Gibraltar adalah sebuah negara kecil yang terletak di penghujung semenanjung Iberia. Semenanjung Iberia ni sebenarnya merujuk kepada bahagian Barat Daya benua Eropah yg terdiri dari Sepanyol dan Portugal.
Gibraltar pula terletak di penghujung semenanjung tu.
Walaupun cuma seluas 6.8km persegi saja, Gibraltar ni menjadi rebutan antara Sepanyol dan Britain. Dan sekarang ni ia adalah wilayah seberang laut British, dan menggunakan matawang Pound.
Gibraltar ni ada peranan yang sangat penting dalam bermulanya sejarah Islam di Sepanyol. Ia adalah port di mana Tariq bin Ziyad dan pasukannya mula-mula berlabuh di Andalusia ni.
Di Gibraltar ada sebuah bukit yang mendominasi kawasan ni sebenarnya. Bukit itu dinamakan Bukit Tariq sempena Tariq bin Ziyad, dlm bahasa Arabnya ‘Jabal Tariq’. Nama itu terus digunakan hingga ke hari ini, dan Jabal Tariq kini menjadi Gibraltar.
Untuk masuk ke negara ini melalui Sepanyol, boleh samada berkereta atau berjalan kaki. Sebenarnya lebih mudah jalan kaki, kerana dgn kereta akan hadapi traffic jam dan masalah parking.
Cara masuk ke Gibraltar:
1. Parking kereta di La Linea Parking. Waze saja ke La Linea Parking.
2. Dari tempat parking ni kita kena berjalan kaki, melalui kedai-kedai, tak jauh pun. Kalau lapar boleh makan di sini, ada restoran halal – Peter Pan Restaurant.
3. Selepas Peter Pan ni je kita akan menyeberang ke pondok imigresen. Oleh itu sediakan passport siap-siap.
4. Seperti biasa kita kena lepas imigresen Sepanyol, kemudian imigresen Gibraltar… & walla! Welcome to Jabal Tariq, eh Gibraltar.
Masuk-masuk ke Gibraltar ni kita disambut oleh lapangan terbangnya. Uniknya lapangan terbang ni, ia berkongsi runway dengan jalan raya dan laluan pejalan kaki.
Gambar ni masa tengah melintas runway tu. Ni laluan kapal terbang tu lah. Bangunan yang nampak belah kiri tu terminal.
Kalau kita tengok peta Gibraltar, dari kiri ke kanan tanah Gibraltar adalah airport. Ia adalah airport ke-5 paling ekstrem di dunia, dan satu-satunya yang ‘bersimpang’ dengan kenderaan lain.
Dan agaknya dalam 3/4 dari tanah Gibraltar adalah Rock of Gibraltar atau Jabal Tariq ni. Kecil betul kan negara ni.
Oleh itu kami ambil keputusan untuk berjalan kaki saja. Masalahnya kalau naik teksi ke bas, sama saja tempoh masanya. Lebih baik berjalan, badan pun berpeluh lah sikit. Dalam 20 minit, kami sampai ke pusat bandar.
Di sini ada banyak perkara yang mengingatkan saya kepda Britiain. Bendera UK di mana-mana, bas merah 2 tingkat, restoran ‘English’ dan sebagainya.
Selepas makan tengahari di sebuah restoran fish and chip, kami jalan kaki ke cable car. Cable car ni yang akan bawa kita ke atas Rock of Gibraltar.
Sekejap saja sampai ke atas, dalam 6 minit saja.
Tapi di atas, kami hadapi isu yg sangat kritikal.
1) Kabus terlalu tebal. Apa pun tak nampak kecuali kabus. Kalau clear, Morocco pun boleh nampak.
2) Monyet! Di atas bukit batu ni ada penghuni yakni monyet spesis Barbary Macaque.
Awal-awal anak-anak dah terkejut kena sapa dengan monyet-monyet tu, sampaikan takut nak keluar 😅 lagi pula, kalau keluar pun tak nampak apa-apa… tak ada rezeki lh namanya.
Kabus terlalu tebal, yang nampak cuma ini saja 😂
Kami turun dan sambung jalan-jalan di Main Street, shopping street di sini. Banyak kedai halal boleh didapati di sepanjang jalan ni.
Sempat la juga shopping coklat. Nak shopping benda lain idokle…
Satu tempat yang wajib dijejak di Gibraltar adalah Europa Point, yakni titik paling hujung di benua Eropah. Dan lebih unik di sini kerana tersergamnya sebuah masjid besar dan cantik, Masjid Ibrahim al Ibrahim.
Setelah hampir petang, kami pun berangkat lah keluar dari tanah Gibraltar untuk ke destinasi seterusnya. Selamat tinggal Gibraltar untuk kali ini.
Dalam perjalanan balik, saya cakap dengan anak-anak “Mami harap kita boleh tengok kapal terbang berlepas di aiport Gibraltar nanti”
Allah kabulkannya, sampai saja kami di border lapangan terbang, pintu pagar baru saja ditutup. Ia akan ditutup selama 15 minit setiap kali kapal terbang mahu berlepas atau mendarat. Dan kami pun dapat seat paling depan sekali, HeHe.
Dapatlah tengok pesawat British Airways berlepas.
Ops! Ampunkan barang dagangan aKak. Elok pula kami turun kabus pun berlalu.
Balik semula ke La Linea, kami cuma lalu saja di imigresen, tiada pemeriksaan pasport pun. Berlenggang je lah ke Sepanyol.
Apa yang best Gibraltar? Rasa puas dapat lihat sendiri tempat bermulanya Islam di Andalusia.
Saya tak pandai nak tulis ayat puitis. Tapi, yeah… jasamu dikenang Gibraltar. Jabal Tariq, till we meet again.
Leave a Reply