Saya dah tak ingat bila saya create group JEWEL ni. JEWEL adalah group perbincangan tertutup untuk ibu bapa kepada bayi pramatang serata Malaysia. Buat masa ni keahlian JEWEL baru 104 orang, kerana kami pun tak mewar-warkan sangat.
JEWEL maksudnya PERMATA. Semua anak adalah permata hati, terutama anak2 yang pernah menghadapi ‘tragedi’ dalam hidup mereka. Anak-anak yang pernah disifatkan sebagai ‘meninggal dunia’, anak-anak yang beratnya beberapa ratus gram saja, anak-anak yang sejak sekecil tubuhnya dah kena cucuk macam-macam, dibedah beberapa kali dan sebagainya.
Overprotective, mungkin itulah kebanyakan ibu bapa bayi pramatang (walaupun anaknya dah besar) lakukan. Mungkin penjagaan dan perhatiannya tak sama dengan anak-anak yang cukup bulan. Terutama di usia bawah 6 tahun. Anak-anak pramatang lebih mudah diserang selesema, jangkitan paru-paru, serta masalah kesihatan disebabkan oleh ketidakmatangan organnya semasa dilahirkan. Walaupun ‘assured’ as OKAY tapi hakikatnya sesetengah ibu bapa anak pramatang memberi perhatian yang berbeza. Jadi tak hairan kadang2 ibu bapa bayi pramatang dicemuh “Overnya!” oleh orang lain. Tapi hakikatnya, perasaan itu tetap ada.
Jadi saya mewakili admin JEWEL (Puan Intan Jaliah) mengambil kesempatan ini untuk menjemput ibu bapa bayi pramatang pelbagai peringkat umur menyertai dan saling memberi sokongan di JEWEL.
Sebagai pengenalan dan pengesahan, sila PM admin (Along Nurazlina) butir2 berikut:
Nama anak:
Tarikh lahir:
Minggu dilahirkan:
Group ini hanya dibuka kepada ibu bapa bayi pramatang sahaja. Ibu bapa yang pernah mempunyai bayi pramatang dan sedang menghadapi saat-saat di SCN sekarang, jemputlah saling memberi sokongan di JEWEL.
See you there!
Leave a Reply