Mengembara ke Amerika Selatan

By | January 19, 2015

Bila saya beritahu kawan-kawan (terdekat) yang saya baru balik dari Amerika Selatan, majoriti akan tanya soalan ni “Tak bahaya ke???”. Saya sengih je. Sebab itulah juga yang bermain di fikiran saya sebelum jejak kaki ke bahagian bumi di sebelah sana tu.

Maklumlah, kita mungkin jarang dapat pendedahan tentang South America. Kalau tengok filem Hollywood tu, benda jahat-jahat tu semua dari bahagian selatan la kan. Secara tak langung, dalam minda kita mungkin anggap seluruh Amerika Selatan tu bahaya.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Dah lama plan sebenarnya. Walaupun 2-3 hari sebelum bertolak saya rasa macam nak cancel saja trip tu, kerana tak ready mentally. Rasa macam overwhelm dengan macam-macam perasaan. Tapi, dengan takdir Allah… sampai juga kami.

SOUTH AMERICA

Negara yang kami jelajahi dalam trip ini adalah Chile, Colombia, Bolivia, Peru, Brazil, Argentina dan Uruguay.

Perjalanan bermula pada 25 November 2014, dari KUL (KLIA) ke CDG (Paris). Kami transit sekejap di Paris, mengunjungi Christmas market di Champ de Elysee, sebelum menaiki penerbangan ke Madrid, Sepanyol dan seterusnya ke Santiogo, Chile.

Sepanjang trip ni memang banyak tidur dalam kapal terbang. Dari KL ke Paris 12 jam, dari Madrid ke Santiago pun 12 jam. Untungnya tidur dalam penerbangan ni, sedar-sedar dah sampai. Sepanjang trip tu pun banyak kali tidur dalam kapal terbang. Jimat duit penginapan 😀

Pertama kali jejak kali di Chile, memang rasa berdebar dan takut. Tapi sebenarnya, orang-orang Chile sangat baik hati. Peramah, dan suka menolong, walaupun mereka tak faham Bahasa Inggeris. Di sini mereka bercakap dalam Bahasa Sepanyol (kecuali Brazil, bahasa Portugis). Nak tak nak terpaksalah guna kemahiran berbahasa Sepanyol saya yang diceduk dari drama Rosalinda dan Juana ni. Hehe, siapa kata tengok telenovela tak ada manfaat?

Pengalaman yang sangat menarik sepanjang berada di Amerika Selatan… Ketakutan saya pada anjing (anjing besar-besar, bebas bersiar-siar di jalanan…), altitude sickness, makanan mereka, layanan mereka, kekeguman mereka terhadap tudung saya… terlalu menarik, terutama di bahagian pedalaman.

Sepanjang pengembaraan ini, kami berjumpa juga dengan sepasang pelancong Malaysia. Kami dalam satu kumpulan semasa melawat Machu Picchu di Peru. Saya masih ingat lagi tahun lepas, saya belek majalah Going Places (majalah MAS), ada coverage tentang Machu Picchu. Bila tengok lokasinya di ‘the other side of the globe’, terus rasa “Jauhnya, macam tak mungkin aku boleh sampai ke sini”.

Namun takdir Allah, sampai juga saya ke Machu Picchu.

Insya-Allah saya akan ceritakan pengalaman di setiap negara yang kami jelajahi dalam entry-entry yang berikutnya nanti.

Sebenarnya ini adalah trip 2-dalam-1. Selepas Amerika Selatan, kami sambung jelajah Eropah – Madrid (Sepanyol), Munich (Jerman), Innsbruck (Austria), Copenhagen (Denmark), Bergen (Norway), dan persinggahan sebelum balik ke Malaysia, Paris (Perancis). Genap 13 negara, 2 benua dalam masa 30 hari.

8 thoughts on “Mengembara ke Amerika Selatan

  1. maizira

    Salam kak, nice experience…bile nk dtg afrika selatan pulak? Hihi…nice view

    Reply
  2. zaharani

    Bestnyer…. travel nih sendiri2 backpackers ker thru travel agent?

    Reply
  3. Jue

    salam, boleh tak minta email sebab nak tanya lebih lanjut untuk trip 2-dalam-1. Selepas Amerika Selatan, kami sambung jelajah Eropah – Madrid (Sepanyol), Munich (Jerman), Innsbruck (Austria), Copenhagen (Denmark), Bergen (Norway), dan persinggahan sebelum balik ke Malaysia, Paris (Perancis). Genap 13 negara, 2 benua dalam masa 30 hari.
    Terima kasih

    Reply
  4. Juristiawan Fitriansyah

    Berapa total pengeluaran untuk pesawat Pulang Pergi dari KL ke South America….
    Mohon di-share….
    Terima kasih…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge