Pinjaman Perumahan Terbaik Jenis Macam Mana?

Sejak PM galakkan pembelian rumah dalam Bajet 2011, banyak juga yang tanya pinjaman perumahan terbaik tu bagaimana rupanya? Adakah kadar faedah yang terendah semata-mata? Berbaloikah ambil pinjaman yang fleksibel (boleh withdraw balik extra payment)? Atau lock-in period 3 atau 10 tahun pun takpe?

Bagi menjawab persoalan ini, baik dimulakan dengan tujuan pembelian hartanah tersebut in the first place. Ideally, kita nak yang kadar faedah/profit rate terendah tanpa lock-in period yang sangat fleksibel bukan? Malangnya, takde bank yang boleh offer ketiga-tiganya sekali gus.

Beli Untuk Duduk

Pinjaman perumahan jenis fleksibel mungkin lebih sesuai kalau you beli property tu betul-betul for own stay. Kalau tak betul pun, at least plan duduk situ for 15-20 years. Pinjaman perumahan jenis fleksibel ni bagus sebab 1) interest boleh dikurangkan dengan bayaran lebihan setiap bulan 2) boleh withdraw balik bayaran lebihan tadi di saast-saat memerlukan. Saat-saat memerlukan ni can be 1) pakai duit lebih bila dapat cahaya mata 2) pakai duit lebih nak tampung perbelanjaan parent yg hospitalised, dan 3) sebagai modal untuk perniagaan/ pelaburan jika peluang itu muncul.

Kelemahan pinjaman perumahan jenis ni pula 1) kadar faedah lebih tinggi daripada conventional loan 2) biasanya ade lock-in period (tak jadi masalah jika takde plan nak jual or refinance dalam tempoh lock-in period tu), dan 3) biasanya ade service charge dalam RM10 sebulan untuk maintain akaun lebihan bayaran tadi (ade je bank yang waive service charge ni).

Beli Untuk Jual

Kalau memang betul-betul beli satu-satu hartanah untuk dijual semula, pinjaman jenis yang takde lock-in period & variable interest seems to be the perfect. Sebab kalau jual rumah sebelum lock-in period berakhir, you have to pay dalam 3-5% of the balance/total loan sebagai penalty. 3% from RM300k saja sudah RM9k. This RM9k will eat your profit margin.

Again, kalau jenis takde lock-in ni biasanya interest rate dia memang tinggi sikit. But just to hold rumah tu dalam 2-3 tahun, the impact of additional 0.2% sangat-sangat minima jika dibandingkan dengan jumlah keuntungan hasil jualan hartanah tersebut.

Beli Untuk Sewa

Kalau plan takkan jual hartanah tu sampai bila-bila, better ambil fixed interest rate punya loan. Walaupun kelihatan mahal hari ini, ia lebih selamat sebab tak terdedah kepada kadar kenaikan BLR. Somore, kalau ambil yg fixed interest sekarang ni, interest Cuma dalam 5%. This strategy sesuai untuk hartanah komersil yang betul-betul hot; since tak susah nak cari penyewa every now & then.

Kalau beli rumah untuk disewakan, kadang-kadang agak susah nak dapat positive cashflow kalau ambil yang fixed interest. Normally orang akan amek yang variable; which nowadays pun ade yang islamik. Interest mula-mula murah, dan naik selari dengan kenaikan BLR. To play safe, orang akan nego for good rate with extra lock-in period. And after 5-10 years, normally orang akan jual semula.

Ingat, pinjaman perumahan paling bagus tidak terhad kepada pinjaman yang memberikan kadar faedah terendah dipasaran. Tapi, pinjaman yang boleh mengurangkan kos pembelian anda sebanyak mungkin. The last thing you want to be is “Penny Wise, Pound Foolish”.

2 thoughts on “Pinjaman Perumahan Terbaik Jenis Macam Mana?”

  1. For us, as of now for sewa we go for fixed rate! Senang nak membuat unjuran. Hehe. Alhamdulillah managed to locked +ve cashflow because as you said, location location location!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge