, ,

Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun

admin Avatar

Kami merancang trip ke Jepun pada akhir bulan Mac untuk tengok sakura, dan tak sangka pula salji masih turun ketika hari terakhir kami di Hokkaido.

Jadinya, dalam kembara ni berpeluanglah kami nikmati 3 musim – musim bunga di Tokyo ke Osaka, musim luruh di Sendai, dan musim sejuk di Hokkaido. Kalau lajak ke Okinawa mungkin dapat rasa musim panas pulak.

Di bawah ini adalah peta perjalanan kembara Jepun kami.

PETA JEPUN

 

KUL – HND

Dari LCCT ke Haneda Airport, Tokyo dengan pesawat Air Asia X.

Masa Perjalanan : 7 jam.

 

Tambang dari Kuala Lumpur ke Haneda, Tokyo adalah dalam RM750 sehala seorang. Untuk check tambang termurah, boleh guna Sky Scanner. Itulah yang kami selalu guna, selain compare dengan aggregator lain seperti Kayak dan sebagainya.

Waktu di Tokyo adalah awal sejam dari Malaysia.

Kami tiba di Haneda dalam jam 9.30 malam. Pada mulanya rasa seronok kerana sampai awal. Tapi… rupanya sangkut di imigresen. Sangat ramai orang! Beratur saja dah lebih dari satu jam. Selesai semua urusan hampir jam 12 tengah malam.. Mujurlah sempat kejar tren terakhir ke Omori-nishi.

Malam tu kami tidur di Omorinishi. Esoknya melawat electric town di Akihabara, atau Akiba.

Sehari saja di Tokyo, lepas tu kami ambil shinkansen (bullet train) ke Sendai.

BULLET TRAIN JAPAN

Tokyo Station – Sendai eki

Kenderaan : Shinkansen

Masa perjalanan : 1 jam 30 minit

Tambang : 10,000 yen.

Kalau taknak naik shinkansen, boleh naik bas atau tren biasa. Kalau naik bas dalam 6 jam, dan tren biasa dalam 8 jam. Murahlah tambangnya daripada shinkan. Kalau naik tren dalam 6000 yen, bas dalam 3000 yen.

Dari Sendai Station, kami ambil bas ke port feri.

Sendai Station – Port of Sendai

Kenderaan : Bas

Tambang : 150 yen

Sendai ni adalah kawasan yang terjejas dalam kejadian tsunami 2011 yang memusnahkan reaktor nuklear di Fukushima Daiichi.

japan earthquake 2011

Tengok peta di atas, memang dekat sangat Sendai dengan Fukushima. Kasihan orang-orang sini terdedah kepada radiasi 🙁

Port of Sendai – Tomakomai

Kami menaiki kapal Kitakami dari Sendai.

kitakami cruise

Masa perjalanan : 14 jam

Tambang si Kitakami ni bergantung kepada kabin mana kita ambil. Yang paling murah shared cabin, 7000 yen, dan paling mahal adalah suite, 29,000 yen.

Shared cabin dia macam dorm, tidur ramai-ramai di atas lantai, ala-ala ryokan.

Tiba di Tomakomai, kami sewa kereta. Main transportation di Hokkaido ni adalah keretapi.. tapi sebab nak explore Hokkaido punya pasal, sewa kereta lebih mudah.

Di sini tempat paling syok nak pergi adalah restoran seafood. Hehe. Seafood bakar sendiri.. uih memang best. Lepas tu kami ke Zoo di Asahiyama, dan main snow di snow resort. Apa entah namanya, main singgah je.

Tak lupa juga melawat kilang coklat di Ishiya.

Selepas bersalji di Sapporo, kami bergerak ke Tokyo dengan pesawat.

New Chirose Airport, Sapporo -Tokyo Haneda

Kenderaan : Air Asia

Masa perjalanan : 1 1/2 jam

Dari Tokyo, kami menaiki bas ke Yamanashi, salah sebuah prefacture di timur Tokyo.

yamanashi tokyo

Berehat seketika di Yamanashi, menikmati keindahan bandar Kofu… Cantik sangat dengan sakura berkembang di sepanjang jalan. Sempat juga ke pasaraya AEON di sini.

Dari Yamanashi kami ambil kereta ke Shizouka yang menempatkan Gunung Fuji yang famous tu.

fuji

Dari Hakone (town berhampiran Fuji) kami bergerak ke Osaka.

fuji to osaka

Hakone-Osaka

Kenderaan : Kereta

Masa Perjalanan : 5 jam

Selepas tour Osaka, kami ke Kyoto, bandar yang terletak dalam prefacture bersebelahan. Famous la kan, Osaka dengan Kyoto ni. Memang cantik dua-dua tempat ni. Orang-orangnya pun baik dan peramah.

Osaka-Kyoto

Kenderaan : Kereta

Masa Perjalanan : 1 jam

Dari Kyoto, kami menuju ke Nagoya. Nagoya ni bukan tempat jual kain. Kedai kain pun tak ada. Nagoya Malaysia je yang jual kain.

Kyoto- Nagoya

Kenderaan : Kereta

Masa Perjalanan : 2 jam

Dari Nagoya kami naik bas ekspress malam ke Tokyo. Masa ni dah tengah malam, naik je bas, terus tidur. Lagipun di luar hujan dan sangat sejuk!

Nagoya-Tokyo

bas ekspres tokyo jepun

Kenderaan : Bas

Masa Perjalanan : 5 jam

Tambang : 1,500 yen

Tiba di Tokyo, sambung balik jalan-jalan Tokyo dan sekitarnya, sebelum balik ke Malaysia.

