Sejak kecil saya dididik solat dengan memakai kain mengkana (telekung solat). Jadi dah terbiasa, solat mesti pakai kain mengkana. Nak solat pun mesti di tempat yang khas seperti musolla.
Pertama kali saya tahu bahawa boleh solat dengan pakaian biasa asalkan menutup aurat ialah semasa belajar Pendidikan Islam di sekolah rendah. Tapi disebabkan tak pernah amal, jadi tak tahu di mana nak praktik.
Pertama kali saya tahu bahawa kita boleh solat di mana-mana, bukan di musolla saja ialah semasa mengikuti usrah. Salah seorang member usrah kami baru balik dari Australia, menceritakan pengalamannya di sana boleh je solat di mana-mana, tapi di Malaysia orang tengok pelik kalau tak solat di musolla/masjid.
Tentang pakaian solat dan tempat solat, syukurlah saya banyak belajar semasa di universiti. Malah kami pernah solat di bawah pokok dengan pakaian berselut. Mulanya semua ragu-ragu nak solat dalam keadaan begitu. Tapi ustaz kata, pakaian tutup aurat, selut bukan najis… kenapa tak boleh solat pulak?
Kalau korang masih lagi ragu-ragu tentang macamana nak bawa kain mengkana, sebenarnya kita boleh solat tanpanya. Boleh solat dengan pakaian biasa asalkan menutup aurat solat. Apakah aurat solat? Seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan. Telapak tangan ni termasuklah di bahagian belakang tapak tangan sampai ke pergelangan tangan.
Jangan pula rasa pelik bila tengok orang solat tak pakai telekung dan nampak tangan ya.
Di Malaysia ni kita mungkin tak susah nak menunaikan solat. Di mana-mana pun ada surau dan masjid. Tapi di negara luar yang mana penduduk Islamnya tak ramai, mungkin susah nak cari surau. Apa lagi kalau kita sedang mengejar masa.
Tapi di Mesir, mereka solat di mana-mana saja. Dengar saja azan terus angkat takbir walaupun berada di tepi jalan, mall, kaki lima, malah piramid.
Nak solat di mana? Di mana-mana pun boleh asalkan ruangnya bersih dan tidak mengganggu orang lain.
Biasanya lokasi saya solat bila berada di luar negara:-
- Parking kereta (jika memandu)
- Tepi dinding
- Dalam fitting room
- Taman
- Restoran (Restoran halal biasanya ada ruang solat, kalau takde pun boleh cuba minta ruang sikit utk bersolat)
- Padang
- Bawah tangga
- Mana-mana ruang yang available
Rasanya yang itu bukan masalah.
Tapi cabaran yang bagi saya agak kronik untuk beribadah adalah bila berkembara ke negara 4 musim pada musim panas. Misalnya pada musim ini, waktu Maghrib di Iceland hampir jam 12 tengah malam. Subuh pula jam 2 pagi. Nak menunggu Maghrib tu satu hal. Kita pula dah penat seharian berjalan. Pernah juga tertidur dan terlajak, sedar2 dah masuk Subuh!
Di atas ni rupa Iceland di waktu fenomena midnight sun. Jam 12 tengah malam pun dok cerah ceraca lagi.
Lagi satu cabaran bersolat adalah jetlag. Terutama bila ke negara yang berada di belah Timur negara kita seperti Australia dan New Zealand. Waktu Subuh mereka akan masuk lebih awal dari Subuh kita yang biasa. Kalau jam biologi belum set ke masa negara2 tersebut memang haru. Subuh gajah je lah jawabnya.
Walau bagaimanapun, jangan lupa… solat itu wajib dan kita tetap kena solat walau apa keadaan sekalipun. Jangan tinggal solat ya!
Leave a Reply