Pada zaman dahulu, orang lelaki memilih pasangannya berdasarkan beberapa perkara, antaranya ialah PAYUDARA yang besar dan PUNGGUNG yang besar. Dua benda tu menandakan kesuburan dan keupayaan untuk kelangsungan spesis mereka.
Masyarakat zaman dulu amat mengagungkan payudara sebagai ‘alat untuk menyusukan bayi’. Terdapat banyak tugu yang dibina berkaitan penyusuan susu ibu. Malah dalam masyarakat Rom Kuno mereka percaya pada Dewi Penyusuan yang bernama Rumina, bermaksud “payudara ibu”.
Tahukah anda kenapa galaksi Bima Sakti kita dipanggil Milky Way dalam Bahasa Inggeris? Ia menjelaskan betapa MULIA dan BESARNYA peranan breast wanita – menyusukan bayi!
Milky Way mendapat nama sempena mitos masyarakat Greek yakni Hera. Ketika menyusukan anaknya, susunya terpancar memancut dan membentuk satu galaksi. Itulah dia Milky Way atau Bima Sakti.
P/S: AWAS, ini mitos masyarakat Greek, bukan kepercayaan orang Islam, tapi sekadar nak memberitahu di sebalik nama Milky Way dan kaitannya dengan susu ibu.
Namun, sayangnya setelah melalui zaman2 di mana wanita telah dinafikan haknya, diperlakukan lebih hina dari binatang… kemunculan susu formula di pasaran, … Semua ni menghilangkan fungsi payudara sebagai penyambung nyawa si anak. Sebaliknya jadi SIMBOL SEKSUAL! Dan inilah terus berlaku hingga hari ini..
Wanita2 menonjolkan dan membesarkan payudara untuk kelihatan cantik dan seksi. Fungsi payudara untuk menyusukan bayi dilupakan. Malah menjadi bahan gurauan seperti “Susukan suami” dan sebagainya.
Wajarlah kita kembali kepada fitrah asal payudara. Gunakan breast untuk tujuan yang betul – makanan bayi.
Breast ni kita kena tutup dan selindungkan elok-elok.
Bertepatan dengan praktis kita tutup makanan atas meja, tutuplah breast dengan kain tudung – ini juga saranan Islam. Biarlah sumber makanan anak kita terlindung dari mata orang. Kan lebih manis macam tu..
Pernah terfikir kenapa dapur terletak di belakang?
Leave a Reply