Unit Trust/ Mutual Fund/ Amanah Saham secara umumnya merupakan cara paling mudah nak buat duit daripada capital market (bond, saham, warrant etc). Saya katakan mudah sebab:
- Dengan modal yang sedikit anda dah boleh diversify ke semua asset/market yang dilaburkan. Contohnya, tak banyak private investor yang main bond market sebab setiap blok memerlukan RM10-50juta minimum.
- Anda boleh jimat duit beli buku atau attend seminar nak tahu macam mana orang lain dapat banyak untung from pasaran saham directly daripada tak tahu apa pada mulanya. Penjimatan ini anda boleh gunakan beli tudung atau baju kurung baru untuk hari raya!
- Anda boleh jimat masa baca bahagian business dalam surat khabar setiap hari (kecuali Ahad). Justeru, anda boleh habiskan masa membaca bahagian hiburan untuk tahu trend-trend fashion artis terkini. Oh, anda juga boleh spend time dengan anak-anak & suami!
- Anda tak perlu salahkan diri sendiri jika sesuatu yang tak berapa best berlaku dengan simpanan anda. Dalam banyak-banyak sebab, ini yang paling saya suka sebab I’m always right! Anything happen to me, that must be sebab someone else’s fault.
Dengan empat criteria ini, Unit trust tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Kerajaan atau owner stock exchange sangat suka unit trust sebegini. Sebabnya, duit-duit inilah yang boleh membawa kecairan (liquidity) dalam pasaran saham tempatan. Kalau tak cukup liquidity, orang luar Negara takkan suka melabur atau meng-trade saham-saham kita. Jika itu berlaku, duit yang masuk dari luar Negara akan drop significantly dan Bursa Malaysia pun tak banyak untung.
Akhirnya ekonomi kita mungkin dianggap kurang memberangsangkan (sebab nowadays, org suka benchmark ekonomi drpd prestasi pasaran saham).
Jadi, adakah anda boleh buat duit daripada unit trust?
Jawapannya, tentu boleh!
Cuma, anda masih perlu tahu serba-sedikit selok belok ekonomi dunia. Jangan terlalu percayakan fund manager, sebab mereka juga makan gaji seperti anda. Kalau prestasi bagus pun, mostly sebab prestasi pasaran saham secara umumnya baik. Tak pernah lagi saya dengar pasaran saham dunia merosot 50% tapi unit trust syarikat nih boleh untung even 1%. Unit Trust US pun sama ja, bukan bagus sangat pun.
On the other hand, ASB/Tabung Haji takkan mampu nak berikan pulangan tinggi selepas krisis atau pun masa ekonomi tengah boom sebab mereka banyak bergantung kepada dividen berbanding harga saham. They don’t care harga saham naik atau turun asalkan syarikat pegangan mereka boleh bayar dividen yang mereka mahukan. If you care about the price gain, get out of ASB during crisis and join market rally (beli saham directly atau thorugh unit trust).
Jika anda betul-betul serious nak buat duit dengan unit trust, anda masih perlu tahu which stock/market & when to buy/sell. Sebagai contoh, anda pun tahu ekonomi US sekarang hancur lebur, tinggal China/India je yang mungkin survive sebab rakyat ramai. Jika anda percaya ekonomi mereka bakal berkembang pesat (like it used to be), belilah fund yang banyak melabur ke sana, sejak semalam.
Lagi satu contoh, rakyat Malaysia sendiri tak tahu ekonomi Negara kita ni bakal menjunam atau masih boleh survive setahun dua ni. Mungkin sebab semua rakyat Malaysia percaya Negara kita takkan terkecuali daripada kejatuhan ini, banyak harga-harga saham blue chip jatuh teruk. Jika anda percaya ekonomi kita tak seteruk mana (tengok orang makan McD or shopping KLCC ramai je lagi), then belilah dana yang melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia.
Senang kan? Again, anda masih perlu buat homework.
Bagi saya, anda perlu focus kepada ‘growth’ jika anda nak melabur dalam unit trust dan bukan kepada dividen. Sebabnya, pulangan dana dividen macam ‘income fund’ tak banyak. Lebih baik anda simpan dalam ASB or Tabung Haji je, almost zero risk lagi tu.
Dan masa yang paling sesuai untuk melabur dalam ‘growth fund’ ialah masa krisis ekonomi. Sound crazy but its true. Sebabnya, time macam ni, banyak harga saham jatuh teruk. In return, harga seunit untuk dana tersebut juga jatuh teruk. Once ekonomi dah recover & syarikat pun dah makin maju, harga saham mereka akan naik melonjak-lonjak; boleh grow double dalam masa 2-3 tahun.
Anda tak perlu risau jika syarikat yang mereka laburkan berkemungkinan muflis. Sebabnya, kebanyakan syarikat yang mereka laburkan dalah blue chip macam Sime Darby, UMW, TM etc. Mereka takkan berani sangat melabur dalam company yang berisiko tinggi sebab taknak prestasi mother company mereka tercemar. Lebih mudah bagi mereka salahkan kegawatan ekonomi secara umum daripada tersalah beli saham secara khusus.
Walaupun tak mustahil untuk syarikat gergasi ini untuk jatuh muflis, kebarangkaliannya sangat rendah. Lebih-lebih lagi kerajaan/PNB/KWSP sendiri ada pegangan saham dalam syarikat tersebut.
If you notice, process kalau betul-betul nak buat duit from unit trust largely depend on your knowledge tentang ekonomi, pasaran saham & prestasi syarikat. Sebab tu, over the years, I prefer invest sendiri; boleh jimat management fees. But if you are not ready tapi nak grab this golden opportunity, unit trust is the way to go.
Tapi, if you prefer do nothing but want more money, stick with ASB/Tabung Haji. Sebab tu kadang-kadang banker will advice you “simpan dalam ASB je la” kalau anda tanya produk trust fund mereka. It happens to me too. Mereka assume 4-7% return is good enough for you, so you need more savings to get more money.
*p/s: knv, hope u satisfied susulan from your previous comment.
Leave a Reply