5 Tempat Menarik WAJIB PERGI Di Switzerland

By | January 19, 2015

Switzerland adalah sebuah negara yang sangat damai dan cantik, hingga mendapat jolokan ‘drop of heaven on Earth’,  atau ‘heaven on Earth’. Sangat indah dan mengkagumkan hingga seseorang mampu merasakan “Tempat ini sangat cantik, tak tergambar dek kata-kata… gambaran syurga, tentu sekali langsung tidak dapat dibayangkan!”

Pertama kali ke Switzerland pada tahun 2012, membuatkan saya sering termimpi untuk ke sana lagi. Alhamdulillah, murah rezeki sekali lagi dapat jejak kaki di Switzerland pada Aidilfitri 2014 yang lalu bersama anak-anak.

Negara ini unik sekali, dengan 4 bahasa rasmi : Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Roman. Biasanya kawasan yang bersempadan dengan negara berkenaan akan menggunakan bahasa negara tersebut. Misalnya Geneva bersempadan dengan Perancis menggunakan Bahasa Perancis, dan Zurich bersempadan dengan Jerman menggunakan Bahasa Jerman. Penggunaan bahasa n termasuklah percakapan dan papan tanda. Walau bagaimana pun, kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris.

Switzerland ada penerbangan terus ke negara Timur Tengah seperti Oman, Qatar, UAE, Tunisia dan sebagainya.. jadi ramai pelancong Arab di Switzerland.

Destinasi pilihan di Switzerland untuk menikmati pengalaman yang sangat indah:-

1. Zurich

Bandar yang mendapat jolokan ‘the most liveable city’, adalah hab kewangan di sini. Walaupun Zurich adalah bandar terbesar di Switzerland, tapi ia cuma ada 390,000 penduduk (berbanding KL, 1.6 juta, dan Jakarta 20 juta!). Bayangkan sebuah bandar seperti di Miri, Sarawak yang damai.

DANNY ZURICH SWISS

Di atas ni gambar Danny masa baby di kota Zurich. Musim bunga, cuaca cerah, siang yang panjang… masa yang sangat sesuai untuk stroll around bandar ni bersama keluarga.

MESTI PERGI DI ZURICH

Banyak tempat nak pergi, tapi kalau masa yang singkat, pastikan pergi ke tempat-tempat ni di Zurich:

Old Town

Bandar lama Zurich yang berusia lebih 2000 tahun. Di negara-negara Eropah, melawat Old Town salah satu perkara yang mesti masuk dalam list.

Bahnhofstrasse

Untuk kaki shopping, shopping street ni menawarkan macam-macam benda untuk dishoppingkan. Lokasinya cuma di sebelah Zürich Hauptbahnhof (train station).

Lindenhof

Bukit kecil di Zurich untuk mendapatkan pemandangan panorama kota Zurich, bukit-bukitnya, tasiknya… cuma jalan kaki saja dari Old Town.

2. Geneva

Geneva dikenali sebagai ‘city of peace’.. memang sangat tenang, damai dan aman.  Pertama kali kami tiba di Geneva di waktu tengah malam. Dengan barang, dengan baby, dengan sesat, warga Geneva membantu kami balik ke hotel. Di waktu tengah malam itu, beberapa keluarga masih tolak stroller bawa baby jalan-jalan. Kutu-kutu lepak, tak ada.

Geneva terkenal sebagai HQ  pertubuhan antarabangsa seperti PBB, WHO dan macam-macam lagi. Lebih 200 pertubuhan kemanuasiaan beribu pejabat di Geneva.

MESTI PERGI DI GENEVA

Banyak tempat nak pergi, tapi kalau masa yang singkat, pastikan pergi ke tempat-tempat ni di Geneva:

Old Town

Landmark di Old Town ni adalah St Peter Cathedral, ada macam-macam kedai antik di sini.

Jet d’eau

Pagi-pagi kami dah tunggu di tepi Tasik Geneva untuk menyaksikan air pancut setinggi 140 meter ni di sini.

JET D'EAU

Jet d’eau ditutup untuk maintenance pada bulan November, semasa angin kuat, dan musim winter bila tasik jadi beku.

3. Bern

Apakah ibu negara Switzerland? Zurich? Geneva? Jawapannya adalah Bern.

Bern umpama sebuah bandar dalam kisah dongeng puteri raja.. sangat cantik dan indah, dengan sungai hijau yang mengalir di celah-celah kotanya.

BERN SWITZERLAND

MESTI PERGI DI BERN

Banyak tempat nak pergi, tapi kalau masa yang singkat, pastikan pergi ke tempat-tempat ni di Bern:

Old City of Bern

Bandar lama Bern ni disenaraikan dalam UNESCO World Cultural and Heritage Site.

Zytglogge

Zytglogge adalah menara jam yang menjadi main attraction di Bern. Ia pernah jadi pintu masuk utama ke Bern pada kurun ke-10 hingga kurun ke-11.

Einsteinhaus

Rumah Einstein! Jangan lupa bawa anak datang sini, ambil aura Einstein, hehe.

4. Interlaken

Ada lebih dari 40 puncak yang memiliki ketinggian melebihi 4000 meter di Switzerland. Yang tinggi-tinggi terdapat di Zermatt, seperti Monte Rosa, Signalkupe, Matterhorn… tapi Jungfraujoch (sebutannya Yu-fro-yoh) biasanya menjadi destinasi percutian pilihan kebanyakan orang. Interlaken menawarkan lebih banyak pilihan pemandangan yang lebih mengkagumkan!

MESTI BUAT DI INTERLAKEN

Main salji! Nak dapatkan pemandangan di lembah desa samada di Grindelwald, Lauterbrunnen, Murren dan sebagainya, boleh dapat banyak kali di Switzerland. Jangan lepaskan kesempatan naik ke puncak Jungfrou dan rasai salji yang lembut di sana.

5. Lucerne

Bandar yang rileks dan di sini boleh menikmati the whole Switzerland. Penduduknya tak ramai, tempatnya sejuk.. tenang, damai. Banyak kali dok ulang tenang, damai ni ya.

MESTI BUAT DI LUCERNE

Cruise di Tasik Lucerne.. cara terbaik untuk nikmati dan rasai… cicipi keindahan Switzerland… dari sini kita boleh nampak Pilatus, Rigi dan Stanserhom. Angin tasik ni sangat sejuk, kalau tak tahan sila pakai sweater.

Itulah antara 5 top tempat yang mesti pergi di Switzerland. Di Negara ni paling senang naik train. Dapatkan Swiss Pass untuk kemudahan perjalanan. Kalau hanya ada masa yang singkat, boleh ambil train sightseeing seperti Glacier Express, Bernina Express, Wilhelm Tell Express dan GoldenPass.

Selamat bercuti di Switzerland!

26 thoughts on “5 Tempat Menarik WAJIB PERGI Di Switzerland

  1. Sarah Harun

    Assalamualaikum along..
    Nak tanya..how old was Danny masa pegi swiss haritu? Masa Along naik Jungfrau tu byk x parents with babies, not small babies but 1-2 yo. Baca forums mostly ckp not advisable. And lg satu..rasanya perlu ke winter boots especially for kids kalo main kat jungfrau/ mana2 tempat salji kat swiss tu time winter? Thanks along..sorry byk plak soalan tetiba.

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam Sarah,

      Danny 1 tahun 3 bulan tp masa tu belum naik jungfrau lagi. dia 3 thn br naik. masa kami pegi tu takde baby pun, paling kecik anak2 kitorang je kot.

      winter boots, kalau nak selesa, better ada. lagipun nk jalan2 kalo hujan.. sejuk kejung nanti kesian diorang. budak2 kitorang takde pun winter boots hehe.

      Reply
  2. maizira

    Salam kak, tq 4 the info. Sy nk tanye naik glacier express train. Boleh bawa beg besar ke masa naik train tu@ada tmpt khas dlm train. Ke kena drop bag? Sy plan naik train dr chur ke brig. Tqvm 4 ur response.

    Reply
    1. admin Post author

      salam mai, kitorang bawak satu beg je, masuk je dalam. kalau banyak beg ada tempat drop kot, tak sure pasal tu 🙂

      Reply
      1. mai

        Update: ada tmpt letak beg besar dlm train glacier express. Lupe nak ambil gmbr.

        Reply
  3. eliza

    as salam
    sy nk tanya…sy akan ke swiss bln 8 ni
    2hari je…berbaloi ke tak nak beli swiss pass?
    tgh blur nk buat itinerary…rs mcm semua tempat nak pegi 😅😅😅

    Reply
  4. Shaf

    Salam, saya ade dkt lucerne utk beberapa hari jadi boleh x sy nk tnya dkt mna nk cari kedai makan yg halal dkt sini

    Reply
    1. admin Post author

      salam Shaf, dekat2 dengan hotel ibis Budget ada satu kedai jual kebab halal. di lucerne ada beberapa restoran india yang jual makanan halal.

      Reply
  5. Radhi

    Salam,

    Kalau 3 hari 2 malam, cukup tak masa nak pergi ke tempat yang dicadangkan tu. Dan berbaloi tak kalo ambil swiss pass utk 3 hari shj.

    Reply
    1. admin Post author

      Salam Tuan Radhi,

      3 hari 2 malam cukup je, tapi cukup2 utk touch-and-go je lah mungkin. Tak sempat nak experience sgt.

      Swiss Pass ada yang utk 3 hari.

      Reply
  6. ayu

    Assalamualaikum,

    Sis, terima kasih atas perkongsian. Saya akan ke Davos bulan April ni. Ada beberapa soalan nak tanya ;):
    1. Nak tanya experience Sis di Zurich airport. Mereka benarkan tak kita bawa food dr M’sia? Cth makanan dalam tin dan sbgnya.
    2. Senang tak nak cari restoren halal?
    3. Saya akan menghadiri conference di Davos selama 6 hari. Saya hanya free untuk pergi ke mana2 pada
    – hari kedua (full day)
    – hari ketiga (half day)
    -hari keempat (full day)
    Saya sudah pun mendpt free Davos Guest card yg boleh digunakan di Davos sahaja.
    Berbaloi kah saya utk membeli Swiss travel pass?

    Terima kasih 🙂

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam Ayu

      1. makanan boleh je masuk Europe
      2. Restoran halal boleh tgk sini sebagai panduan ==> bit.ly/1QmfGYj
      3. kalau banyak tempat nak pegi & attraction nak masuk, berbaloi je. cuba la check your itinerary & compare dgn if beli tickets 🙂

      harap membantu ya!

      Reply
      1. ayu

        Assalamualaikum Sis,
        Saya nak tanya tentang Swiss Travel Pass. Kat mana kita boleh beli pass ni. Mudah tak nak access?
        Saya ada terbaca boleh beli online..then pick up dekat airport. Betul ke?
        T.kasih.

        Reply
  7. wan

    Salam kak.

    saya akan pegi swiss untuk 4 hari 4 malam. Pergi bertiga. Mana lagi worth? sewa kereta or beli swiss pass?

    Plan macam nak drive tapi risau jugak takot x biasa left handed driving. Just need IDP je kan if nak drive around? ke perlu amek international licences?

    Thanks in advance kak for your help.

    Reply
  8. nur yusuf

    Assalamualaikum.. keyword search Jungfrau bersama anak-anak’ bawa saya ke entri ini. Tq utk perkongsian. Pening juga nak plan itinerari ke swiss.. teringin nak naik sampai jungfraujoch tp tengok tiket mahal sangat. fuh!tapi kalau tak pergi rasa rugi plak.. huhu
    nur yusuf´s menulis tentang ..5 perkara wajib buat di ParisMy Profile

    Reply
  9. Sue

    Salam, thanks to ur article..sgt membantu.. sy nak kesane march nanti, nak tanye kalau penginapan kat zurich tu mcm mane ye? Better ambik airbnb mcm homestay atau pon hotel
    Sy bwk 3 org anak2 kecik..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge