Selamat Hari Lahir, Fahry!

By | December 5, 2013

Nak juga update sebelum tamat tarikh 5 Disember ni πŸ™‚

Kami ni bukan jenis wajib sambut birthday. Birthday is birthday, then what? Anak-anak asyik tanya “Bila nak ada birthday Hafiy/Fahry/Danny kat school?”. Yes, memang kami ada buat, mestilah kena happy-kan anak-anak di taska tu kan. Bila buat budak-budak happy, insya-Allah bertambah-tambah happy kita. Else, biasanya makan ramai-ramai dengan family terdekat.

5 tahun lepas, Fahry lahir, di Miri. Tragis sedikit bila diingat πŸ˜€ Ini kisah kelahiran Fahry 5 tahun lalu.

Fahry ni jenis happy-go-lucky, dan dia tak tahu pun kot hari lahir dia hari ni. Well, itu tak penting. Yang penting Fahry tinggal setahun lagi menikmati zaman tadika sebelum masuk sekolah rendah πŸ™‚

Beza sangat dia dengan abangnya. Mulut macam popcorn. Rasanya sejak umur 3 tahun (dia mula bercakap), bilangan perkataan setiap hari berjuta-juta patah. Kalau tak ada benda nak dicakapkan pun, dia akan menyanyi.

Bulan lepas, alhamdulillah kami dapat bawa Fahry ikuti trip Shaklee ke London dan Paris. Agak sukar sedikit nak bergerak, sebab Fahry tak boleh pakai kaki palsu sekarang ni… tulang kaki yang tersembul tu belum dapat potong lagi. Tahun depan kot, doakan yea.. semoga dipermudahkan. kesian dia, selagi tak potong tulang tu memang tak boleh nak pakai kaki palsu, sakit sangat katanya.

Allah Maha Mengetahui, Fahry berbadan kecil, dan entah kenapa kalau travel dia memang makan sikiiiiit sangat. Dari satu sudut, senang Β nak dokong badan tak berat πŸ˜€ Untuk memudahkan pergerakan, kami guna stroller mudah lipat atau ssc (soft structured carrier) untuk bawa dia. Tempah khas untuk Fahry dari Snuggbaby πŸ™‚

Entah apa lagi ya nak update tentang Fahry… Esok Fahry ada performance untuk concert di taska… Masuk persembahan jimnastik dan koir lagu Mandarin. Tapi my kids ni semuanya kalau kat rumah taknak tunjuk kebolehan masing-masing. Belajarlah Mandarin ke Maori ke, di rumah takmau mereka ni nak cakap walau sepatah. Tak apalah, I respect that πŸ™‚

Tahun ni, boleh dikatakan tahun permulaan untuk Fahry cuba aktiviti-aktiviti luar seperti hiking, mountaineering, .. of course kami yang carry dia.. tapi Fahry suka dan enjoy. Kalau Mami sebut tentang jalan-jalan.. yang difikirkan “Nak naik bukit”. Itu hari nak main salji tapi tak tercapai lagi hajatnya. Insya-Allah nanti kita main salji ramai-ramai.

Fahry yang bijak setiap malam minta Mami bercerita sebelum tidur. Entah dari mana dia dapat idea tu.

Semoga Fahry jadi anak soleh, khalifah yang sejati.

Happy birthday Fahry!

Category: Fahry Miracle Baby Tags: , , , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

12 thoughts on “Selamat Hari Lahir, Fahry!

  1. Mahya

    Happy Birthday Fahry…

    Aunty Maya doakan Fahry membesar sebagai insan yang mengembirakan hati mommy dan abiy. Membesar dengan mengingati penat lelah mommy bertungkus lumus menyediakan kaki palsu untuk Fahry bergerak. Semoga menjadi anak yang soleh. πŸ™‚

    Reply
  2. normaizira

    Happy birthday sayang…auntie Amin kan aje ape yang Mami awk tulis tu

    Reply
  3. kinna

    mommy fahry, fahry 5 tahun ke 4 tahun? Saya ingat Fahry sama usia dgn anak saya Naura (pengaruh ayat2 cinta betul).. Anak saya Naura baru masuk 4 tahun semalam (09-12-09)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge