“Anak baru dua orang, ada hati nak beri tips keibubapaan”
“Kahwin baru setahun jagung nak beri nasihat kepada orang yang lebih berpengalaman pula”
“Anak belum masuk 3 tahun tak payahlah nak berlagak macam anak dah lepas universiti”
Familiar?
Serius kalau tak tahan hati hari-hari rasa panas aje, entah2 boleh kena penyakit darah tinggi. Maklumlah hampir hari2 benda2 macam tu sampai ke telinga.
Kalau saya take everything emotionally, memang dah lama saya tutup blog ni (selalu gak rasa nak tutup).
Sebenarnya sebelum saya siapkan ebook pertama saya, Susu Sihat, saya memang tak confident langsung. Maklumlah anak baru masuk 2 orang, saya pun bukanlah seorang LC mahupun PC, malah sijil pun tak ada. Anak sulung saya pun belum putus susu lagi.
Akan tetapi, selepas di-consult oleh adik angkat saya, penulis buku Rahsia Pemasaran Facebook, dan yang penting semangat yang diberikan oleh Abiy, akhirnya Susu Sihat saya now kicking and living. Yang penting ia dah membantu berpuluh2 ibu baru yang bersemangat untuk menyusukan anak mereka.
Beberapa testimonial yang saya terima dari pembaca Susu Sihat:
Rina, KL
“Saya mengikut panduan yang Lyna tulis dalam Susu Sihat, alhamdulillah senang nak refer, semua persoalan saya terjawab”
Misha, Labuan
“Pada mulanya saya banyak tak tahu tentang cara pengurusan EBM, dan saya selalu rasa tidak cukup bagus berbanding kawan saya yang boleh mengepam 20 oz sehari berbanding saya cuma 9 oz. Namun selepas membaca Susu Sihat, saya tidak lagi membanding-banding dengan sesiapa, kerana kami adalah unik”
dan yang terbaru,
Alia, Kajang
“Saya tak banyak belajar tentang breastfeeding sebelum ni, terutama tentang EBM. Tapi Susu Sihat memberikan saya banyak pengetahuan baru”.
Alhamdulillah, syukur pada Allah.
Kalau kita rasa kita tak cukup pandai berbanding orang-orang yang pandai, itu bukan alasan untuk kita tak berbuat dan tidak memulakan sesuatu. Dunia keusahawanan dan pemasaran adalah amat luas. Di luar sana ada berjuta rakyat Malaysia dari pelbagai golongan.
Orang-orang yang ‘pandai’ dan tak bersetuju dengan kita memang ramai, tapi orang yang akan cari kita juga ramai. Cuma terlebih dahulu kita kena kenali siapakan mereka.
Oleh itu sebelum memulakan sesuatu usaha, tentukan siapa target market, atau tumpuan pemasaran kita. Budak sekolah? Remaja yang baru habis belajar? Mereka yang baru kahwin? Mereka yang dah kahwin 5 tahun, 7 tahun, 20 tahun? Mereka yang dah tua renta?
Setiap target market ni memerlukan teknik dan strategi yang berbeza-beza.
Orang yang memberitahu kita “Anak baru dua, sibuk nak cakap tentang ilmu keibubapaan” adalah di luar skop kita. Jadi, kita abaikan saja.
Dalam langkah menjadi usahawan, kita perlu bersikap proaktif. Senang kata proaktif ni ialah meletakkan diri dan kepentingan kita di harapan, despite everything else. Kalau kita mengikut saja setiap tohmahan, kritikan, cercaan, itu adalah sifat reaktif, yang patut kita buang jauh-jauh dari dalam diri kita.
Usahawan berjaya mesti tahu apa yang dia nak dan ada target serta strategi jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kalau kira, semua orang nak jadi usahawan memandangkan pulangan yang diperolehi adalah berlipat kali ganda dari makan gaji nih. Tapi tak semua orang sanggup hadapi perit getirnya, itu baru kena caci maki, belum lagi berdepan dengan macam-macam jenis rakan kongsi dan pelanggan. Belum lagi menghadapi kerugian, persaingan, penat tapi tak pulang modal, dan sebagainya.
Bercakap soal persaingan, saya percaya kita perlukan persaingan. Dengan persaingan, kita akan selalu cari jalan untuk menjadikan produk kita lebih bagus dan menonjol dari orang lain. Akan tetapi, persaingan hendaklah berlaku secara sihat dan adil, bukan sembelih leher orang lain, atau campak pasir dalam periuk orang lain. Tapi, inilah yang selalu berlaku. Banyak manusia yang jenis nak bolot seorang, kalau boleh biar dia seorang aje yang buat bisnis tersebut. Tak bolehla camtu bang, patutnya kita improve apa yang ada pada diri kita, bukannya menutup punca pendapatan orang lain.
Menutup punca pendapatan ni bukannya kita pegi bakar kedai orang, tapi mungkin dengan menabur fitnah, menjaja cerita bukan-bukan, membuat onar yang melibatkan orang tersebut dan sebagainya.
Buang masa OK. Masa yang ada tu lebih baik digunakan untuk fikirkan strategi majukan lagi perniagaan untuk mengatasi pesaing-pesaing.
*Ramai FTWM yang nak jadi WAHM tapi ramai juga yang tak pasti caranya. Sudahnya ramai yang tinggal impian saja. Teruskan bersama My Super Kids untuk announcement classroom persediaan menjadi seorang WAHM daripada seorang FTWM, yang akan dipimpin oleh Puan Kay, juga seorang ex-FTWM yang sekarang fulltime WAHM. Tak teringin ke jadi WAHM yang drive BMW?
Err… agak2 ada orang minat tak?
*FTWM=full time working mum WAHM=work at home mum
Leave a Reply