, ,

Kewujudan Popeye Village Di Malta

admin Avatar

Saya dah lama teringin nak ke Popeye Village. Walaupun tahu, tak ada apa pun kecuali bekas tempat penggambaran filem Popeye pada tahun 1980.

Popeye Village terletak di Malta, sebuah negara kepuluan di tengah-tengah Lautan Mediterranean. Kalau tengok di peta dunia tu kecil sangat pulaunya. Titik pun lebih besar dari pulaunya.

Tiada direct flight dari Malaysia ke Malta, jadi kena transit banyak tempat. Maybe boleh masukkan dalam itinerary kalau ada plan ke Europe, especially area Mediterranean.

Malta negara kecil yang terdiri dari 3 pulau utama – Malta, Gozo & Comino.

Ibu negara Malta adalah Valletta (tempat shooting movie Assassin’s Creed), letaknya di pulau Malta.

Lihatlah peta Malta ni. Dari hujung ke hujung tak sampai 20km pun. Jalannya pun kecil-kecil. Jadi kalau nak sewa kereta, sewa lah kereta yang kecil-kecil saja.

Untuk ke Gozo dan Comino, boleh dengan menaiki feri dari Cirkewwa. Ferinya macam feri Pulau Pinang yg boleh bawa kereta. Tambangnya ikut bilangan orang dalam kereta. Semasa nak menyeberang ke Gozo tak perlu bayar apa-apa lagi, masuk saja. Masa nak balik baru beli tiket. Tiketnya pun dijual di booth drive-thru saja kalau kita berkereta.

Comino pula pulaunya kecil je, tapi ia adalah syurga bagi mereka yg sukakan aktiviti air seperti diving, snorkeling, surfing atau cuma sekadar jalan-jalan.

Kami menginap di St Julian. Di sini agak tenang sikit berbanding Valletta. Jadi nak ke mana-mana pun senang, tak terperangkap dalam jem. Kami ke Valletta pun tak masuk dengan kereta kerana jem. Kami ke Selima dulu, kemudian naik feri kecil ke Valletta.

Apa yang menarik di Malta ialah pantai-pantainya. Pantainya yang tenang, seumpama kolam renang saja.

Foto ini adalah ‘inland sea’ atau dwejra, di Gozo. Terowong itu menyambungkan lagun ini ke Laut Mediterranean. Ini adalah antara highlight di Malta. Kalau datang ke Malta, wajib datang sini.

Bagaimana pula dengan Popeye Village? Tempat ni letaknya di Pulau Malta, di Anchor Bay.

Kecil saja tempat ni, dan tak ada apa sangat pun. Kalau orang yang tak kenal atau tak minat Popeye maybe tak boleh nak appreciate.

Harga tiket dia ikut musim, summer (Junemid Oct) dewasa €14.50, warga emas & kanak2 umur 3–12 €10.50; spring, fall & winter (mid Oct–May) dewasa €10.50, warga emas & kanak2 umur 3–12 €8.50.

Seronok hakak ni, umpama balik ke zaman kanak-kanak. Anak-anak pula tak kenal pun Popeye tu apa 😂

Best ke Malta? Best sangat! Kalau ada rezeki nak pergi sana lagi.

Selain pada ni, banyak lagi tempat menarik di Malta. Nanti saya share, OK!

admin Avatar

One response to “Kewujudan Popeye Village Di Malta”

  1. JiwaSihat Avatar

    Wahh.. seronok boleh sampai ke Malta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge