,

Sibuk, Buat-Buat Sibuk atau Perasan Sibuk?

admin Avatar

Jujurnya sekarang ni saya banyak mengeluh kepada suami tersayang “Sorry, I tak sempat nak buat ini buat itu. I sibuk sangatlah”. Seriously, apa yang disibukkan tu pun saya tak tahu.

Perancangan untuk aktiviti FAMEKids, aktiviti MMBN, Bling Buubies, Vitamin Shoppe, pembukaan kedai baru saya (Ha-Ha!), aktiviti JEWEL… dan coming soon e-Bunda.. saya rasa saya adalah orang tersibuk di dunia, di samping kerja2 di pejabat yang perlukan komitmen masa. Dan juga kerja di rumah kerana saya menguruskannya sendiri termasuk memasak dan menguruskan pakaian.

Saya sering mengeluh kepada suami saya.. saya tak larat, saya penat. Tapi bila suami kata “OK, then stop”, tahu pulak taknak. HaHaHa. Gatai kan.

Petang tadi saya menjalani prosedur CT Scan di Prince Court Medical Centre. Sambil duduk2 tu saya membelek2 majalah Marie Claire, tiba2 rasa malu sendiri. Malu kerana alasan ‘sibuk’ tu, saya rasa semata-mata alasan saja?

ruby khong soup kitchen
Dato’ Ruby Khong is the President of Kechara Soup Kitchen (KSK), socialite, mother of three beautiful grown up children, and the director of an international petroleum company. Despite the many hats she wears, she remains committed to the plight of the less fortunate.

With her hands-on approach, this passionate, upbeat, very bubbly lady is a true leader in her own right. Under her guidance, KSK has expanded its services from a distribution of 20 food packets per week back in 2006, to more than 1,300 packets per week. In September 2010, Ruby’s accomplishments reached another milestone with the opening of KSK’s permanent soup kitchen off Jalan Imbi, allowing this non-profit organisation to offer services such as regular medical aid, counselling and job placement.

Soup kitchen ni adalah satu tempat yang ‘provide’ makanan kepada orang-orang yang tak berumah, orang miskin, etc. Satu dunia ada soup kitchen ni.

Ada satu lagi soup kitchen yang saya tahu ialah PERTIWI Soup Kitchen. Cerita menarik di sebalik Pertiwi Soup Kitchen ni boleh dibaca DI SINI.

Hebat betul mereka ni, mempunyai hati yang mahal (mahal kerana ia sukar dimiliki) untuk mencurah bakti kepada masyarakat. Malu sendiri tiba-tiba. Tidak menyumbang apa-apa, setakat menyumbangkan minda dan tenaga untuk anak-anak dan keluarga pun dah berjela keluhan saya *blushing*

Saya rasa kerdil sangat. Sangatlah jauh untuk menjadi salah seorang dari mereka ni. Despite, mereka sangat passionate dan tidak merungut2 pun walhal buat kerja macam tak logik saja. Malam2 buta keluar distibute makanan untuk orang2 tak berumah di sekitar Chow Kit sana. Walaupun dalam berkumpulan, tapi masa rehat, masa untuk bersenang2 sambil menonton drama Melayu digunakan untuk menabur bakti. Malah, mereka berjaya dalam pelbagai bidang.

Saya cuba untuk me-revisit kembali, affirmasi diri saya mungkin banyak dibayangi perkataan SIBUK. Mungkin kena tukar kepada SAYA BANYAK MASA!

Anda bagaimana? Benar-benar sibukkah anda?

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Sibuk, Buat-Buat Sibuk atau Perasan Sibuk?”

  1. knv Avatar
    knv

    ye, sila kurangkan tang drama melayu tu. 😛

  2. eliss Avatar

    terfikir jugak bila tengok drama hari tu psl yang makcik tu tolong orang2 tepi2 jalan distribute makanan. ingatkan sekadar drama semata-mata rupanya ramai orang2 hebat disebalik tu.

  3. Rina AVAIL a.k.a cik betty Avatar

    hiks~ saya malu.

    sy lagi teruk. selalu rs x menang tgn menguruskan anak dan rumahtangga. selalu terlepek di penghujung hari.

    pdhal bnyk jer masa depan lappy.

    teruksnya sy.

    kena muhasabah diri.

    thanx krn mengingatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge