Baby Danny adalah sangat kuat menyusu. Alhamdulillah, memang itu yang saya (dan Paed-nya) inginkan.. kerap menyusu, kerap poo-poo dan buang air kecil so that bilirubin dalam tubuhnya dapat discaj melalui bahan kumuh tersebut. Jadi tak adalah kena jaundis. Syukur, Baby Danny tak ada jaundis. Anak-anak saya yang diberi susu ibu, Hafiy pun tak ada jaundis, Fahry yang premature kena jaundis 3 hari masa di SCN.
Susu saya memang tak ada sebelum bersalin, lepas bersalin pun, hari ketiga baru ada. Tapi saya tak panik… mungkin sebab dah ada pengalaman, tapi yang saya rasa paling membantu adalah para jururawat dan pakar kanak-kanak di Prince Court.
Saya menyusukan Danny semasa dalam labour room, sebelum beliau dibersihkan lagi. Masa tu memang jangan haraplah nak ada susu, tapi penyusuan kali pertama itu adalah paling penting dalam detik2 hidup seorang manusia. Kenapa?
- Hisapan pertama itu dia belajar “Ohhh kena hisap kuat-kuat baru dapat susu”. Hisapan pertama itulah yang paling kuat dalam hidupnya.
- Kalau hisapan pertama tu dia dapat dari botol susu, alangkah ruginya sebab hisapan pertama dia, dia rasa “Ohhh senang je nak minum susu rupanya… sedut sikit dah keluar” -puting botol- sedangkan susu ibu, terutama kolostrum tak macam tu. Kolostrum tak mengalir pun.
Selepas saya susukan, nurse bawa Danny ke nursery untuk mandi dan saya disorong masuk ke wad. Suami saya pulak gelabah “Eh, derang bawa baby pegi nursery tu kang dia kasik susu FM pulak!”. Saya kata pada dia “Taklah… kan dah beritahu nak breastfeed, diorang takkan kasik FM”.
Saya lepas bersalin tu memang tak larat sangat2. Baring tak boleh gerak2. Mungkin sebab siang hari sebelumnya dok aktif menyental lantai dan jalan-jalan sana-sini. LOL. MORAL : banyak2 la berehat di akhir pregnancy.. Penat hooo!!!!
Bila nurse masuk je terus tanya “Baby saya tak feeding time lagi ke?” Hehe, cuak jugak sebenarnya kang derang buat2 lupa pegi kasik FM ke pulak. Lepas tu terus baby Dany dibawa kepada saya. Dah comel pakai baju siap bertopi.
Lepas tu memang takde kerja lain, minum susu… minum susu… minum susu…
Kadang2 perangai baby yang macam gini membuatkan maknye rasa susah hati “Aku ni tak banyak susu ke.. baby asik minum je ni.. dia tak kenyang ke?” Jangan risau puan-puan, ini memang biasa.. malah sangat bagus bila baby kerap menyusu, untuk stimulatekan susu badan. Dan memang lumrahlah awal2 kelahiran susu takde lagi… Lagipun baby menyusu ada macam2 ragamnya. Ada yang minum-minum-minum..stop. Ada yang minum-stop-minum-stop. Alah.. dalam pantang bukan buat ape pun (tapi saya dah buat macam2 uhuhu), so enjoy the moment je lah…
Dr Anthony pula sangat best. Datang je mesti tanya “BF OK? Susu tak ada lagi kan? Jangan risau.. biasa la minggu pertama susu belum ada… baby pun akan turun berat.. just keep on BF ya supaya dia tak kuning”
Lepas 3 hari, kami balik umah (lepas confirm tak kuning). Kat rumah, mak saya ada. Kali ni 100% urusan baby saya yang buat. Sebabnya.. masa zaman Hafiy dulu mak saya cebokkan & mandikan dia.. ye lah takde pengalaman.. lepas tu macam2 lah… Poo-poo BF babies kan tak sama dengan FF babies.. so bila najisnya kuning berbiji-biji, atau cair sangat, hijau ke.. mula la orang2 tua kata anak kita sakit perut. Lagi2 dengan si Hafiy yang 24 jam menangisss aje.
Syukur Baby Danny tak ada perangai gitu. Ukk ekk time lapar je 😀
Seminggu lepas dilahirkan tu, Baby Danny ada check up dengan dr Anthony. Bila timbang, berat dia 3.13kg, naik dah daripada lahir 2.78 kg.
Bila masuk jumpa Dr Anthony, dia kata “Baby OK.. everything fine cuma satu je.. KENAPA BERAT DIA NAIK BANYAK SANGAT?” Uikkk. Katanya lagi “BF babies should lose weight masa minggu pertama, & lepas tu baru naik sikit2”.
Lepas tu dia sambung lagi “You breastfeed kan? Ke ada CURI-CURI BAGI FORMULA?”
Kami sengih ajelah. Tapi memang best la (bagi kami) benda2 dia cakap yang saya caps & bold tu. Sampai ke sudah beliau duk menggeleng tengok graf berat si Baby Danny.
Alhamdulillah. BABY SHAKLEE la katakan 😀
Lepas seminggu Mak saya duk dengan saya, sambil2 nak hantar dia balik kampung, kami pun balik sama akikah Baby Danny. Majlis kecil-kecilan je.. tak ada berendoi ke apa-apa. Alhamdulillah, dah tertebus sudah si Baby Danny. Hari tu jugak kami gondolkan kepalanya.
Lepas selesai semua, kami balik KL semula. Terkejut juga makcik2 ku.. “Naik kereta tak sakit pinggang ke?”. … “OK je, makan Shaklee” 😛
Now dah 2 minggu usia Danny. Syukur beliau sihat. Saya pun sihat. Cuma penat sikit. Maklumlah tak ada pembantu, mujur ada adik saya meneman. Itu pun dia nak gi kerja dengan pakcik di Shah Alam. Pinjam kejap 🙂
Semoga Danny al-Firas jadi anak yang soleh, sihat, bijak, pintar dan dijauhkan dari perkara2 buruk dan dosa. Ameen.
Minum susu banyak2 biar cepat besar 😀 Kata tukang urut dia, badan Dany keras, dah pandai alihkan badan sendiri. Wowowow, baru 2 minggu nak, bawak2 bersabar, tau la Baby Shaklee 😀
Leave a Reply