, ,

Ulasan Bajet 2010 – Bajet Tak Menepati Sasaran?

admin Avatar

Saya mengikuti beberapa komentar tentang Bajet 2010 ni. Saya sebenarnya pun tak faham kenapa kena di-Melayukan perkataan Inggeris sedangkan kita dah ada istilah tu dalam Bahasa Melayu. Bajet = Belanjawan. Seingat saya perkataan Bajet diperkenalkan di zaman Pak Lah. Mungkin beliau nak simplify sebab Belanjawan sangat panjang nak dieja.

Ramai yang mengeluh bahawa Bajet 2010 tak mengutamakan rakyat pun. Saya pun, sebab dikenakan tax kad kredit, hartanah (walaupun tak ada tanah hehehe) dan skim subsidi minyak. Malah tax ke atas keuntungan hartanah ni hangat diperkatakan dalam ruangan bisnes di akhbar tempatan sejak 3-4 hari lalu.

Saya dapati dalam apa-apa keputusan pun, decision dibuat untuk 2 golongan, golongan miskin (yang betul2 miskin ala2 Bersamamu, bukan yang perasan miskin) dan golongan kaya (yang betul2 kaya, bukan perasan kaya). Kami yang tergolong dalam middle-class ni biasanya tersepit di tengah. Agak bagus untuk jatuh ke golongan miskin tapi tak cukup bagus untuk masuk golongan kaya.

Contohnya dalam percukaian ke atas kad kredit. Orang miskin tak pakai kad kredit. Orang kaya setakat RM50 mungkin dia tak kisah, ataupun dia sendiri adalah tokei kilang buat kad kredit. Orang middle-class, ada la yang boleh ignore saja tapi ada yang terpaksa pakai kad kredit, especially yang selalu kena buat business trip jauh-jauh dan lama2. Takkan nak bawak duit sebundle nak bayar hotel, tambang flight, itu ini kan?

Cukai pelupusan/penjualan hartanah untuk mengawal harga property agar tak di-spekulasi. Kena fikir semula kalau ada yang nak jadi the next Azizi Ali.

Saya menanti skim subsidi minyak. Macamana skim tersebut akan dilaksanakan, tidaklah diketahui kan. Harapnya tak adalah menyepit golongan middle-class lagi.

Ramai yang komplen tentang:

  • Pendapatan yang tak kena dengan harga barang : perhatikan masa zaman mak2 kita, gaji engineer RM1500, harga rumah RM40,000. Sekarang gaji engineer RM2000, harga rumah setengah juta! Kalau pergi negara mana di dunia pun, tak ada yang harga barang2 sama macam 30 tahun dulu.
  • Golongan miskin tetap miskin, yang kata tetap kaya : yang miskin makan gaji, yang kaya berniaga. Enough said.
  • Nilai matawang yang rendah berbanding Dolar Amerika : ada masalah? Kalau rasa kita ni tak ada nak pegi Amerika dalam masa terdekat ni, buat apa nak risau. Benda ni effect pada transaksi luar negara terutama kegiatan import eksport dan perniagaan dengan negara luar. Pakailah barangan Malaysia. Hey cunnya! Memang cun, barang Malaysia!
  • Kerajaan tak beri bantuan yang cukup untuk golongan miskin : orang putih kata, gives a man fish and he can eat it for dinner, teach a man to fish and he can eat it for the lifetime. Nak tolong kut mana lagi, bagi peluang belajar, ponteng. Bagi peluang kerja, ponteng jugak. Kalau tiap2 bulan nak dimasukkan duit dalam akaun bank, mungkin boleh pindah UK. (Wah, lancangnya mulutku!).
  • Gaju naik tak setara dengan harga barang naik : memang dah nature dunia, bila barang naik, peniaga pun akan naikkan harga. Dengar khabar gaji naik, dah naik harga. Gaji betul2 naik, naik lagi. Dengar khabar bonus, harga naik. Betul2 dapat bonus, naik lagi harga barang. Kalau mintak gaji naik banyak2, harga barang pun akan naik banyak2 juga. Tak pecaya, cuba.

Walau bagaimanapun, saya tak ada komen. Bagi saya tak guna nak komplen banyak2. Ada baiknya kita tumpukan macamana nak meningkatkan prestasi daripada duk mengutuk mengata kerajaan atau sesiapa yang berkaitan, tapi tak buat apa2 pun.

Kurangkan kontroversi bercakap, tingkatkan prestasi.

*Sebut pasal minyak ni, saya belum lagi umumkan pemenang kupon minyak… Saya tengah tunggu product dari Yusof Haslam ni 😀

admin Avatar

12 responses to “Ulasan Bajet 2010 – Bajet Tak Menepati Sasaran?”

  1. maya amir Avatar

    saya setuju.. tersepit weyhh golongan2 kite ni.. ingat murah sgt ke nak byr caj ct card itu ini… subsidi minyak ditarik balik tu nak buat lagu mana? nak tunjuk slip gaji mase byr minyak ke.. ??baik suh aku bwk file2 sume expenses satu bulan ye dak? baru die tau gaji vs expenses camne kan?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Rileks2. Bawak bertendang.

  2. ainerza Avatar

    Mmg tersepit sampai x terkepit dah…(punya geram)…hihihi…sikit pun x membantu belanjawan baru2 nih…rasanya golongan tengah terkena jugak ader la…bukan ‘membantu’ pun…aiseh…
    .-= ainerza´s last blog ..Terkehel~~ =-.

  3. fid Avatar

    ohh mmg bajet itu tak bg i kaya hahaha
    benciii

    kalaulah aku kaya aku guna politik wang ehh silap silap….
    harap2 isteri2 menteri boleh kurangkan pembaziran shopping kat obersi
    barangan malaysia pun bagus jugaaaa
    .-= fid´s last blog ..FB-twitter…fuman =-.

  4. denaihati Avatar

    1. Bagus tu ada servis charge kad kredit jadi yang mampu je pakai yang tak mapu jangan pakai. Kad kredit bukan kad bergaya tapi hutang.
    2. Jepun jauh lebih maju daripada Malaysia tapi nilai duit dia lebih rendah daripada kita.
    3. Orang Melayu ni dah terbiasa dengan budaya Subsidi tak ada subsidi kita komplen. bila agaknya nak tukar minda supaya tak bergantung pada subsidi.

    Kadang-kadang pulak kita komplen sebab dengar orang lain komplen sedang kita pun tak tahu hujung pangkal …

    so kalau nak buat duit jom join http://www.dapatwang.com/?id=denaihati (maaf ya!!!)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      2. Ye ke nilai ¥ lebih rendah dari RM? According to Big Mac Index, ratio RM:USD dalam 1.5:3 while Yen:USD dalam 2.5:3
      ?
      Saya tak penah pegi japan cuma berpandukan Big Mac Index je ler.

  5. sya Avatar

    hmm… buat kerja kerana Allah je lah…
    hati senang, jiwa pun tak sakit…

    p/s: baru je terima kad raya lyna hari ni… heran sungguh… kenapa posmen lambat hantar ye? thanks ye lyna.. 😀
    .-= sya´s last blog ..poligami =-.

  6. nadnye Avatar

    hmm..baru jea terdengar berita yang mengatakan minyak akan diberi kepada golongan berpendapatan rendah sahaja…
    Tu yang confuse kata untuk rakyat msia yang ada mykad, pastu utk golongan berpendapatan rendah… macana nak determine berpendapatan rendah??? kene tunjuk payslip ker???
    .-= nadnye´s last blog ..zhaneez-craft giveaway =-.

  7. ummi sa'eed Avatar

    tapi what i don’t get is kenapa ulasan budget diadakan kat kabinet AFTER it has been presented to the rakyat. Kata demokrasi, tapi kalau cabinet’s views pun tak diambil kira, apa gunanye?
    .-= ummi sa’eed´s last blog ..The Weekend that was… =-.

  8. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    Sekadar nak share tentang penggunaan perkataan bajet. Sebenarnya perkataan tu diperkenalkan oleh Tun Dr M dan bukan Pak Lah. Menurut beliau, perkataan belanjawan tak sesuai kerana ia seolah-olah hanya tentang apa yang dibelanjakan (nak menghabiskan duit jer…hehehe) sedangkan budget dlm BI atau dalam terma ekonomi bermaksud pengurusan wang yang diterima (masuk) dan yang digunakan (keluar). Maksudnya kemasukan wang mesti termasuk dalam bajet. Macm tu lah lebih kurang yang saya faham daripada kursus beberapa bulan lepas…hehe… Tentang bajet 2010, saya belum habis analisa…macamlah nak buat analisa…;p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tq ummu ahmads for the input!

  9. joe's babe Avatar

    bak kata teman-teman sesawang. budget tampal dan tempel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge