Drypers Change for Charity

By | October 21, 2010

Bagi ibu2 yang tidak belum menggunakan CD (cloth diapers, bukan compact disk), semestinya lah menggunakan disposable diapers. Saya adalah antara ibu yang masih menggunakan disposable diapers (Stok MamiPoko baru je habis, wah tak sampai setahun, hahaha).

Mula semalam (20 Oktober) hingga Ahad nanti (24 Oktober), Drypers ‘Change for Charity’ berlangsung di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara, PJ. Tempatnya ialah di Atrium, yang berhadapan dengan Cold Storage. Company2 disposable diapers ni suka betul buat event di Ikano. Last time ada event Huggies, tengah2 berjalan sambil dokong Fahry, diorang panggil suh naik stage jawab soalan. Soalan senang giler pulak tu. Dapatla sepeket Huggies Little Swimmers. Boleh lah buat anak2 main air kat Lembah Kiara.

lembah kiara ttdiModel diapers uhuhu

Event Drypers ni pula ialah untuk membantu anak2 yang kurang bernasib baik yang bernaung di bawa Handicapped & Diasable Children Association of Klang, Pertubuhan Kebajikan Kanak2 Cacat Ipoh, Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Baharu dan Wad Kanser Kanak-Kanak di UH.

Macam2 lah acara menarik kan. Harap2 ada la peluang untuk kami ke sana. Takmau lepaskan peluang juga, memandangkan tak jauh pun Ikano ni dari umah.

Details boleh tengok di website MAMABABYWORLD ni.

Oh ya, dengan dorongan dari Rehab Physicians, Physiotherapist, Pediatrician dan Prosthetic Designer (sebut semua kang ada orang cakap kita syok sendiri, hahaha) si Fahry, saya adalah Mommy Blogger yang menulis tentang Fahry dalam MamaBabyWorld ni. Rasa macam duta diorang pula. Takpa, walaupun takde value bagi orang lain tapi i believe ada someone out there yang akan appreciate perkongsian ini 🙂

So, marilah ramai2 kita bantu anak2 yang memerlukan bekalan diapers ni. Kesian diorang tau.

One thought on “Drypers Change for Charity

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge