Budak 3 Tahun Jadi Imam Solat Jemaah? Sah Ke?

by admin on July 9, 2010 · 10 comments

Keutamaan solat jemaah tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana ketetapan syariat dan sabda Rasulullah tentang 27 kali ganda pahala solat sendirian sudah cukup untuk menggambarkan betapa tingginya darjat solat jemaah itu.

Imam Syafie berpendapat, solat jemaah adalah Fardu Kifayah (sekurang2nya ada satu grup yang buat jemaah dalam sesuatu kawasan) manakala ada ulama berpendapat ia adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut).

Solat jemaah ni sebenarnya bukan sahaja untuk mendapatkan 27 kali pahala itu atau menunaikan fardu kifayah/sunat muakkad, tapi banyak hikmahnya, samada terang atau tidak. Yang paling nyata aktiviti solat jemaah di masjid adalah satu cara untuk memupuk perpaduan ummah, silaturrahim sesama Muslim. Ini kerana kita bukan sahaja duduk sebelah menyebelah dengan saudara2 kita, tapi juga selepas solat, aktiviti bersalam-salaman adalah satu perkara yang membuka ukhwah.

Paling takpun jika hanya bersolat bersama keluarga di rumah, ia adalah satu jalan untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Aktiviti apa yang membolehkan anggota keluarga melakukan perbuatan yang sama pada masa yang sama? Solat, kan?

Solat jemaah adalah lambang perpaduan yang amat utuh dan ditakuti oleh musuh2 Islam.

Bila sebut tentang solat jemaah, dua perkara yang penting ialah makmum dan imam. Kalau makmum ni tak ada apa lah sangat, semua orang pun boleh jadi makmum. Tapi bila masuk bab imam, ramai yang tak sanggup menjadi imam. Antara alasan yang biasa diberikan untuk menolak menjadi imam ialah, tak brapa baik sangat untuk bimbing makmum, bacaan tak lancar, tak layak dan sebagainya.

Apakah syarat2 menjadi imam?

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Lelaki sejati, jika makmumnya lelaki, perempuan atau khunsa. Kalau jemaah semua perempuan, maka perempuanlah jadi imam. Perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki.
  5. Bersih daripada hadas dan kekotoran
  6. Mempunyai bacaan yang baik dan perbuatan solat yang sempurna. ‘Mahir bersolat’ la kiranya.
  7. Berilmu dalam bab hukum hakam solat.
  8. Boleh menyebut dengan jelas, tidak gagap atau sengau, pandai membunyikan huruf mengikut makhraj.

Bagaimana pula kalau budak 3 tahun menjadi imam?

Nak letak hukum apa ni?

 

 

 

*********

 

Sewaktu ambil Hafiy balik dari taska.

Cikgu : Tadi Hafiy nak jadi Imam solat Zuhur. Siap pakai kopiah, tapi seluar pendek. Cikgu kata mana boleh pakai seluar pendek jadi Imam. Esoklah bawa baju melayu.

(Rupanya baju melayu dah dipulangkan, biasnaya cikgu simpan sampai Jumaat, tapi minggu ni hanya bagi sepasang je, dia pulangkan on Wednesday dan saya tidak membasuh baju, jadi tak perasan ada baju melayu dalam plastik baju kotor T_T)

Budak ni agak liat kalau solat di rumah. Nak kena marah dulu baru bergerak. Kalau time solat jemaah, dia dengan Adik main ketuk2 kat belakang. Takpe, kecik lagi.Kasik can la. Dah umur 10 tahun karang kalau tak reti-reti lagi harus kena rotan (rotan bukan cara kuno/kejam dalam mendidik anak, ia adalah sunnah, tapi bukan rotan sampai berbirat).

JULY 107

Solat pun nak pegang kereta, sabar ajelah.

JULY 108

Sejuk hati ibu. Doa ibu agar Hafiy Al-Fateh menjadi seperti Muhammad Al-Fateh yang komited dengan tahajud. (Eh, sejak bila aku jadi IBU?)

JULY 109JULY 110 

Dah tahu ada kamera, memang jadi macam tu lah dia.

As-solatu imaduddin. Solat tiang agama. Mengabaikan solat seolah2 mengabaikan kepentingan tiang dalam rumah kita. Kalau tak ada tiang mungkin tak sempat nak apa-apa pun dah roboh.

Ada orang kata, setiap apa bangsa atau agama di dunia ni, untuk berjaya adalah dengan agama dan kepercayaan. Tak kiralah agama apa. Saya rasa betul juga. Di mana2, construction bangunan, kedai2 milik orang Buddha, pasti ada tempat sembahyang mereka. Saya pernah tengok (gambar je) upacara masyarakat Hindu semasa membuka tapak sebuah bangunan. Apatah lagi orang Islam, kejayaan itu datang bila kita bersama-sama dengan Tuhan. “Haiyya alal falah”.

Saya rasa saya nak pegi ambil wuduk sekarang :D

Share Button

{ 10 comments… read them below or add one }