Profesor Dr Murat Cizakca tak setuju emas digunakan sebagai matawang. Dia berkata demikian dalam ceramah umumnya bertajuk “Dinar Emas Islam: Mitos & Realiti” anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun & INCEIF. Antara kata-kata Dr Murat (Profesor Perbandingan Sejarah Ekonomi):
- “Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank-bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar diberi kuasa autonomi penuh”
- “Sumber emas kini dikuasai oleh negara bukan Islam”
- “Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga naik dan turun. Negara Islam perlu terus menggunakan wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka”
Ini disokong oleh Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd. Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Antara katanya,
- “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi”
- “apabila inflasi tidak dapat dikawal, gaji sebenar rakyat turut jatuh”
- “Peranan mata wang ialah sebagai medium perantara pertukaran, dan apabila mata wang berasaskan komoditi, nilai mata wang akan banyak bergantung kepada komponen komoditi dan kita tidak dapat lari daripada naik turun”
Kalau anda dah baca semua artikel saya berkaitan emas, sure anda pernah baca yang so called pakar ekonomi is just like politician; sorang cakap A, sorang lagi cakap B walaupun orang umum tahu C. Dan lebih penting, tiada siapa yang salah atau betul sebab tak siapa tahu masa depan (just to put it in a simple explanation).
Sebelum kita butakan mata mengatakan these two economist terpengaruh dengan ideologi barat untuk guna wang kertas, mari kita fahami dulu apa yang membuatkan mereka berkata demikian. (*p/s: Saya sendiri tak pergi dengar ceramah tu. Kalau ada sapa2 simpan teks ucapannya, tolong kongsi bersama)
Pertama, Umat Islam penduduk paling ramai di dunia? Jika negara islam nak guna emas sebagai matawang, maka yang dapat keuntungan besar adalah negara bukan Islam. Dan keuntungan yang mereka perolehi tak mustahil untuk digunakan untuk menentang Islam.
Tatkala kita gembira mengembalikan matawang emas Islam dan tunjuk kepada dunia, ada negara Islam lain yang kena tindas hasil jualan emas yang kita gunakan sendiri? Pelancong tak digalakkan melawat khazanah Islam (tak ingat sama ada Masjid Biru Istanbul atau BailtulMaqdis) sebab setiap duit yang disumbangkan (mungkin sebab kena bayar per entry?) digunakan Yahudi membeli peluru untuk membunuh Islam Palestin.
Kedua, dinar emas takkan terkecuali daripada spekulasi harga emas. Dan jika lihat kepada trend harga emas 5 tahun lepas, harganya yang naik mendadak boleh menjejaskan urusan perdagangan. Lebih mengeruhkan keadaan, kita masih terpaksa menggunakan wang kertas negara bukan Islam memandangkan kebanyakan produk adalah dari sana. Negara Islam kan hanya terkenal sebagai negara pengguna?
Bayangkan, hari ni nak beli BMW perlukan 50 dinar emas. Tapi bila harga emas naik 25% akhir tahun, sanggupkan kita nak beli BMW yang sama dengan 50 dinar emas (sebab emas kalis inflasi?) juga? Kita memang beli pakai dinar, tapi produk tersebut “diborong” dengan wang kertas. Dan sekali lagi, kalau yang jual tu orang bukan Islam, siapa lagi yang untung?
Dan saya ada mixed feeling pasal “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi”.
Ideally, memang kalau dulu harga sekor kambing satu dinar, lepas 1,000,000 tahun pun masih satu dinar. Namun apa yang berlaku, manusia semakin tamak. Oleh itu, setiap tahun mereka mahukan keuntungan yang lebih. Mungkin mula-mula keuntungan boleh ditingkatkan dengan menjual lebih banyak kambing.
Tapi bila pasaran dah “saturated” lama-kelamaan penjual kambing ni terpaksa naikkan juga harga kambing (dalam dinar) mereka agar keuntungan lebih tinggi boleh dicapai saban tahun.
Bagi saya, selagi harga emas tak stabil, sangat tak sesuai gunakan emas sebagai matawang. Namun itu bukan bermakna usaha menjadikannya sebagai matawang perlu dihentikan. Pada peringkat ini langkah paling mudah ialah BNM memborong emas untuk memelihara nilai MYR. Pada masa yang sama, negara ISLAM (terutamanya GLC atau sovereign fund macam Khazanah) perlu consider membeli syarikat emas dunia.
Perlahan-lahan ekuiti umat Islam dalam emas boleh ditingkatkan. Negara China sendiri dah mulakan langkah membeli lombong emas dunia. Negara Arab Islam sepatutnya consider pelaburan semula duit minyak dalam emas; BUKAN sekadar membangunkan pusat pelancongan mewah macam Abu Dhabi. Bila sampai masanya, tak susah nak implement dinar.
Actually, terlalu banyak perkara yang perlu diperkukuhkan dahulu sebelum kita cakap pasal emas sebagai matawang. Islam kuasai ekonomi, dan setiap kita perlu kuasai nafsu. Mari kita juga jangan lupakannya.
Leave a Reply