Perjalanan di Jepun tak susah, ke mana-mana boleh naik tren. Kalau tak faham tulisan (ada tempat yang tiada tulisan bahasa lain kecuali Bahasa Jepun), boleh tanya sesiapa di stesen, preferably kakitangan stesen. Mereka akan membantu walaupun apa yang dicakap kita pun tak tahu 😀

Sebenarnya trip ni banyak dibantu oleh sepupu saya, Gja yang belajar di Jepun. Terutama bab mencari arah dan baca GPS (GPS pun Bahasa Jepun!). Kalau tidak, mungkin kami naik tren dan kapal terbang saja sepanjang perjalanan, tidak merasalah naik cruise dan kereta 🙂 Maklumlah, kebanyakan orang di sana tidak tahu berbahasa Inggeris, dan kami sepatah haram tak faham Bahasa Jepun. TQ cousin!

Walau bagaimana pun, pengalaman ni memang sangat bermakna. Selepas-selepas itu bila ke negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, dan orang-orangnya tak tahu berbahasa Inggeris, we survived!

Oh ya, ini mungkin ringkas sangat… cuma catatan perjalanan,…. pengalaman di Jepun akan saya coretkan sedikit-sedikit.  Last entry adalah tentang salji di Hokkaido.

Haih, rindu pula pada Jepun. Nak menjejalah lagi ke bahagian-bahagian bawah : Hiroshima, Fukouka, Okinawa… Kalau ada rezeki nanti, insya-Allah.

*kadar tukaran wang JPY ke MYR = 1000 yen lebih kurang RM31

admin Avatar

21 responses to “Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun”

  1. kinna Avatar

    wow..bestnye..teringin nak pegi trip ke jepun selps menonton rancangan Khawatir di Alhijrah

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jom jom, mmg best!

  2. asraff Avatar

    InsyaAllah kalau ada rezeki boleh datang tempat ni Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu Minggu 4

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin buat asraff 🙂

  3. Naimah Wahab Avatar

    haitt!!! sebelum g jepun kene buat rujukan kat sini dulu 🙂

  4. Azira Avatar
    Azira

    Wah bestnye da sampai hokaido.. Saya di nagoya.. Jgn tatau ade kedai kain cotton kat nagoya nama kedai die otsukaya.. Jepun kan trrkenal dgn japanese cotton yg berkualiti

  5. kitano Avatar
    kitano

    salam..agak2 nye klu nak stay around 1 week kat japan mcm tmpat yg awak pergi tu budget nak kene ade berape?sbb Hokkaido mmg on the list!!

  6. Raihanah Ahmad Avatar

    baru tahu di nagoya takde jual kain :p

  7. Muhammad Khairuddin Lim Avatar

    nice sharing…i love Japan.

  8. Melancong Ke Jepun Avatar

    Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

  9. Nor Azian bt Abd Aziz Avatar
    Nor Azian bt Abd Aziz

    Assalamualaikum.. Kami berempat akan ke jepun disember ini.. Dari osaka terus ke hokkaido selama 11 hari. Boleh post itenary selama puan di jepun n fligt airasia dari tokyo ke sapporo booking mcmana .. terima kasih

  10. Mirah Avatar

    salam nak tanya, yg bas nagoya–> tokyo tu nak tgk kat mana ye? boleh kan naik malam?

    1. Admin Avatar

      Salam Mirah

      Naik di Nagoya Station. A ah kami amik bas malam. Sampai Tokyo pagi.

  11. Fatimah Avatar
    Fatimah

    Salam. Nak tanya dr osaka trus ke kyoto tu sewa kereta ka. Trus ke nagoya tu masih kereta yg sma ka. Sewa brapa hari. Di kembali kan kereta tu di nagoya sja ka. Apa agent yg berkaitan. Brapa sewa. Terima kasih.

  12. […] jepun akhir bulan mac tengok sakura, tak sangka pula salji turun ketika hari terakhir hokkaido.. Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun (26 gambar) majlis resepsi perkahwinan linda onn ungku, Kalau sebelum kita melihat gambar-gambar […]

  13. […] Kata mutiara islami terupdate – motivasi-islami., Kata kata mutiara islami. kumpulan ratusan kata-kata mutiara motivasi islami dahsyat, menginspirasi, membentuk sikap, menyentuh hati.. Kata Mutiara Islami Mutiara kata, madah kata, kata-kata hikmah, “ baik jarang mengaku jahat, tapi jahat seronok mengaku baik.” “ kita berjaya memotivasi diri sendiri, hebat, tetapi andainya kita . Mutiara Kata, Madah Kata, Kata-Kata Hikmah Trip jepun tengok sakura salji – mysuperkids.net, Kami merancang trip jepun akhir bulan mac tengok sakura, tak sangka pula salji turun ketika hari terakhir hokkaido.. Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun […]

  14. […] jepun akhir bulan mac tengok sakura, tak sangka pula salji turun ketika hari terakhir hokkaido.. Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun Cerita selingkuh | istriku berselingkuh hotel, Orang tua sama persisi yg bpk alami.tapi akhirnya […]

  15. […] islami. kumpulan ratusan kata-kata mutiara motivasi islami dahsyat, menginspirasi, membentuk. Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun Pendaftaran masuk sekolah 1 online – mysuperkids.net, Tok ma memberitahu ni nak mendaftar […]

  16. […] islami. kumpulan ratusan kata-kata mutiara motivasi islami dahsyat, menginspirasi, membentuk. Itinerary Nikmati 3 Musim di Jepun Tips travel london – mysuperkids.net, Semalam anak -3, danny bertanya tentang london. “ […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge