Dividen KWSP 2010 Adalah Paling Tertinggi Sekali?

By | February 21, 2011

Bayaran dividen KWSP 2010 adalah yang tertinggi” menurut pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman. Jumlah bayaran dividen bagi tahun 2010 adalah 11.6% lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, RM21.6bil in 2010 berbanding RM19.3bil in 2009. Apakah ini bermaksud jumlah dividen yang kita dapat juga naik 11.6%?

Malangnya tidak…

Dividen KWSP 2010 hanya 5.8% sahaja. Walaupun naik 0.15 point daripada 5.65% tahun 2009, saya kira masih tak berapa bagus jika nak dibandingkan pasaran saham kita yang naik >15%. Tapi tak adil la nak compare KWSP dengan pasaran saham sebab majoriti simpanan KWSP dilaburkan dalam pelaburan berisiko rendah.

So, memang boleh la kalau nak keluarkan duit KWSP masuk unit trust.

Tapi apa yang lebih merisaukan ialah bila Samsudin cakap KWSP perlukan RM3.73bil kalau nak bagi 1% dividen kepada semua pemegang akaun. Jumlah tu 8.7% lebih tinggi daripada tahun 2009 (RM3.43bil). Tapi, apa kesannya to us?

Saban hari makin ramai yang simpan duit (secara paksa?) dalam KWSP. Peningkatan jumlah dana yang KWSP dapat boleh menyukarkan KWSP nak uruskan duit yang sebegitu banyak dalam bentuk mengekalkan peratusan pulangan setiap penyimpan. Sebab tu KWSP agak suka jugak kalau kita keluarkan sedikit duit KWSP kita melalui,

  1. Pembelian beli rumah (downpayment & bulanan)
  2. Simpan dalam amanah saham swasta yang diluluskan
  3. Keluarkan duit lump sum
  4. Pembeli komputer,
  5. Bayaran penyakit kritikal etc.

Still, KWSP is much better than Fixed Deposit bank (for now)…

6 thoughts on “Dividen KWSP 2010 Adalah Paling Tertinggi Sekali?

  1. sue

    Risiko melabur dalam unit trust mesti lagi tinggi dari letak jek dlm KWSP kan? Berbaloi ke amek risk guna simpanan untuk persaraan melabur dlm unit trust? i would appreciate if u can give your opinion which fund is suitable for KWSP. TQ!
    sue´s menulis tentang ..BENGANG dengan servis CIMB BANKMy Profile

    Reply
      1. sue

        Tak leh nak bagi commision kat awak sbb sy dah kuarkan semua KWSP saya lps sign pilih skim pencen. So, claim kat hubby saya. Apple pun patut bagi commission kat awak sbb promote product diorang. Hehee..

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge