND

Ini pula teman perjalanan kami. Jucy cabana campervan. Sangat menarik sebab bila bertembung dengan ‘kawan-kawan’ mesti lambai2, hon-hon.

JUCY CABANA CAMPERVAN

Bergaya....

Bergaya….

JUCY CABANA CAMPERVAN

Dapur….

JUCY CABANA CAMPERVAN

Tempat tidur… Siang hari dijadikan kerusi.

Catatan perjalanan….. Kembara campervan di New Zealand

4-7 Oktober:

Tiba di Queenstown International Airport. Ambil campervan (Toyota Estima yang diubahsuai) dan terus ke Queenstown Lakeview Holiday Park. Berehat dan jalan-jalan di sekitar Queenstown. Malam tidur dalam campervan tu memang seksa kesejukan kerana tiada heater…

Aktiviti kami di sekitar Queenstrown adalah seperti hiking, quadbiking, boating, luge dan sebagainya. Cuma bungy jumping je tak sampai hati nak buat, takut tercabut jantung. Entry detail nantilah.

7 Oktober:

Selepas beraktiviti untuk hari terakhir di Queenstown, sebelah petangnya kami bergerak ke Te Anau. Perjalanan mengambil masa 2 jam sejauh 172 kilometer.

Di Te Anau kami menginap di Top 10 Holiday Park Te Anau. Petang itu cuma sempat melawat sekitar pekan kecil itu dan tak lepaskan peluang untuk menonton Ata Whenua – Shadowland di Fiordland Cinema.

8 Oktober:

Bergerak dari Te Anau ke Milford Sound yang terletak 120km dari Te Anau. Cuaca sangat sejuk hingga cermin kereta diselimuti ais. Sepanjang perjalanan, termometer menunjukkan suhu dalam 1-2 darjah Celcius. Tiba di Milford Sound, ambil scenic cruise dan terpaksa batalkan rancangan untuk berkayak kerana cuaca sangat sejuk. Kena sampai awal untuk booking cruise.

Dari Milford Sound kami terus ke Wanaka sejauh 343 kilometer melalui Queenstown. Indah dan damai sangat Queenstown ni tapi tak sempat nak singgah. Di Wanaka dan destinasi seterusnya kami menginap di Top 10 Holiday Park kerana dah register membership dan dapat diskaun!

9 Oktober:

Aktiviti hiking di Mont Aspiring National Park, Wanaka. Seharian dari pagi sampai petang.

10 Oktober:

Pagi selepas check-out, kami meneruskan perjalanan ke Franz Josef. Singgah di Puzzling World. Perjalanan sepanjang 300 kilometer ditemani hujan lebat. Memang lebat betul hujan, jalan pun slow-slow aje. Sempat singgah di pekan-pekan dan attraction sepanjang jalan seperti Hawae Lake, Haast, Fox Glacier, etc. Singgah minum kopi je sebab sejuk sangat.

Tiba di Franz Josef dah masuk Asar. Tapi disebabkan hujan, tak dapat nak ke mana-mana juga.

11 Oktober:

Plan nak naik kapal terbang ke glasier tak dapat dijalankan kerana hujan. Maka kami hiking ajelah sekejap ke kaki glasier. Dan hiking ikut Alex Knob sejauh 10 batu tapi tak dapat sampai kerana ada pokok besar tumbang.

12 Oktober:

Bergerak ke Ross, Hotikika, Greymouth dan Punakaiki. Melalui scenic road menikmati keindahan dan keajaiban alam semulajadi. Kemuncak di Punakaiki menyaksikan pancake rock & chimney.

Kemudian menyambung perjalanan ke Christchurch melalui Arthur’s Pass. Sempat bertemu dengan salji di Arthurs Pass!

13 Oktober:

Dari Christchurch bergerak ke Mount Cook. Sebelum itu ke Akaroa yang sangat indah. Dalam perjalanan ada ni ada France Settlement. Stop by Salmon World di Rakaia untuk makan tengahari… salmon semuanya. Singgah di Lake Tekapo dan Lake Pukaki. Seriously cantik airnya turquoise! Hujan lebat turun setelah kami melewati Lake Pukaki. Cadang nak bermalam di Fairlie tapi tak jadi, terus ke Mount Cook je. Hujan turun dengan kilat sabung menyabung sampai ke malam. Bermalam di Backpacker Lodge. Agak dahsyat sebab kedai semua tutup dan restoran di situ pun tutup waktu malam >_<

14 Oktober:

Membatalkan rancangan untuk hiking di Mount Cook kerana hujan tak berhenti. Kami teruskan perjalanan ke Dunedin. Singgah di High Country Salmon di Twitzel. Makan salmon dan beri makan salmon dalam hujan.  Singgah di bandar-bandar sepanjang jalan – Omarama, Tarras, Cromwell, Alexandra, sebelum sampai ke Dunedin. Tiba di Dunedin jam 4 petang, sempat shopping kejap sebelum kedai tutup jam 5 petang.

Bermalam di Top 10 Holiday Park Dunedin.

15 Oktober: 

Hari Raya Korban! Kami pula dari Dunedin bergerak ke Christchurch semula. Beraya sambil tengok singa laut di Otago Peninsular. Sepanjang perjalanan ke Christchurch, kami singgah di bandar-bandar sepanjang jalan, tengok penguin di Oamaru, Waimate, Timaru, Ashburton. Tiba di Christchurch dah senja. Bermalam di Top 10 Holiday Park Christchurch.

16 Oktober:

Hari terakhir di New Zealand. Cuma melawat attractions yang ada di sekitar  Christchurch. Lepas tu terbang ke Brisbane pula.

Itulah serba sedikit perjalan kami selama 2 minggu di New Zealand. Bajet haru menyambut raya di perantauan. Takde rasa apa sangat pun. Plan asalk nak juga singgah di Dunedin University kot ada student Malaysia bersimpati dengan nasib kami, hehe. Tapi disebabkan masa yang mencemburui, terpaksa gerak terus ke Christchurch.

Untuk Car Rentals, Campervan & Motorhome bajet, klik Jucy.

Untuk Top 10 Holiday Parks New Zealand (Campsite, Motel, Cabin) klik SINI.

Makan : Kami masak sendiri di campsite… Bahan mentah biasanya beli di supermarket New World.

Solat : Bumi adalah masjid.

Toilet : Sepanjang perjalanan ada banyak toilet tepi jalan, tapi bersedialah dengan bauan yang kurang menyenangkan kerana ia takde flush dan takde paip… Sediakan tisu basah dan botol minerallah kalau tak sanggup nak beristinjak dengan tisu kering.

Tidur : Kalau tak tahan tidur dalam khemah (sejuk ooo!) boleh sewa motel di campsite.

Aktiviti : Sangat sangat best! Kami suka outdoor (tapi takdelah extreme sangat pun) … tramping itu wajib. Kalau boleh nak ikut semua trail yang jauh-jauh. Cuma tak sanggup nak bermalam je sebab off-peak, renjer tak bertugas. (Tramping season pada musim panas). Karang sesat dalam hutan tu… oh tidak…

3 thoughts on “Itinerary dan Tips Kembara New Zealand South Island

  1. rina

    Apakah toilet takde flush?? Huhu haru..
    2 minggu south island je ye..adeh patah riuk gini..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge