Majalah Personal Money Julai 2010 ada buat survey tentang apa yang pekerja Malaysia mahu by 2020. Obviously tak buat survey pun tahu apa pekerja Malaysia mahu kalau bukan duit, betul tak? Cuma on top of duit as compensation, then what?
As time goes by, makin banyak pekerja yang demand flexible working hours. I think sekarang pun banyak dah syarikat yang amalkan konsep ni, masuk pukul 8-10am balik pukul 4-6pm asalkan ada kat office for 8 jam untuk orang nak jumpa berbincang atau panggil meeting. How I wish to have this luxury?
Kedua bonus berdasarkan prestasi kerja, which I think Malaysia still lag (for reasons jugak). In US, most public listed companies takda sangat majority shareholder yang pegang ekuiti sampai 20-70% macam di Malaysia. Apart from harganya yang sangat mahal, kebanyakan listed companies di US bukan family related business anymore; totally run sebagai business entiti.
Jadi, pekerja-pekerja mereka will be the most valuable asset; especially CEO. Mungkin sebab tu jugalah, bonus-bonus kalau mereka perform bagus sangat-sangat memberangsangkan. Bonus mereka bukan sekadar 3 bulan, 6 bulan mahupun 12 bulan wokeh, but can reach USD53.4 juta!
Cara mereka bekerja, bonus berdasarkan peratusan daripada apa yang anda dah sumbangkan. Kalau nak buat benda ni kat Malaysia, PNB, Tabung Haji or KWSP will shout the most sebab keuntungan mereka jatuh mendadak kalau bagi CEO banyak camtu. Juga sebab, we are not there yet…
Dan fakta yang paling membuatkan saya rasa bangga dengan pekerja Malaysia ialah kebanyakkannya nak buat perubahan dengan apa yang mereka tahu. To me, inilah job satisfaction yang sebenar; money can’t beat this. “Perubahan” sangat relatif subjek to jawatan, kedudukan dan mandat yang diberi. Lagi tinggi jawatan, lagi hebat la perubahan yang boleh mereka lakukan. Tapi tak sepatutnya yang jawatan kecik or no jawatan at all taknak fikir perubahan untuk kebaikan.
Saya suka nak kaitkan perubahan yang mungkin this blog can do.
Seriously, I’m not blogging for fun. Tak fun langsung pun kalau anak dah melalak, bakul baju nak basuh dah penuh, rumah bersepah, makan malam belum masak and yet you still have to ngadap PC just to update A blog. Tapi ia langsung tak buat saya merungut or what sebab I personally enjoy usaha making a difference to one’s life from my knowledge/experience:
Mendidik orang ramai tentang persepsi anak OKU. Hope one day rakyat Malaysia boleh terima yang orang OKU deserve peluang yang sama. Abiy & me still thinking to be active member dalam persatuan-persatuan berkaitan OKU. In fact, ada jugak berangan nak establish “Amniotic Band Syndrome Foundation” untuk anak-anak senasib Fahry. Dan memberi semangat kepada sesiapa yang ada kaitan dengan anak OKU ni (especially parent) untuk membesarkan mereka dengan penuh excited! Sebelum I lupa, plss…. dun forget to register OKU for your kids from JKM. Itu hak mereka!
Berkongsi cara mengurus wang ‘unconventional way’. Kita orang melayu terlalu ‘dimanjakan’ dengan either ASB or Tabung Haji. The best average people can do either keluarkan duit KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham swasta, main OD-ASB-Credit Card yang maybe low margin or beli tanah kampung atau mana-mana hartanah sebab mak ayah suruh. Unfortunately, THAT’S ALL. Secara jujurnya, I got no interest in your money pun. Yang membuatkan saya sedikit terkilan bila limited friends of mine yang boleh masuk berbincang about finance. Selain Abiy, I can only talk to my banker, lawyer, agents & officer je for 2nd opinion, boring taw… As much as possible, I’ll try to bawa you all melihat duit dalam perspektif lain. “Nothing impossible” (kecuali halal-haram) should drive our thoughts.
Mengubah persepsi penyusuan. Kalau you serious nak berikan anak anda nothing but the best, anda tak mungkin silap dengan menyusukan anak anda dengan susu ibu yang fresh, sedap lagi berkhasiat. I can understand how frustrated it can be bila sampai bab-bab nak menyusu ni. First, tak banyak buku yang talk about it (sebab tak menguntung?). Kedua, tak tahu apa yang kita dengar dari mak ayah or baca kat Internet tu betul ke tak. Thirdly, tak tahu bila preparation nak mula; masa hamil ke, mengandung ke, or just bila beranak. Don’t be surprised when doktor pun seek our advice. Keep this blog posted in your blogroll supaya tak miss 😛
Eh, macam melalut pulak posting ni. Kay la, stop now.
Leave a Reply