, ,

Itinerari Cordoba, Seville, Granada & Andalusia

admin Avatar

Alhamdulillah, dapat juga saya jejakkan kaki ke salah satu kota kegemilangan kerajaan umat Islam satu ketika dulu – Andalusia.

Dikongsikan itinerari perjalanan saya, buat kenangan sendiri dan panduan rakan-rakan yang bakal ke sana.

Day 1 – Cordoba

Kami memulakan perjalanan dari Barcelona ke Granada dengan menaiki pesawat Vueling (Spanish budget airlines). Perjalanan mengambil masa sejam setengah.

Tiba di Granada, kami menyewa kereta dgn syarikat Sixt. Terlebih dulu kami buat online booking. Tiba di airport Granada, langsung ke pintu keluar di sebelah kanan dan tunggu shuttle van yang akan bawa kita ke pejabat dan tempat letak kereta sewa kira2 2km dari lapangan terbang.

Indah sungguh pemandangan, kebun zaitun saujana mata memandang.

Ringkasan perjalanan Granada ke Cordoba:

Jarak perjalanan : 200km

Masa perjalanan : 2 jam setengah

Route : A92 (highway)

Tol : Tak ada.

R&R : tak ada, tapi boleh exit highway ke stesen minyak berdekatan (very close to highway).

Tempat menarik di Cordoba:

  1. Mezquita = bayaran masuk €15 dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun free.
  2. Alcázar de los Reyes Cristianos = bayaran masuk €4.50 dewasa, kanak-kanak bawah 14 tahun free.
  3. Roman Bridge
  4. Old Jewish Quarter – kawasan bersebelahan Mezquita
  5. Calleja de las Flores – salah satu lorong yg famous dlm Jewish Quarter
  6. Muzium2 dan bangunan di sekeliling Mezquita yang sgt indah.
  7. Medina Azahara – agak jauh dalam 10km dari bandar Cordoba tp very worth a visit. Ia adalah kota pertama yg dibina oleh Khalifah Abdul Rahman III, khalifah umayyah pertama di Cordoba. = tiket €1.50.

Makanan Halal di Cordoba:

Sangat mudah didapati terutama di sekitar Mezquita dan Jewish Quarter.

Antaranya :

  1. El Sultan – Calle Martinez Rucker, 9.
  2. Kebab Lahore – Calle Osio
  3. Restaurante Almudaina – Calle Tomas Conde

Kami sehari saja explore Cordoba, ke Seville pula. Terjumpa seorang solo traveler wanita (Malaysia) di Mezquita. Travel dari Spain ke Portugal bersendirian.

Summary perjalanan dari Cordoba ke Seville:

Jarak perjalanan : 140km

Masa perjalanan : 1 jam 45 minit

Route : A4

Tol : tak ada

Day 2 & 3 : Seville

Seville adalah kota yang sangat damai… jatuh cinta dengan Seville. Seville menjanjikan macam-macam pengalaman untuk macam-macam orang.

Tempat Menarik di Seville:

  1. Royal Alcazar Palace (istana tertua di Seville) – tiket €12.50
  2. Giralda Bell Tower – asalnya menara masjid yang kini menjadi cathedral
  3. Plaza Espana – boleh bersampan (€4 sejam), naik kereta kuda
  4. Triana – Gypsy quarter
  5. The Cathedral of Saint Mary of the See (Seville Cathedral) – merupakan cathedral ketiga terbesar di Eropah, adalah bekas Masjid Besar al-Mohad yg diambilalih Kristian sejak 1248. 
  6. Shopping Street yg terkenal di Seville, Calle Sierpes & Calle Tetuan ni paling best nak shopping. Terutama brand-brand Spain made. Lebih murah dari di Barcelona.

Makanan Halal di Seville

Sangat senang nak cari halal food di Seville. Ada macam-macam jenis dari makanan Arab hinggalah masakan Indonesia.

  1. No-lugar the art company (vegan) – Calle Trajano
  2. BBQ House – Calle Reyes Catolicos
  3. AlCazar Halal Restaurante – Calle Tomas de Ibarra
  4. Luxus Kebab – Calle Doctora Navarro
  5. Al Menara – Calle Amor de Dios
  6. Al-Wadi – Calle Jimios

Kalau kata nak masak sendiri pun boleh dapatkan bekalan daging halal dari:

  1. al Baraka Supermarket – Plaza de la Playa de Punta Umbria
  2. Mobarek Butcher – Calle Doctor Leal Cestano

Day 4 : Medina Sidonia, Cadiz, Gibraltar

Dalam perjalanan ke Gibraltar, ada banyak tempat boleh singgah seperti Medina Sidonia dan Cadiz.

Medina Sidonia adalah antara bandar tertua di Eropah. Pernah dijadikan sebagai benteng pertahanan kerana kedudukannya yang strategik di perbukitan.

Cadiz pula adalah bandar pelabuhan.

Tempat Menarik di Medina Sidonia:

  1. Plaza de Espana
  2. The Town Hall
  3. Arco de La Pastora (gate tinggalan kerajaan Moor).
  4. Sistem pembentungan zaman Rom.

Tempat Menarik di Cadiz:

  1. Cadiz Beach. Antara pantai yg masih belum dicemari pembangunan.
  2. El Populo – old town.
  3. Andalusian Puppet Theatre.

Perjalanan diteruskan ke Gibraltar. Gibraltar bukan sebahagian dari negara Sepanyol. Ia adalah wilayah luar negara British. Jadi kena sediakan pasport untuk ke sana.

Saya cerita dalam entry lain ya tentang Gibraltar ni.

Day 5- Marbella

Dari Gibraltar kami ke Marbella. Marbella adalah resort city yg dikenali sebagai ‘the playground of the rich and famous’. Tempat ni kita boleh lihat orang-orang super kaya… aduhai kalau biasa tengok kereta mewah sebiji dua, di sini bersusun-susun.

Tempat menarik di Marbella.

  1. Puerto Banús – kalau nak shopping barang branded… semua ada di sini. Brand yang have-have semuanya. Orang kaya-kaya bersosial.. rasa selamat sebab semua pun orang kaya 😂
  2. Iglesia de La Encarnacion – landmark utama di Marbella… asalnya masjid tapi dah diruntuhkan dan diganti bangunan baru utk kristian.
  3. Museo del Grabado – mungkin bangunan ni antara tinggalan Moorish yg masih dipelihara.
  4. Plaza de los Naranjos – dalam old town ni tempat nak rileks2 lepas penat jalan kaki. Exploring old town di mana-mana pun tetap best.

Makanan Halal di Marbella

Marbella ni tempat orang-orang kaya, termasuklah Muslim yang kaya-raya. So nak cari restoran halal di Marbella bukanlah satu masalah. Ada macam-macam makanan halal, dari Middle East sampai lah ke makanan Jepun.

    Ban Thai Restaurant – Calle Gregorio Maranon
    Al Shams – Avenida Ricardo Soriano 
    Donna Sheesh Kebab – Muelle Ribera
    The Sushi Noodle Bar – Calle Jesus Puente

Day 6 – Malaga

Dalam perjalanan ke Granada, kami kunjungi bandar Malaga dan sekitarnya.

Tempat menarik di Malaga:

  1. Malaga Old Town – jangan lupa ke Information Centre & minta recomendation. Banyak tempat menarik dalam Old Town.
  2. Alcazaba de Malaga – sebelum masuk ke old town, tersergam indah istana ni. Kena naik bukit sikit tapi view sangat berbaloi.
  3. Castillo de Gibralfaro – kubu pertahanan yang terletak di puncak bukit Alcazaba tadi tu.
  4. Pablo Picasso birthplace – hah, jangan tak tau seniman terkenal tu dilahirkan di sini. Tempat ni terletak dalam Old Town.
  5. Mercado de Atarazanas – pasar ni adalah shipyard masa zaman kerajaan Moorish dulu.
  6. Malaga Rock – tempat ni letaknya dalam 60km dari bandar Malaga. Jauh tapi worth-visit. Boleh dijadikan ‘on the way’ untuk ke Granada. Walaupun macam ‘seram’ sikit tapi sangat-sangat berbaloi bagi pencinta alam semulajadi seperti saya.

Day 7&8 Granada

Wow. Akhirnya tibalah di kota terakhir yang dijejaki sebelum pulang ke tanahair.

Granada ni paling sejuk dibandingkan tempat-tempat lain yang panas yahamat! I think I already fall in love with Granada.

Eh banyak benor tempat fall in love dia ni kan.

Tenpat Menarik di Granada:

  1. Tak lain tak bukan AL-HAMBRA. Nak masuk Al-Hambra sila booking tiket awal. Awal di sini adalah 2-3 bulan sebelum sampai.
  2. Al-Baycin. Muslim Quarter. Sila lah naik ke area Mirador of San Nikolas dan lihat pemandangan AlHambra di waktu senja.
  3. Gypsy Quarter Sacromonte. Rumah2 diorang ni cantik sangat.
  4. La Alcaiceria. Traditional Arab Spice Market.
  5. Arab Bath. Kalau nak merasa mandi kat sini pun boleh.
  6. Sierra Nevada. Ski resort di Granada.

Makanan Halal Di Granada

Di area Andalusia ni.. memang kenyang dan boleh naik berat badan sebab asyik makannnnn je. Restoran halal ada di mana-mana. Yang murah, yang mahal.. semua ada.

Dan harga pun kalau nak compare dengan bandar2 besar macam Barcelona, jauhhh lebih murah.

    Shwarma King
    Tajin Elvira
    Restaurante Sultan
    Restaurante Rahma
    Puerta de Syria

Perkara Menarik Boleh Dinikmati di Kota-Kota Andalusia:

  1. Flamenco Show – di Granada boleh tengok show dalam gua.
  2. Street Performance – kalau tak sempat atau terlalu penat nak tengok show Flamenco yang biasanya diadakan di waktu malam, tunggu/cari street performer yang buat persembahan ni. Kami tengok satu di Seville.
  3. Kesan-kesan tinggalan kerajaan Islam. Selain dari yg tersenarai dalam buku panduan travel dan laman-laman web.
  4. Polvorones. Biskut tradisi Andalusia yg ada cerita di sebaliknya.

Alhamdulillah, best sangat perjalanan sepanjang di Andalusia ni. Rasanya tak cukup satu minggu. Kalau ada rezeki, nak repeat lagi.

admin Avatar

One response to “Itinerari Cordoba, Seville, Granada & Andalusia”

  1. Mama Azalea Avatar
    Mama Azalea

    Bestnya.. saya pu nak ke sana awal tahun depan. Tq for tips

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge