Amalan bulan puasa bagi ibu mengandung dan menyusukan anak ni mungkin sedikit berbeza dari orang-orang lain. Selain keadaan fizikal yang berbeza (ibu hamil), kekuatan, kelaratan, emosi juga tak sama macam orang-orang biasa.
Ibu mengandung misalnya, terutama yang di peringkat awal, kejap-kejap loya, kejap2 muntah, kejap2 pening… Ibu yang menyusukan anak pun, asyik lapar saja.
Saya berpengalaman berpuasa di bulan Ramadhan semasa mengandung, dan semasa menyusukan anak (mengandung anak kedua sekali semasa itu). Alhamdulillah, dipermudahkan. Semasa berpuasa while mengandungkan Hafiy bulan ke-9, saya dapat berpuasa penuh (kecuali selepas dia dilahirkan pada 24 Ramadhan). Larat ke sana sini, shopping, balik kampung, driving 2 hari sebelum Hafiy lahir tanpa sebarang masalah.
Cuma semasa mengandungkan anak kedua, Fahry, tidak dapat diselamatkan kerana hormon mengandung ditambah ‘kekeringan’ badan di bulan puasa menyebabkan penyusuan terhadap Hafiy terhenti seketika sebelum Fahry lahir 2 bulan selepas itu.
Tahun lepas, dengan menyusukan kedua2 anak saya, saya berpuasa penuh dan susu badan tidak mengalami kesusutan, alhamdulillah.
Sebenarnya, mengandung/menyusukan anak di bulan mulia ini adalah detik terbaik dalam mendekatkan diri kepada Allah, dan menikmati keistimewaan2 yang disediakan oleh-Nya kepada ibu2 hamil dan menyusu.
1. Kenikmatan untuk berpuasa penuh
Ibu hamil lazimnya tidak mengalami uzur (haid) jadi ada peluang untuk berpuasa penuh sebulan. Tak semua wanita, terutama yang mengalami haid secara tetap dapat peluang macam ni.
2. Kelebihan untuk membawa anak-anak kecil ke masjid
Biasanya di bulan puasa ni masjid lebih meriah, ramai orang datang bawa anak-anak kecil (terutama masjid yang besar2 contohnya Masjid Wilayah, Masjid Negara), jadi ibu menyusu anak yang nak menunaikan terawikh berjemaah boleh bawa anak2 sama ke masjid. Masa ni boleh belajar dan praktikkan solat sambil dokong baby, bagi baby2 yang jenis tak boleh letak.
Kalau di masjid wilayah, tak rasa janggal sebab ramai mak2 Arab dengan baby2 solat kat situ.
3. Peluang untuk berjimat dalam persiapan raya aidilfitri
Bila dah mengandung tu, nak merayap ke Jalan TAR pun tak larat. Nak tempah baju lawa2 pun rasa membazir, sebab bukan boleh pakai selalu. Duit yang ada tu ada baiknya simpan untuk persiapan sambut baby nanti.
Bagi ibu hamil dan menyusukan anak, ada rukhsah dalam berpuasa, yakni dibenarkan berbuka dalam keadaan2 tertentu, tapi BUKAN SEBAB PENAT, LAPAR, HAUS ya… sebab ini memang adat kebiasaan orang2 puasa memang rasa macam tu. Tak boleh suka2 taknak puasa atas alasan mengandung/menyusukan bayi.
Apa yang saya amalkan semasa mengandung dan menyusukan (tandem nursing) ialah:
1. Mengambil vitamin secara konsisten. Vitalea (multivitamin), b complex, vitamin c, ostematrix (kalsium), soy protein adalah vitamin ruji dalam hidup saya.
2. Mengambil Performance Drink 2 kali sehari – semasa sahur dan berbuka puasa.
3. Mengamalkan pemakanan sunnah untuk tenaga segera – tamar, zabit, etc.
4. Berdoa pada Tuhan semoga dipermudahkan perjalanan.
5. Yakin pada ketentuan dan takdir Allah, bahawa kita akan dapat apa yang kita usahakan, dan doa itu dapat mengubah takdir.
6. Berusaha memperbaiki amalan walaupun dengan hanya ‘doa dengan lebih kusyuk’.
Yang penting kita berusaha untuk memenuhi tuntutan ibadah, malah amat istimewa bagi ibu2 ni sebab dapat buat double ibadah, berpuasa, dan menyusukan, atau hamil. Pohonlah kekuatan dari Allah untuk melaksanakan semua tanggungjawab kita sebaik-baiknya.
Selamat Menyambut Ramadhan!
*Untuk memesan Performance Drink atau sebarang vitamin tambah susu untuk Ramadhan (vitamin lain pun bolehhh), hubungi saya di sauberlina[at]gmail.com.
Leave a Reply