Buku kewangan kini sangat berlambak di pasaran. Terlalu banyak buku sampai buat kita runsing tak tahu mana nak baca dulu, kan? Bila saya mula-mula berminat nak belajar selok-belok kewangan ni, buku terbitan tempatan tak berapa banyak & agak membosankan. So end up banyak baca buku mat saleh. Tapi over the years, Isaya ada pick up few books yang I think worth reading.
Teruskan membaca kalau nak tahu apa & kenapa.
Rich Dad Poor Dad (Beginner)
Ni memang la buku yang paling TERpopular. I first read this book masa tahun ke-2 di university. Masa tu umur pun baru 18-19 tahun. I get to read this book sebab buat OmegaTrend masa tu. But seriously, lepas baca tutup buku and tidur. Tak tahu la pebende yg aku baca, mungkin sebab tak nampak lagi kepentingan pengurusan kewangan masa tu. Yang penting duit scholarship untuk enjoy! Muahaha….
2nd time I read masa 4th & 5th year degree dan kali ke-3 masa menganggur tunggu tawaran kerja. Hanya lepas baca kali ke-3 baru terkesan.
Benda yang saya suka pasal buku ni it’s style of story-telling. Kebanyakan buku kewangan sukar difahami but not this one. Just like hal-hal finance kita semua pening tapi kalau baca apa yang I tulis confirm faham kan? Haha. Sebabnya Robert Kiyosaki bukan financial expert tapi adalah marketer. He just know HOW TO SELL.
Negatif side, buku ni terlalu theoretical. Hampir semua orang yang baca buku ni pasti tak sabar nak mula melabur dalam hartanah sebab gaya cerita Robert Kiyosaki as if pelaburan hartanah ni tadek risiko. Kedua, tak habis-habis dia memburukkan pasaran saham & unit trust. Hanya kerana this guru tak suka doesn’t mean u should too.
All in all, it is just good untuk motivasi kewangan to me.
How You Can Get Rich From Property & Stock Market (Amatur)
Penulis buku ni ialah Milan Doshi, quite famous among local gurus. Milan Doshi buat duit daripada pasaran saham & hartanah. Dalam saham, cara yang dia kenalkan mudah saja. Beli masa ada krisis yang anda pasti akan berakhir.
Contohnya borong saham AirAsia masa kemelut SARS dan jual balik lepas semuanya berakhir. 100% in less than 12-month langsung tidak mustahil, no joke.
Dalam pelaburan hartanah, Milan Doshi beri penekanan pada hartanah komersil. Sebabnya, kadar pulangannya berganda-ganda lebih banyak daripada residential.
Tahun lepas dia beli lot kedai (tingkat berapa entah) di Berjaya Times Square for RM1.5mil. Lagi satu portfolio dia yang paling popular must be service apartment 2-bilik Sommerset Bukit Ceylon dekat Bukit Bintang.
Kelebihan buku ni dia tunjuk secara detail apa yang perlu anda cari dalam usaha mencari sumber pelaburan & perbandingan yang perlu dilakukan sebelum betul-betul terlibat dalam sesuatu pelaburan. Siap ada formula, graf & gambar ilustrasi.
Benda yang paling saya tak suka pasal buku ni ialah saiznya yang besar. Susah nak bawak gi mana-mana. Saiznya yang pelik membuatkan susunan rak buku tak berapa cantik, huhu. Elok-elok semua sebaris tiba-tiba terjojol buku yang satu ni. Haish…
Dua buku di atas bukan la everything. Banyak lagi buku yang saya sendiri baca. But I think you’ll find books yang ditulis oleh Azizi Ali & Adam Khoo mudah difahami. Kalau setakat nak increase awareness pasal hal-hal pelaburan or upgrade financial literacy anda, Majalah Personal Money juga boleh membantu. Lagi pun harganya lebih murah daripada beli satu-satu buku.
Or, sorang beli satu buku kewangan then tukar-tukar sesama kengkawan.
Leave a Reply