Rumah itu Asset Atau Beban?

admin Avatar

Memang seronok argue dengan abiy tentang isu di atas. Yang sorang cakap asset, lagi sorang cakap liabiliti. Jadi modal untuk bergaduh pulak dah, haha. After long argument, we end up rumah can be BOTH.

Rumah yang anda duduk boleh jadi asset jika nilai rumah JAUH LEBIH tinggi daripada jumlah bayaran semula kepada bank. Contohnya beli rumah RM150,000 dengan 100% loan dengan fixed interest 5% untuk 30 tahun. By tahun ke-30, jumlah bayaran rumah (termasuk interest atau profit-ratio untuk loan islamic) jadi RM289,800.

Since rumah yang bagus biasanya akan naik sekali ganda setiap 10 tahun, by end of tahun ke-10 nilai rumah tu jadi RM300,000. Lepas tahun ke-20 nilai rumah naik kepada RM600,000. Tahun ke-30 pulak naik jadi RM1,200,000! Nilai RM1,200,000 tahun 2040 sama macam RM500,000 tahun 2010 (assume inflation 2.8%). Jika anda berminat untuk pencen di kampung, "simpanan CASH" ini bakal menjadi anda orang kampung paling kaya!

Namun, teknik ni hanya boleh di-applikasi jika memang dari awal lagi dah plan nak menghabiskan hari tua di kampung. Rumah yang dibeli dibandar hanya sekadar ‘transit’. Kalau ada cash boleh beli rumah atau tanah kat kampung sejak awal. Atau beli saja guna cash hasil jualan rumah tu tadi.

Kedua, bila purata kadar kenaikan gaji lebih tinggi daripada kadar kenaikan rumah. Ini membolehkan anda "DRAW" duit dengan refinance rumah tersebut BILA-BILA MASA. Guna contoh yang sama di atas, dengan refinance rumah RM150,000 tadi, anda boleh dapat sekurang-kurangnya RM150,000 CASH kalau refinance 100% loan dengan nilaian rumah RM300,000 lepas 10 tahun.

Namun perlu diingat juga yang hutang pun makin bertambah. Dan since umur pun semakin tua, tempoh pinjaman yang semakin pendek boleh mengakibatkan kadar bayaran bulanan yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Tapi kalau pakai duit RM150,000 tadi untuk pelaburan Tabung Haji, should not be a problem la kot.

Hujah rumah jadi beban, antaranya of course la the other side untuk keterangan di atas; nilai rumah tak berganda & ketidakbolehan untuk refinance sebab pendapatan yang agak flat (macam gaji mati gitu). Bare in mind that, pendapatan di sini bukan bermaksud gaji daripada kerajaan atau syarikat sahaja, tapi apa jua bentuk income yang anda dapat; eg. Nuffnang, Adsense, Sewa, MLM etc.

Rumah juga boleh jadi beban jika anda tak suka duduk situ dah lepas beberapa tahun memilikinya tapi masih perlu membayar juga sebab orang lain masih belum bersedia membelinya daripada anda (wah panjangnya ayat). Tak suka tu mungkin sebab banyak kes jenayah, maintenance yang teruk, rumah yang retak (especially kawasan tanah kambus) atau bau pusat kumbahan. Nak beli rumah lain kena tanggung 2 rumah la pulak.

Sebab tu urusan membeli rumah perlukan perhatian SUPER-SERIOUS. Never ever buy a house hanya sebab pemaju bagi diskaun (sebab dah tak laku), sebab kawan lain pun beli kat situ (maybe sebab dah kawasan tu je yang kawan tu tahu) atau sebab betul-betul bersebelahan dengan office sampai boleh jalan kaki je (kalau office tu nak relocate?).

Kedua, rumah yang kita duduk juga akan jadi beban bila dah stuck dengan bayaran bulanan bank, you have no room untuk buat pinjaman hartanah lain atau pun apa jua bentuk pinjaman bagi tujuan pelaburan. Ini kerana bank akan tengok berapa banyak komitment seseorang setiap bulan. Untuk pinjaman individu, kalau dah sampai 1/3 gaji habis untuk bayar hutang, memang payah sikit bank nak approve.

Sebab tu dari sudut pengurusan kewangan peribadi, menyewa lebih baik daripada duduk rumah sendiri sebab bank tak tengok itu sebagai komitment bulanan.

admin Avatar

2 responses to “Rumah itu Asset Atau Beban?”

  1. GreenLava Avatar

    Pada saya yang menentukan samada rumah itu set atau liabiliti ialah cashflow. Kalau tiap-tiap bulan kena bayar installment aje, tu dah masuk kategori liabiliti.
    Lainlah kalau rumah tu kita bagi sewa -kalau sewa lebih besar dari installment+maintenance >> aset.
    .-= GreenLava´s last blog ..Using custom-nonstandard fonts with Google font API =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu mcm robert kiyosaki bagitaw kan? To me, it’s more than that. mcm org mlayu cakap, sambil berenang minum air. sambil duduk buat duit. cam tu la
      .-= Mommy Lyna´s last blog ..Cara Tulis Cek =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge