Trip Ke Jepun Tengok Sakura dan Salji

by admin on December 3, 2013 · 8 comments

Kami merancang trip ke Jepun tengok sakura-dan salji tu sebenarnya adalah rezeki. Tak sangka pula salji masih turun ketika hari terakhir kami di Hokkaido.

Di bawah ini adalah peta perjalanan kembara Jepun kami.

peta perjalanan trip jepun

KUL – HND

Dari LCCT ke Haneda Airport, Tokyo dengan pesawat Air Asia X.

Masa Perjalanan : 7 jam.

 

Tambang dari Kuala Lumpur ke Haneda, Tokyo adalah dalam RM750 sehala seorang. Untuk check tambang termurah, boleh guna Sky Scanner.

Waktu di Tokyo adalah awal sejam dari Malaysia. Kami tiba di Haneda dalam jam 9.30 malam. Pada mulanya rasa seronok kerana sampai awal. Tapi… rupanya sangkut di imigresen. Sangat ramai orang! Beratur saja dah lebih dari satu jam. Selesai semua urusan hampir jam 12 tengah malam.. Mujurlah sempat kejar tren terakhir ke Omori-nishi.

Sehari saja di Tokyo, kami ambil shinkansen (bullet train) ke Sendai.

bullet train japan

Tokyo Station – Sendai eki

Kenderaan : Shinkansen

Masa perjalanan : 1 jam 30 minit

Tambang : 10,000 yen.

Kalau taknak naik shinkansen, boleh naik bas atau tren biasa. Kalau naik bas dalam 6 jam, dan tren biasa dalam 8 jam. Murahlah tambangnya daripada shinkan. Kalau naik tren dalam 6000 yen, bas dalam 3000 yen.

Dari Sendai Station, kami ambil bas ke port feri.

Sendai Station – Port of Sendai

Kenderaan : Bas

Tambang : 150 yen

Sendai ni adalah kawasan yang terjejas dalam kejadian tsunami 2011 yang memusnahkan reaktor nuklear di Fukushima Daiichi.

japan earthquake 2011

Tengok peta di atas, memang dekat sangat Sendai dengan Fukushima. Kasihan orang-orang sini terdedah kepada radiasi :(

Port of Sendai – Tomakomai

Kami menaiki Kitakami dari Sendai.

kitakami cruise

Masa perjalanan : 14 jam

Tambang si Kitakami ni bergantung kepada kabin mana kita ambil. Yang paling murah shared cabin, 7000 yen, dan paling mahal adalah suite, 29,000 yen.

Shared cabin dia macam dorm, tidur ramai-ramai di atas lantai, ala-ala ryokan.

Tiba di Tomakomai, kami sewa kereta. Main transportation di Hokkaido ni adalah keretapi.. tapi sebab nak explore Hokkaido punya pasal, sewa kereta lebih mudah.

Selepas bersalji di Sapporo, kami bergerak ke Tokyo dengan pesawat.

New Chirose Airport, Sapporo -Tokyo Haneda

Kenderaan : Air Asia

Masa perjalanan : 1 1/2 jam

Dari Tokyo, kami menaiki bas ke Yamanashi, salah sebuah prefacture di timur Tokyo.

yamanashi tokyo

Berehat seketika di Yamanashi, menikmati keindahan bandar Kofu… Cantik sangat dengan sakura berkembang di sepanjang jalan. Sempat juga ke pasaraya AEON di sini.

Dari Yamanashi kami ambil kereta ke Shizouka yang menempatkan Gunung Fuji yang famous tu.

gunung fuji jepun

Dari Hakone (town berhampiran Fuji) kami bergerak ke Osaka.

tokyo-osaka

Hakone-Osaka

Kenderaan : Kereta

Masa Perjalanan : 5 jam

Selepas tour Osaka, kami ke Kyoto, bandar yang terletak dalam prefacture bersebelahan. Famous la kan, Osaka dengan Kyoto ni. Memang cantik dua-dua tempat ni. Orang-orangnya pun baik dan peramah.

Osaka-Kyoto

Kenderaan : Kereta

Masa Perjalanan : 1 jam

Dari Kyoto, kami menuju ke Nagoya. Nagoya ni bukan tempat jual kain. Kedai kain pun tak ada. Nagoya Malaysia je yang jual kain.

Kyoto- Nagoya

Kenderaan : Kereta

Masa Perjalanan : 2 jam

Dari Nagoya kami naik bas ekspress malam ke Tokyo. Masa ni dah tengah malam, naik je bas, terus tidur. Lagipun di luar hujan dan sangat sejuk!

Nagoya-Tokyo

bas ekspres tokyo jepun

Kenderaan : Bas

Masa Perjalanan : 5 jam

Tambang : 1,500 yen

Tiba di Tokyo, sambung balik jalan-jalan Tokyo dan sekitarnya, sebelum balik ke Malaysia.

Perjalanan di Jepun tak susah, ke mana-mana boleh naik tren. Kalau tak faham tulisan (ada tempat yang tiada tulisan bahasa lain kecuali Bahasa Jepun), boleh tanya sesiapa di stesen, preferably kakitangan stesen. Mereka akan membantu walaupun apa yang dicakap kita pun tak tahu :D

Sebenarnya trip ni banyak dibantu oleh sepupu saya, Gja yang belajar di Jepun. Terutama bab mencari arah dan baca GPS (GPS pun Bahasa Jepun!). Kalau tidak, mungkin kami naik tren dan kapal terbang saja sepanjang perjalanan, tidak merasalah naik cruise dan kereta :) Maklumlah, kebanyakan orang di sana tidak tahu berbahasa Inggeris, dan kami sepatah haram tak faham Bahasa Jepun. TQ cousin!

Walau bagaimana pun, pengalaman ni memang sangat bermakna. Selepas-selepas itu bila ke negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris, dan orang-orangnya tak tahu berbahasa Inggeris, we survived!

Oh ya, ini mungkin ringkas sangat… cuma catatan perjalanan,…. pengalaman di Jepun akan saya coretkan sedikit-sedikit.  Last entry adalah tentang salji di Hokkaido.

Haih, rindu pula pada Jepun. Nak menjejalah lagi ke bahagian-bahagian bawah : Hiroshima, Fukouka, Okinawa… Kalau ada rezeki nanti, insya-Allah.

*kadar tukaran wang JPY ke MYR = 1000 yen lebih kurang RM31

{ 8 comments… read them below or add one }

kinna December 10, 2013 at 11:57 am

wow..bestnye..teringin nak pegi trip ke jepun selps menonton rancangan Khawatir di Alhijrah

Reply

Mommy Lyna December 10, 2013 at 5:48 pm

jom jom, mmg best!

Reply

asraff December 10, 2013 at 9:11 pm

InsyaAllah kalau ada rezeki boleh datang tempat ni Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu Minggu 4

Reply

Mommy Lyna December 12, 2013 at 1:19 pm

amiin buat asraff :)

Reply

Naimah Wahab December 22, 2013 at 5:15 am

haitt!!! sebelum g jepun kene buat rujukan kat sini dulu :)
Naimah Wahab´s menulis tentang ..Di Sebalik Tabir MyliferiaMy Profile

Reply

Azira February 4, 2014 at 8:27 pm

Wah bestnye da sampai hokaido.. Saya di nagoya.. Jgn tatau ade kedai kain cotton kat nagoya nama kedai die otsukaya.. Jepun kan trrkenal dgn japanese cotton yg berkualiti

Reply

kitano August 9, 2014 at 7:28 pm

salam..agak2 nye klu nak stay around 1 week kat japan mcm tmpat yg awak pergi tu budget nak kene ade berape?sbb Hokkaido mmg on the list!!

Reply

Raihanah Ahmad August 10, 2014 at 5:18 am

baru tahu di nagoya takde jual kain :p
Raihanah Ahmad´s menulis tentang ..Set Kesuburan ShakleeMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: