20 Juta Lebih Murah Dari 20 Ribu?

admin Avatar

Bila Erra Fazira membuat kenyataan satu ketika dulu bahawa majlis perkahwinannya dengan Engku Emran bakal berlangsung dengan penuh sederhana… kemudian di hari perkahwinan macam meriah dengan bunga api segala, ada suara-suara yang berkata

“Sederhana apa namanya macam tu?”
“Kata nak besederhana tapi meriah je jugak”
“Ingatkan nikah kat masjid je”

Sampaikan Erra dan suaminya terpaksa menjawab kepada media tentang complaint2 sebegitu.

Apakah besederhana itu sebenarnya?

Memetik kenyataan dari Engku Emran (yang saya olah sendiri), katanya sederhana tu bergantunglah kepada keadaan ekonomi seseorang. Apa yang mereka dah laksanakan itu dah cukup sederhana buat mereka.

Bila bercakap soal kesederhanaan dalam hidup, susah sebenarnya untuk kita buat interpretasi. Misalnya majlis perkahwinan Putera William dianggarkan dalam 20-30 juta pound, tapi itu cuma sebahagian kecil dari harta benda kekayaan mereka. Tapi bagi kita jumlah tu memang sesuatu yang gila untuk dibelanjakan untuk majlis kahwin.

Sebab kita biasanya nampak wang tu dalam bentuk jumlahnya, bukan peratusannya.

Antara majlis kahwin anak taiko bisnes yang makan belanja 12 juta dengan majlis kahwin anak pekerja biasa yang makan belanja 12 ribu, memanglah nampak yang 12 juta tu gila tak bersederhana (walaupun tuannya duk kata “majlis sederhana je”).

Belanja 12 juta, tapi incomenya tiap-tiap bulan 30 juta.. yang belanja 12 ribu tu, nak kumpul 12 ribu kena tunggu 2 tahun baru cukup. Jadi, kat sini siapa yang banyak belanja sebenarnya?

admin Avatar

13 responses to “20 Juta Lebih Murah Dari 20 Ribu?”

  1. fid Avatar

    masalahnya kan yang belanja 12 ribu tu cuba nak ikut rentak 20juta tu masalahnyaaa
    uhuks..ai kawen biasa2 je…15k je langsai

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahaha itula dia. Kita dok kata belanja 20 juta membazir, berlebih2, blablabla, bg dia kot celah gigi ja 20 juta. Yg 20 ribu siap meminjam nk wat kenduri besaq… Ohhh tidak berlebih (sory bukan nk kata sapa, sekadar contoh perbandingan)

  2. fid Avatar

    itu la kan….kalau celah gigi kalau mcm habuk tepis2 je lagi hahahhahaa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ihihihih. 20 juta je? uuhh murahnyaaaa

  3. yatie chomeyl Avatar

    yg banyak belanja itu ialah mereka dan keluarga mereka kui3x

  4. kinna Avatar

    ukur baju (raya) di badan sendiri!

  5. FIKRI91 Avatar

    sederhana ikut poket masing2 r…
    masing-masing ada makna trsendiri

  6. eliss Avatar

    buat sekadar termampu jangan duk meminjam, nak2 yang meminjam kat bank, anak 5 belum habes bayar..hehehehe

  7. mamaNoriz Avatar

    owh, wedding sya sgt simple…
    mmg betul sederhana ikut ekonomi kami yg ciput je…yg penting niat tu sampai kan…

  8. Shahrul Avatar

    Dia org belanja 20juta tu gaji setengah bulan kot.
    Bagi kebanyakan org, belanja 20ribu tu gaji setahun.
    Sangat jauh bezanya.

  9. MET Avatar

    betul la tu. sama la juga ceritanya orang yang pakai kereta mewah dengan tak mewah. cthnya gen2 lebih sederhana banding orang yang pakai BMW…tapi yang sorang 30% daripada commitment, yang sorang lagi tak sampai pun 5% (pakai BMW).huu.

    mari check percent masing2..hee.

  10. zack Avatar

    Sekarang ni nikah tak ikut sayariat Islam. sekarang ni ikut hati & kebongkakan 🙂

  11. SHIMA Avatar

    uii 20 juta tu..blh simpan buat pencen..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge