Tugas Payudara Yang Disalahguna

by Mommy Lyna on February 4, 2012 · 7 comments

Pada zaman dahulu, orang lelaki memilih pasangannya berdasarkan beberapa perkara, antaranya ialah PAYUDARA yang besar dan PUNGGUNG yang besar. Dua benda tu menandakan kesuburan dan keupayaan untuk kelangsungan spesis mereka.

Masyarakat zaman dulu amat mengagungkan payudara sebagai ‘alat untuk menyusukan bayi’. Terdapat banyak tugu yang dibina berkaitan penyusuan susu ibu. Malah dalam masyarakat Rom Kuno mereka percaya pada Dewi Penyusuan yang bernama Rumina, bermaksud “payudara ibu”.


Malah, tahukah anda kenapa galaksi Bima Sakti kita dipanggil Milky Way dalam Bahasa Inggeris? Ya, itu menjelaskan betapa MULIA dan BESARNYA peranan breast wanita – menyusukan bayi! Milky Way mendapat nama sempena mitos masyarakat Greek, Hera, ketika menyusukan anaknya, susunya terpancar dan membentuk galaksi – Milky Way atau Bima Sakti.


P/S: AWAS, ini mitos masyarakat Greek, bukan kepercayaan orang Islam, tapi sekadar nak memberitahu di sebalik nama Milky Way dan kaitannya dengan susu ibu.

Namun, sayangnya setelah melalui zaman2 di mana wanita telah dinafikan haknya, dan diperlakukan lebih hina dari binatang… Dan kemunculan susu formula di pasaran, menghilangkan fungsi payudara sebagai penyambung nyawa si anak, sebaliknya SIMBOL SEKSUAL! Dan inilah terus berlaku hingga hari ini..

Wanita2 menonjolkan dan membesarkan payudara untuk kelihatan cantik dan seksi. Fungsi payudara untuk menyusukan bayi dilupakan, malah menjadi bahan gurauan “Susukan suami” dan sebagainya.

Jadi wajarlah kita kembali kepada fitrah asal payudara. Gunakan breast untuk tujuan yang betul – makanan bayi. Bertepatan dengan praktis kita tutup makanan atas meja, tutuplah breast dengan kain tudung – ini juga saranan Islam. Biarlah sumber makanan anak kita terlindunh dari mata orang. Kan lebih manis macam tu.. Pernah terfikir kenapa dapur terletak di belakang?

{ 7 comments… read them below or add one }

MamaIman February 5, 2012 at 8:11 am

Very meaningful posting kali ni. Especially part yang last tentang makanan dan tudung saji. :D

Reply

Mommy Lyna February 11, 2012 at 12:47 am

hehehe.

orang kata ‘nasi lemak’. secara harfiahnya memang betul itu adalah satu hidangan lengkap utk si manja.. seperti nasi lemak ia kaya dgn protein & lemak hehehe.

Reply

Lissa February 8, 2012 at 6:32 pm

Sedihnya kalau betul itulah komunikasi antara baby-baby kan..

Reply

Mommy Lyna February 11, 2012 at 1:11 am

>__<

Reply

Rina AVAIL a.k.a cik betty February 10, 2012 at 5:08 pm

betul sgt..sekarang ni mcm bnyk berlaku kanser payudara..salah satu puncanya sbb x nak menyusukan bayi..

ada sorang kawan sy nih..susah nk dpt anak..bila dh dapat..dia x nk nyusukan bayi dgn alasan dia kerja dan malas nk pam..tp sibuk cari produk nk pejalkan payudara dan punggung..haih!

Reply

Mommy Lyna February 11, 2012 at 1:12 am

hmm sudah bertukar kerjanya kepada model ||___||

Reply

mejah February 14, 2012 at 12:46 pm

wah.. Entri ini sangat simple tapi padat Mommy.
Mejah pon x tahu yang Milky Way tu ada kisah tersendiri- sebab mejah dengar yang Milky Way tu sebab bintang-bintang putih di galaksi kita tersusun rapat dan seolah-olah susu yang mengalir.
Terima kasih Mommy. Nice entri !

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm