Bila Erra Fazira membuat kenyataan satu ketika dulu bahawa majlis perkahwinannya dengan Engku Emran bakal berlangsung dengan penuh sederhana… kemudian di hari perkahwinan macam meriah dengan bunga api segala, ada suara-suara yang berkata
“Sederhana apa namanya macam tu?”
“Kata nak besederhana tapi meriah je jugak”
“Ingatkan nikah kat masjid je”
Sampaikan Erra dan suaminya terpaksa menjawab kepada media tentang complaint2 sebegitu.
Apakah besederhana itu sebenarnya?
Memetik kenyataan dari Engku Emran (yang saya olah sendiri), katanya sederhana tu bergantunglah kepada keadaan ekonomi seseorang. Apa yang mereka dah laksanakan itu dah cukup sederhana buat mereka.
Bila bercakap soal kesederhanaan dalam hidup, susah sebenarnya untuk kita buat interpretasi. Misalnya majlis perkahwinan Putera William dianggarkan dalam 20-30 juta pound, tapi itu cuma sebahagian kecil dari harta benda kekayaan mereka. Tapi bagi kita jumlah tu memang sesuatu yang gila untuk dibelanjakan untuk majlis kahwin.
Sebab kita biasanya nampak wang tu dalam bentuk jumlahnya, bukan peratusannya.
Antara majlis kahwin anak taiko bisnes yang makan belanja 12 juta dengan majlis kahwin anak pekerja biasa yang makan belanja 12 ribu, memanglah nampak yang 12 juta tu gila tak bersederhana (walaupun tuannya duk kata “majlis sederhana je”).
Belanja 12 juta, tapi incomenya tiap-tiap bulan 30 juta.. yang belanja 12 ribu tu, nak kumpul 12 ribu kena tunggu 2 tahun baru cukup. Jadi, kat sini siapa yang banyak belanja sebenarnya?
Leave a Reply