Unit Amanah Saham: Panduan Ringkas Super Padat

by Mommy Lyna on May 26, 2009 · 30 comments

Subscribe
Bookmark and Share
Bookmark and Share
We noticed that you've been visiting MySuperKids regularly. Drop a comment or two so that we can be friends. Btw, have you subscribe to My RSS Feed?

Unit Trust/ Mutual Fund/ Amanah Saham secara umumnya merupakan cara paling mudah nak buat duit daripada capital market (bond, saham, warrant etc). Saya katakan mudah sebab:

  1. Dengan modal yang sedikit anda dah boleh diversify ke semua asset/market yang dilaburkan. Contohnya, tak banyak private investor yang main bond market sebab setiap blok memerlukan RM10-50juta minimum.
  2. Anda boleh jimat duit beli buku atau attend seminar nak tahu macam mana orang lain dapat banyak untung from pasaran saham directly daripada tak tahu apa pada mulanya. Penjimatan ini anda boleh gunakan beli tudung atau baju kurung baru untuk hari raya!
  3. Anda boleh jimat masa baca bahagian business dalam surat khabar setiap hari (kecuali Ahad). Justeru, anda boleh habiskan masa membaca bahagian hiburan untuk tahu trend-trend fashion artis terkini. Oh, anda juga boleh spend time dengan anak-anak & suami!
  4. Anda tak perlu salahkan diri sendiri jika sesuatu yang tak berapa best berlaku dengan simpanan anda. Dalam banyak-banyak sebab, ini yang paling saya suka sebab I’m always right! Anything happen to me, that must be sebab someone else’s fault.

Dengan empat criteria ini, Unit trust tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Kerajaan atau owner stock exchange sangat suka unit trust sebegini. Sebabnya, duit-duit inilah yang boleh membawa kecairan (liquidity) dalam pasaran saham tempatan. Kalau tak cukup liquidity, orang luar Negara takkan suka melabur atau meng-trade saham-saham kita. Jika itu berlaku, duit yang masuk dari luar Negara akan drop significantly dan Bursa Malaysia pun tak banyak untung.

Akhirnya ekonomi kita mungkin dianggap kurang memberangsangkan (sebab nowadays, org suka benchmark ekonomi drpd prestasi pasaran saham).

Jadi, adakah anda boleh buat duit daripada unit trust?

Jawapannya, tentu boleh!

Cuma, anda masih perlu tahu serba-sedikit selok belok ekonomi dunia. Jangan terlalu percayakan fund manager, sebab mereka juga makan gaji seperti anda. Kalau prestasi bagus pun, mostly sebab prestasi pasaran saham secara umumnya baik. Tak pernah lagi saya dengar pasaran saham dunia merosot 50% tapi unit trust syarikat nih boleh untung even 1%. Unit Trust US pun sama ja, bukan bagus sangat pun.

On the other hand, ASB/Tabung Haji takkan mampu nak berikan pulangan tinggi selepas krisis atau pun masa ekonomi tengah boom sebab mereka banyak bergantung kepada dividen berbanding harga saham. They don’t care harga saham naik atau turun asalkan syarikat pegangan mereka boleh bayar dividen yang mereka mahukan. If you care about the price gain, get out of ASB during crisis and join market rally (beli saham directly atau thorugh unit trust).

Jika anda betul-betul serious nak buat duit dengan unit trust, anda masih perlu tahu which stock/market & when to buy/sell. Sebagai contoh, anda pun tahu ekonomi US sekarang hancur lebur, tinggal China/India je yang mungkin survive sebab rakyat ramai. Jika anda percaya ekonomi mereka bakal berkembang pesat (like it used to be), belilah fund yang banyak melabur ke sana, sejak semalam.

asiafund2008 2009 300x240 Unit Amanah Saham: Panduan Ringkas Super Padat

Lagi satu contoh, rakyat Malaysia sendiri tak tahu ekonomi Negara kita ni bakal menjunam atau masih boleh survive setahun dua ni. Mungkin sebab semua rakyat Malaysia percaya Negara kita takkan terkecuali daripada kejatuhan ini, banyak harga-harga saham blue chip jatuh teruk. Jika anda percaya ekonomi kita tak seteruk mana (tengok orang makan McD or shopping KLCC ramai je lagi), then belilah dana yang melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia.

Senang kan? Again, anda masih perlu buat homework.

Bagi saya, anda perlu focus kepada ‘growth’ jika anda nak melabur dalam unit trust dan bukan kepada dividen. Sebabnya, pulangan dana dividen macam ‘income fund’ tak banyak. Lebih baik anda simpan dalam ASB or Tabung Haji je, almost zero risk lagi tu.

Dan masa yang paling sesuai untuk melabur dalam ‘growth fund’ ialah masa krisis ekonomi. Sound crazy but its true. Sebabnya, time macam ni, banyak harga saham jatuh teruk. In return, harga seunit untuk dana tersebut juga jatuh teruk. Once ekonomi dah recover & syarikat pun dah makin maju, harga saham mereka akan naik melonjak-lonjak; boleh grow double dalam masa 2-3 tahun.

Malaysian Unit Trust Guide

Anda tak perlu risau jika syarikat yang mereka laburkan berkemungkinan muflis. Sebabnya, kebanyakan syarikat yang mereka laburkan dalah blue chip macam Sime Darby, UMW, TM etc. Mereka takkan berani sangat melabur dalam company yang berisiko tinggi sebab taknak prestasi mother company mereka tercemar. Lebih mudah bagi mereka salahkan kegawatan ekonomi secara umum daripada tersalah beli saham secara khusus.

free mask of zorro the

Walaupun tak mustahil untuk syarikat gergasi ini untuk jatuh muflis, kebarangkaliannya sangat rendah. Lebih-lebih lagi kerajaan/PNB/KWSP sendiri ada pegangan saham dalam syarikat tersebut.

If you notice, process kalau betul-betul nak buat duit from unit trust largely depend on your knowledge tentang ekonomi, pasaran saham & prestasi syarikat. Sebab tu, over the years, I prefer invest sendiri; boleh jimat management fees. But if you are not ready tapi nak grab this golden opportunity, unit trust is the way to go.

Tapi, if you prefer do nothing but want more money, stick with ASB/Tabung Haji. Sebab tu kadang-kadang banker will advice you “simpan dalam ASB je la” kalau anda tanya produk trust fund mereka. It happens to me too. Mereka assume 4-7% return is good enough for you, so you need more savings to get more money.

*p/s: knv, hope u satisfied susulan from your previous comment.

Popularity: 2% [?]

Continue Reading...

Hi, we are currently offering FREE advertorial write up for blogshops, products and personal blogs too! Click HERE for more details.

{ 30 comments… read them below or add one }

1 qay May 26, 2009 at 8:47 am

yerp..i stuju..mcm skrg ni stu unit dalam bape sen je..kalo nak tgok perubahan tgok aje pd public mutual pnye web..i buat standing instruction..mnthly msuk 100..wpun mgkin tak bnyak, but kira ok la kan….in long term..pjam2 kan mata aje…if tak 100 tu abis gak ke mana2..so baik la daku smpn..huhuhu…good info…

i stuju if labur in unit trust but not in asb…i chuuuurigaaa hasilnya halal ke tak..huhuhu

Reply

2 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:15 am

Dollar cost averaging technique tu mmg bagus and very simple. Tp kalau boley, try buat value averaging jugak. Kalau master, return dia boley jd above average

Reply

3 knv May 26, 2009 at 8:50 am

yes, sufficient and more! :)

my bulk investment in unit trust accounts.

asb, tabung haji, ada la 20-30 sen aje… :P

thanks deknon!

Reply

4 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:19 am

huhu, diberi betis nak peha nih…

Reply

5 Mommy Lyna May 26, 2009 at 11:11 am

ops. OK. silap paham :D

welkom2.

Reply

6 fid May 26, 2009 at 9:30 am

saya memang tak reti bab2 gini
10q noh!

Reply

7 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:20 am

tenkiu2x

Reply

8 Asiah Abd Jalil May 26, 2009 at 9:34 am

Sangat kagum dengan kebijaksanaan dan keberanian Along main saham. As for me, kalau bab-bab duit, have to admit, saya sangat pengecut. Orang-orang MLM memang takkan boleh approach saya, baru bagi brochure, saya dah halau jauh-jauh. Geng-geng jual insurans memang saya tak bagi muka. Unit trust punya orang, kawan baik gila macam mana sekali pun, saya akan elak bercakap pasal produk diorang. Abang Long saya buat PhD bidang ekonomi, banyak dia tahu pasal saham-saham ni, tapi apa yang dia cakap tak pernah masuk telinga ni. ASB, ASN semua tu tak pernah masuk dalam agenda menguruskan duit. Ada orang suggest invest dalam hartanah for long term investment, setakat ni pun tak terfikir lagi.

Kesimpulannya… ya, saya hanya suka makan gaji! Dan saya suka suami saya pun hanya makan gaji. Sounds pathetic kan?

Sebab tu saya kagum kat orang macam Along. Tapi Along dapat untung sejuta setahun pun, saya tetap tak berani nak ikut jejak langkah Along tu. :-)

Reply

9 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:29 am

bagi saya, each investor unique personality. Personality tu yang akan meng-shape-kan our risk tolerance and attitude towards investment. doesn’t matter who you are and what you are doing, I believe anyone can succeed. Just make sure you master in something and that will cover the opportunity lost on other things.

Reply

10 bitt May 26, 2009 at 9:36 am

yeahh kena bijak berbelanja @ saving!

for me ASB then keuntungan beli bar gold jek… ;)

Reply

11 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:35 am

kena byk untung tu kalo nak guna dividen asb beli gold bar; unless you ada gold investment account

Reply

12 mama emma May 26, 2009 at 9:57 am

pergh!! berat otakku.. baca entry mcm nie pepagi…
huhu..

mak akak banker, dia dulu selalu main saham.. itupun belajar sdiri.. sbb geng ‘cha’ xmo ajar dia.. huhu… ade la jugak untung celah gigi…
pas tu dia labur kat emas australia.. tp jatuh teruk la jugak.. tp xde la smp muflis.. cuma geng dia ckp, biarkan duit kat situ.. sbb emas jarang jatuh teruk…

la nie dia buatUT.. huhu… & suruh akak cari potential invester (ckp customer mcm x kene la pulak).. dia kata kalau dpt invester, nnt dia kasi uang kat akak.. haha.. best tu… so sapa nak jadi potential invester utk mak sy?? haha

Reply

13 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:37 am

mak k emma pun pernah approach saya soh invest dalam unit trust daripada dia masa besdey rayyan tuhari, padahal saya sendiri dah agent mutual fund yang sama. huhu

Reply

14 mama emma May 26, 2009 at 11:07 am

haha.. akak tau… akak ada ckp dgn mak akak, dia ckp xpe la.. bukan luak pun kasi brochure tu…

kampeni yg bayo.. hahah

Reply

15 arnie May 26, 2009 at 9:58 am

Suka entry nie. Thank you Lyna! ;)

Reply

16 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:38 am

welkum. :)

Reply

17 aidie May 26, 2009 at 10:06 am

heavy topic di pagi hari..
instead of investing in shares, do u think is it worth investing in gold?

Reply

18 Mommy Lyna May 26, 2009 at 10:44 am

ala aidie, i baru plan nk buat entry psl gold investment anytime this week. pecah rahsia, huhu

Reply

19 jua May 26, 2009 at 10:18 am

yup! point dalam entry ni mmg betul. I sbg agent UT public mutual pun tak suka nak paksa org lain invest kalau u tak paham concept n just looking for profit tapi tak bersabar. UT ni adalah investment jangka panjang, so kena byk bersabar. bukan 6 bulan atau setahun dah terus untung.

qay did a good trick. the best technique nak increase average unit adalah buat standing instruction every month, RM100 pun dah cukup. Plus, since the economy n harga pasaran tgh turun sejak pilihanraya dulu, i asked my hubby to invest extra dlm existing UT account to hit the note. Jangan takut melabur lebih bila ekonomi bergelodak. Waktu ni lah u nak beli unit dgn harga murah tapi pulangan kuantiti yang banyak. Jgn tunggu harga dah naik, baru nak tambah investment. Rugi!! Alhamdulillah, sejak akhir2 ni ekonomi dah nampak sikit naiknya walau tak banyak & kami tgk investment kami dah nak dekat harga pasaran terkini.

Reply

20 Mommy Lyna May 26, 2009 at 11:25 am

jua, u r one of those good agents. kalau jenis yg tamak2 tu they all cakap pape je just to make a sale.

Reply

21 azhar May 26, 2009 at 11:00 am

Menyentuh secara umum mengenai apa saja pelaburan, market timing selalunya akan diselitkan sana sini.

Mereka kata “beli sekarang, tengah murah ni, esok luse untung” sambil membaca laju2 fine print “Investments in a fund should not be made without careful reference to its prospectus and past performance of a fund is not reflective of its future …”

Kepada bakal2 pelabur, melaburlah dengan berilmiah, jangan labur benda yang anda tak faham :-)

Reply

22 Mommy Lyna May 26, 2009 at 11:27 am

it makes no different with ’shopping on emotion’ I guess. same applies to investment world…

Reply

23 Mynie May 26, 2009 at 11:47 am

useful info. thanks for sharing!

Reply

24 Mommy Lyna May 26, 2009 at 2:30 pm

welkommm!!

Reply

25 Hanz May 26, 2009 at 12:40 pm

Harusku akan refer sume di sini soon bila Mommy Lyna berbicara topic financial…ekekekek…buat masa ni minda tak bukak lagi bab2 financial & masih mencari-cari tapi belum 100% FOCUS. LO L

Reply

26 Mommy Lyna May 26, 2009 at 2:04 pm

boley2. nak lagi best bookmark guna account google/yahoo, senang nak refer di masa tua. huhuhu

Reply

27 farah May 26, 2009 at 1:43 pm

saya pernah jugak main jual beli saham..tapi yg takde risiko punya ..ESOS yg company bg to all staff (exec and above)…saya jual semua saham bila harga melambung naik…oklaaa boleh dapat 20k-30k untung bersih..tapi mak aii tax byk gile pastu…

Reply

28 Mommy Lyna May 26, 2009 at 2:08 pm

farah, i wonder which tax u r talking. tax becos dividend or becos you get that esos from company? gain daripada stock market tak kena tax kan? kalau becos esos/dividen, it’s just the same tax u pay kalau company bagi bonus in term of cash, or maybe u pay less tax from that esos. cubala u buat simple calculation mana lagi cost saving.

Reply

29 farah May 26, 2009 at 2:50 pm

hmm saya rase tax sy becos esos/dividen….aah sama mcm tax yg kite kena bila company bagi bonus…saya rase byk sbb lebih dr biasa hehehehe..

alaa bab calculation tax ni lemah laa….tau tau dah siap kena tolak dalam payslip

Reply

30 Watie June 11, 2009 at 4:59 am

i pun memang amalkan dollar cost averaging tuh ..cuma 2 bulan kebalakangan nih i masuk ASB plak, tetiba dapat surat kata my akaun ada sekian2 duit ..aik..aku pun tak ingat ada duit dalam ASB …mmg tak aktif but once a year dia htr surat .. so i decide to ativaken balik my akaun …

mcm pb mutual, hangin gak nih ..i invest2 .. boat DCA tapi skang still rugi ..hu hu ..maybe sebab ekonomi lah kot.. sib baik lah mmg tak plan nak kuarkan duit tuh .. so i just biarkan jer .tunggu harga naik balik, then nak sell off .. thats y i diversify ke ASB & CIMB Invest.

u pernah dgr tak pasal CIMB Max Invest Lyna? I pun diversify ke sana ..untuk Qarissa & myself gak ..dia bg extra unit 30% everytime kita top up duit sampai akhir tahun nih tak silap i .. i bukak dr awal tahun .. sign kontrak for me 15 years, for q 20 years..untuk study Qarissa lah ..tapi if tak kuarkan duit tuh sampai tarikh matang ..then kira cam NO risk lah .. yg besnya, dia akan amik the highest point (apa dia pnggil ntah i lupa ..heheh) sepanjang 15 @ 20 tahun kita invest tuh .. let say time nak habis tahun ke 15 tuh harga jatuh kan ..we dun have to worry lah, sebab dia akan amik yg mana paling tinggi .. i wat standing instruction se senang nak monitor…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: